Wednesday, June 30, 2010

Atif & Friends :)


Kawan2 atif ialah adik2 aku..yang memang dia rapat sangat..dan jugak sepupu2 aku dan anak kepada sepupu2 aku..kiranya saudara mara je lah..kadang2 ada jugak anak2 jiran tetangga yang datang main dengan atif..tapi jarang2 sekali lah..nanti kalau atif dah ke sekolah mungkin bertambahlah kawan2 encik atif ye :)

Adik2 aku..nuha (mak wa), amal (mak amal) n widad (mak wi) memang rapat dengan atif especially nuha...kalau weekend nuha balik rumah..macam2 lah aktiviti diaorang..atif suka la sebab nuha rajin melayan dan bawak dia jalan2..sekarang ni amal tengah cuti semester, so amal la tukang melayan dia hari2 kat rumah..kalau dengan widad pulak jadi kawan bergaduh..ada je yang dia tak puas hati dengan widad tu..maklumlah, widad kan anak bongsu..so ala2 macam jeles la kot dengan widad :)

atif with mak amal, mak wa and kak ikhlas



Hidayat (anak paksu) pun rapat dengan atif..dayat ni weekend je mesti datang rumah..kadang2 weekdays lepas sekolah pun boleh jugak muncul kat rumah aku..so, atif suka sangat lah kalau dia datang...main game sama2, main bola, main basikal dan macam2 lah...atif ni jenis suka dengan budak yang besar2 sikit..kalau yang sebaya dengan dia tu kurenngg skitlah (perasan dewasa kot..hihihi) hidayat ni darjah enam..so oklah dengan dia walaupun si dayat kuat mengusik..fahmi (abang hidayat) yang dah tingkatan 2 tu pun atif suka jugak..janji diaorang layan dia main..dulu atif rapat dengan ain (adik hidayat) yang darjah 2 sekarang ni..bila sekarang ni dah kurang dah..sebab ain pun dah jarang datang rumah..sebab sibuk dengan girlfriends kat rumah :)



atif n dayat



atif n ain


Anak2 cik fadilah dan pakcik suhaimi pun sangat rapat dengan atif...ikhlas dan ilham dari atif kecik lagi memang rajin melayan atif..masa atif sakit dulu pun diaorang yang selalu jenguk atif di hospital..tapi kalau diaorang ni ada campur pulak dengan anak2 paksu tu..memang gamatle rumahtangga :D



atif with ikhlas (rambut panjang) and ilham


Anak2 sepupu aku yang tinggal depan rumah aku especially auni selalu jugak main dengan atif..selain auni..ada aufa, aisar dan aulia..petang2 tu kadang2 atif keluar main dengan diaorang....tapi disebabkan diaorang ni sebaya @ lebih mudah dari atif..tu yang atif kurang sikit nak main2 dengan diaorang..selain tu, azim dan aiman anak mak uda aku antara yang kawan2 atif dari kecik2 dulu..tapi sekarang ni agak jarang berjumpa..azim dan aiman ni masing2 darjah 1 dan darjah 3..so atif suka la kan :) Disebabkan atif ni suka berkawan dengan budak2 yang lebih tua dari dia, so gaya atif bercakap pun macam orang besar..kadang2 tu kelakar pun ada jugak..nak buat macammana dah terpengaruh kan..jangan terpengaruh benda2 yang tak elok sudahlah!



atif and azim (my fav pic) :)


aiman

Monday, June 28, 2010

Atif @ ACC (June 2010)


Assalamualaikum semua...


Wah...dah empat hari tak 'update' blog :D Alhamdulillah pagi selasa yang indah ni dapat meluangkan sedikit masa menaip entry baru..sebenarnya dari 2 minggu lepas lagi nak update entry pasal lawatan atif ke ACC..tapi tak berkesempatan...
Lawatan atif ke ACC Mei lepas ialah pada 19 Mei 2010..kemudian bulan Jun ni pulak 16 Jun yang lalu..kali ni aku gi dengan my hubby dan atif..kebetulan waktu cuti sekolah kan..so, dapatlah my hubby ikut sekali..selalunya aku gi dengan baba dan mama jee..
Kami bertolak lewat sikit, sampai di ACC dalam pukul 10am..agak ramai jugak dah..yang bagusnya bila orang dah ramai sikit ni takdelah sejuk sangat kat dalam tu...tambahan pulak, mama encik atif ni lupa nak bawak jaket dia hari tu :D
Kali ni atif dok buat perangai jugak..dia macam takut sangat kena cucuk kat tangan macam bulan lepas..bulan ni sebenarnya buat 'finger prick' (ambil darah ikut jari) je..sebab ubat chemo VCR tu akan dimasukkan dua bulan sekali..so, bulan ni tkdelah kan..tunggu bulan Julai pulak..muka atif masammm dan nak dukung je sebab takut sangat..sekali bila nurse panggil dan buat 'finger prick' baru le dia nak tersenyum simpul (tu la..mama cakap tak nak percaya!)



