Wednesday, June 9, 2010

Dinner @Pen Mutiara


Cerita makan2 lagi :D



Semalam kami makan malam di Pen Mutiara, Batu Maung, Penang...aku dah pernah pi lunch kat situ, tapi ni kali pertama pi makan untuk dinner..lokasinya agak berdekatan dengan Bayan Lepas dan juga Pantai Seagate..kalau dari Jambatan Pulau Pinang, ikut jalan Pantai Seagate lagi dekat ok..restoran ini adalah milik Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang..walaupun restorannya luas tapi tempat letak kereta agak terhad..nasib baik kami sampai awal :D



Dah namanya pun Curry House, haruslah menu utama ialah kari..kari kepala ikan ye kawan2 :)




suasana di luar restoran



kat luar ada akuarium dan kaunter untuk memilih makanan laut..kami tak pilih2 pun, order dari menu je




beginilah suasana di dalam restoran..cantik mata memandang tapi