suasana di ACC 16 Jun lepas
Macam biasalah, aku akan hantar sampel darah atif ke lab..kalau bulan lepas aku tunggu keputusan darah tak sampai 5 minit..kali ni tak sampai 2 minit je :) Alhamdulillah keputusan darah atif bulan ni lebih baik dari bulan lepas..lega rasanya..
Balik dari lab, tengok2 atif dah nak mula nak main2 dah..bulan lepas tak sempat main sebab asyik dok makan saja :) tapi atif ni kalau ada ramai2 sangat yang dok main dia tak berapa berani sangat..sebab dah pernah ada history kena tolak dulu..aku pun dah pesan kalau ramai yang main, tunggu dulu..budak2 ni pun semua aktif2 belaka..takut la jugak kan..
atif menjadi penonton sekejap


nak mula main dah..



ok..dah boleh main :)


Dalam pukul 12.30pm baru dapat jumpa Dr..lama jugak la tunggu tapi tak rasa sangat pun...dah biasa kan...lagipun atif dok seronok main je..lepas dah jumpa Dr ambik ubat kat farmasi dan balik!!

Sebelum balik ke rumah sempat singgah di Hospital Lam Wah Ee hantar barang kat pakcik yang telah dimasukkan ke situ pada pagi 16 Jun tu..dan pakcik masih lagi dirawat di sana sehingga hari ni..so, setiap kali hujung minggu kami akan melawat pakcik di sana..kepada yang tak tau, entry2 sebelum ni aku ada bercerita sedikit tentang pakcik yang dirawat di Hospital Selayang..dan kini dipindahkan ke Hospital Lam Wah Ee supaya lebih dekat dengan keluarga...hopefully pakcik akan cepat sembuh ye..hujung minggu ni kami akan melawat pakcik lagi :)
p/s: ACC stands for Ambulatory Care Center..kira macam day care center kat Penang General Hospital :)

Thursday, June 24, 2010

Kek Lapis @Inasaly Bakery


Semalam aku gi ambik kek lapis kat Bandar Perda, Bukit Mertajam..sebenarnya Kak Kiah yang order kek lapis cadbury dari Kak Lina dari Inasaly Bakery:Homemade Cakes and Chocolate..hari tu kak kiah yang terjumpa blog kak lina ni..kebetulan kami memang ler teragak nak makan kek lapis sarawak..tup2 rumah kak lina dekat je dengan rumah aku..so, kak kiah order dan aku gi ambik kek tu semalam...


Aku dan mama pun nak sembang2 dengan kak lina pasal chocolate untuk doofgift..sebabnya mama nak order untuk kenduri kahwin anak2 mak ngah nanti...aku pun dah tunjuk dah kat mak ngah blog kak lina..mak ngah macam ok je...


Seronok sembang2 ngan kak lina semalam..mama pun bekas pengusaha kek dan biskut..so banyak la yang disembangkan...encik atif dengan tak malunya makan banyak coklat sampel tu..terima ye kak lina kerana melayan kami :D



inilah kek lapis cadbury yang diorder oleh kak kiah...RM 68..sedap sebab ada kelapa..dan coklatnye pun banyak!


Kepada kawan2 yang berminat nak order kek hantaran, kek lapis, tart dan doorgift untuk pelbagai majlis bolehlah melawat blog Kak Lina ye..macam2 ada!

Wednesday, June 23, 2010

Lunch @Black Canyon Coffee



Semalam tak sempat nak update blog..hari ni pun petang2 sikit baru sempat..minggu ni, minggu depan adalah minggu2 yang amat sibuk sekali memandangkan dah penghujung semester pendek..kena marking test students, evaluate assessment, prepare final exam questions, dan macam2 lagi..so nak meng'update' pun tak dan..nak jalan2 kat blog kawan2 pun mana2 yang sempat je..huhuhuhu..sedey!Plus chatbox dah kena block, lagi la menghilangkan mood..geram betul la!!! Harap kawan2 yang nak tinggalkan jejak tu, boleh la tinggalkan kat bahagian komen entry je ek..kalau ada alternatif lain selain shoutmix tu, bagitaulah ye :)


Tengahari tadi kak yati belanja makan...asalnya nak makan di Bangkok Station, rupa2nya tak bukak lagi tengahari..mungkin buka lewat petang sampai malam kot..sian kat kak kiah..mengidam lagi le nak makan seafood :D So, backup plan kami ke Black Canyon Coffee kat Jusco..di Jusco ni ada banyak restoran..so, kalau ke sana banyak pilihan...


Restoran Black Canyon

lydia yang busy melayan hubby di hp, kak kiah dan kak ida yang busy order, dan kak yati yang mem'belanja' kami...


ayaq!




nasi putih


telur masak apa ntah :)


tomyam



ayam goreng dengan cashew nut (tak ingat nama betulnye)




ayam goreng



kerabu mangga yang best!



kerabu soohun (betul ke eja ni?)


Selepas makan2 di Black Canyon..sempat lagi lepak pulak di Secret Recipe..makan kek dan minum teh..plus aiskrim dari Baskin Robbins....hebat kan?hihihihi...oklah..ini je lah yang dapat di'update' hari ni..BYE!!


dessert!

Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Bapa :D




credit to Kak Yati..thanks kak!
sesiapa yang nak baca entry lama yang dikhaskan untuk seorang ayah..boleh baca kat sini



Di petang hari yang sejuk ni (disebabkan hujan membasahi bumi sejak pagi tadi sehingga sekarang) barulah dapat merehatkan diri sebentar..tapi bukan dengan kitkat ye..hihihih..dengan meng'update' blogku ini yang dah tiga hari tak ber'update'..



Selamat Hari Bapa kepada semua bapa2 di Malaysia ye :D Wahhh...khabarnya bapa2 di Malaysia telah diberikan 5 bintang oleh Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil (aku dengar kat hotfm pagi tadi) TAHNIAH...TAHNIAH..


Selamat Hari Bapa khas buat baba tersayang, Hj Abd Rhaffor Hj Mahmod..yang demam semalam..dan masih demam lagi hari ini..cepat sembuh ye..nanti boleh pakai baju hadiah dari kami adik beradik :) Tak lupa buat ayah mentua, Encik Shafii yang nun jauh di Endau, Johor..insyaAllah hadiah buat abah akan diposkan dalam masa terdekat..huhu..dan buat my hubby Encik Shafarim Shafii yang telah hampir empat tahun bergelar abah kepada Muhammad Atif :)


Semalam takde la buat apa2 special celebration pun...weekend yang amat sibuk sekali..hari sabtu sempat melawat pakcik suhaimi yang telah pulang ke penang..sebelum ni menerima rawatan di Hospital Selayang..sekarang di Lam Wah Ee, Penang..so senanglah sikit nak melawat pakcik dan cik fadilah sekali..Selamat Hari Bapa buat pakcik suhaimi..kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat pakcik..buat izni, ikhlas dan ilham..jaga ayah elok2 k :)



Petang ahad jalan2 ke SCM, Sebarang Jaya sebab nak mencari hadiah untuk baba..then, nak belanja my hubby makan..tapi kami hanya berdua je...encik kecik ikut mak sedara dia dating(penyibuk besar!)...wakakakaka...so, kira aku dan my hubby dating berdua je lah..



Lepas dah jumpa hadiah yang nak dibeli dan solat asar di SCM, kami sebenarnya taktau nak pi mana..tak sure nak makan kat mana..my hubby ajak gi Auto City, Juru since kat situ memang banyak pilihan..bila dah sampai Auto City dok pening nak makan kat mana pulak! Jalan2..my hubby kata nak makan western food..so, last2 kami makan di.....






Swensen's, Auto City



free mango ice cream cake..for encik abah :D


sea salad..salad kegemaranku :)



clam soup


Gold Rush..ice cream!




my hubby's half bbq chicken..

Begitulah ceritanya yang berlaku semalam :) Sebenarnya sebelum ni kami dah pernah ke Swensen's dan satu kejadian telah berlaku menyebabkan my hubby dan tak mau dah pi makan kat situ..tapi semalam alhamdulillah ok..hopefully lepas ni boleh bawak encik atif pi makan kat Swensen's, en hubby belanja pulak ek, ahakkkkss!

Sibuk dan busy :D



Assalamualaikum semua :)
Hujung minggu lepas sangatlah sibuk hamba Allah yang seorang ini sehinggakan entry hari bapa pun tak sempat nak di'publish'...sedar tak sedar hari Isnin sudah menjelma...pagi isnin ni jugak sibuk menyiapkan apa yang patut untuk kelas di tengahari nanti...ooohhh tidak!!! InsyaAllah petang nanti akan muncullah entry baru :D


p/s: tak dapat baca pesanan kawan2 di shoutbox..adakah office ku telah mem'block' cbox...waaaaaaaaaa!other alternative pls?!!!

Thursday, June 17, 2010

Kenduri Angah - Part 2

Hari ni nak menyambung balik cerita kenduri kahwin angah..seronok kalau kenduri kendara sebab masa ni lah nak berjumpa sanak saudara dan sepupu sepapat..huhuhu..hari tu ramai jugak saudara mara dari Penang yang datang...kebetulan mama dan baba aku sepupu, so kiranya saudara dari dua2 belah pun ada..saudara sebelah mama ada, sebelah baba pun ada...hihiih..pak lang aku (ayah angah) ni abang kepada mama dan jugak sepupu baba lah kiranya (jangan pening..huhuhu) Katering ni pun ambik sepupu mama dan baba jugak..Pak Njang Pa nama dia (anak kepada tok saudara aku) Tahun lepas masa kenduri along pun ambik katering ni jugak..



sebelum kenduri bermula...




cousins..jaga door gifts, makanan dan bungkus-membungkus



iqbal (suami along) berduet dengan adiknya..tak sangka iqbal pandai nyanyi rupanya :D iqbal dan mundzir 'menyumbangkan' lagu Dewi, dan pengantin lelaki yang mempunyai bakat terpendam menyampaikan lagu Getaran Jiwa :)



Danish (anak saudara pengantin)..si tecik yang menjadi tumpuan!

Memang ramai jugak tetamu yang datang hari kenduri tu..boleh tahan lenguh jugak kaki ni dok berdiri..hihihi..tapi seronok! Keluarga pengantin lelaki tiba lebih kurang jam 2pm..


pengantin..angah dan zaime


shahirah & nawal..bagi peluang orang jauh bawak bunga manggar



saudara mara dari Penang..yang dok tido (gambar atas) nabil sepupu aku yang telah disahkan demam denggi..semoga cepat sembuh ye!



acara beramah mesra..hihihi



suasana kenduri


siblings..cousins dan mak cousins sekali :D




lepak2 bila majlis dah hampir selesai :)



bergambar dengan pengantin


with udin & mundzir (anak2 makngah)..dua2 bakal pengantin baru ogos nanti :D

Lepas selesai majlis biasalah acara borak2 dan lepak2..dalam pukul 6.30pm keluarga aku, paksu, dan paktam ke rumah makngah..makngah ajak lepak rumah dia jap..mak ngah dan pak ngah pun tinggal di perantauan jugak..mak ngan balik untuk persiapan kenduri anak2 teruna dia ogos nanti..julai ni majlis akad nikah..anak sulung mak ngah, mundzir bakal berkahwin dengan orang taman melawati jugak..hihih..tapi anak kedua, udin bertemu jodoh dengan orang Jakarta...nampaknya ogos nanti kami semua akan kembali ke KL lah ye..


lepak2 tgk world cup..Korea Selatan vs Greece!

Kat rumah mak ngah jugak saat2 sedih tiba disebabkan itulah kali terakhir pertemuan kami dengan keluarga pak tam untuk kali ni..insyaAllah akan bertemu dua tahun lagi :)


Petua melegakan batuk!



Assalamualaikum..selamat pagi semua!



Sekarang ni rasa-rasanya musim demam, batuk dan selesema..salah seorang sepupu aku, Nabil dh dimasukkan ke wad disebabkan demam denggi..masa kenduri di KL hari tu ramai yang selesema dan batuk2..semalam bawak atif checkup kat hospital pun ramai budak2 yang batuk jugak..student2 aku pun ramai jugak yang demam selesema..encik atif hari isnin hari tu dah mula tanda2 nak selesema..lepas tu selesema dah ok, hari selasa dah mula batuk2 pulak....


Semalam jumpa Dr dah bagitau yang atif ni batuk dan selesema..tapi seperti biasa Dr takkan bagi ubat punya..sebab pesakit leukemia macam atif memang diaorang elakkan bagi ubat2 tu..paling kuat pun kalau dah teruk sangat batuk dan selesema, Dr akan bagi antibiotik..ubat2 ni seperti paracetamol boleh mengganggu fungsi hati pesakit leukemia yang sememangnya fungsi hati mereka tidak berapa baik..lagi satu diaorang ni dah banyak ambik 'drugs', so Dr tak nak tambahkan lagi pengambilan 'drugs' tu..


So, nak bertanya kepada kawan2 yang berpengalaman anak2 batuk dan selesema ni..ada tak petua2 yang boleh digunapakai bagi menggantikan ubat-ubatan..sekarang ni aku dok sapu Vicks je kat dada, belakang dan ubun2 atif...kalau kawan2 ada petua lain, mintak tolong kongsi bersama ye...kesian sangat kat atif, semalam tidur batuk2...macam tak selesa sangat :(


Terima kasih :)

Tuesday, June 15, 2010

Kenduri Angah - Part1



Jumaat lepas kami sekeluarga bertolak ke KL untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu aku, nurul zawani a.k.a angah..angah ni anak kedua kepada pak lang dan mak lang aku..anak yang sulung, along dah kahwin tahun lepas..sekarang dah ada baby boy yang sangat comel! Ada lagi 5 orang anak pak lang yang menunggu giliran selepas ni...huhuhuuhu..


Kami konvoi 3 buah kereta..aku dan family plus family paksu sekali..kami bertolak lebih kurang jam 8.30am..berhenti rehat sekejap kat R&R Tapah dan lebih kurang jam 12.30pm dah sampai di Selayang..sebelum ke rumah paklang, kami singgah di rumah pak long dan mak long di Hospital Selayang..tujuannya ialah nak melawat pakcik kami, pakcik suhaimi yang dah sebulan menjalani rawatan di wad Hospital Selayang..rindu dengan cik fadillah dan anak2, izni, ikhlas, dan ilham sebab agak lama tak berjumpa..depa ni tinggal di penang jugak, tapi sejak pakcik masuk hospital, depa berkampung di rumah pak long..


atif yang hampir kebosanan dalam kereta..nasib baik ada hidayat (anak paksu) buat teman bergaduh :D



di rumah pak long..atif seronok main2 ngan anak2 paksu, amrina dan ain..dan melepaskan rindu dengan kak ikhlas nye..




berjalan dari rumah pak long ke wad dengan izni, ikhlas dan atif..cuaca agak mendung..baru lepas hujan..seronok tengok pakcik, walaupun sakit masih mampu mengukir senyuman melihat telatah atif..



Lebih kurang jam 4pm kami bertolak ke rumah pak lang di Taman Melawati..nak pi tolong2 apa yang patut..hihihi..sebelah malamnye akad nikah lepas Isyak..encik atif pulak tertidur dari jam 4pm sampai 6pm..orang dok bising2 pun dia tak terjaga langsung..penat sangat gamaknya.. ramai saudara mara dah berkumpul di rumah pak lang..meriah!


sibuk!



atif tido!




anak along, Danish yang sangatttt comellll!


Malam tu aku dan adik2 tak pi masjid..kami buat2 sibuk kat rumah pengantin..hihihi..kami tolong2 kemas dan siapkan apa yang patut sebelum menyambut rombongan keluarga pengantin lelaki dari masjid..pengantin lelaki, Zaime dari KL jugak..dulu sama2 belajar dengan angah di USM..



di masjid untuk majlis akad nikah (upah photographer lain pulak ambik gambar!)


selepas akad nikah..makan!



kami dan pengantin baru :D


Selepas keluarga pengantin lelaki pulang, kami menyiapkan kerja2 yang perlu disiapkan sebelum kenduri esok..jam 12.30pm baru balik ke Tadika Nurul Iman (tempat tidur kami..jalan kaki je dari rumah pak lang) Disebabkan letih sangat, aku tertidur dengan baju kurung tu jugak..tak senonoh kan..wakakaka..ok, nanti aku sambung cerita hari kenduri pulak ye..



p/s: esok cuti sebab bawak atif ke hospital untuk monthly checkup (dah sebulan dah..rasa macam baru je pi bulan lepas :) )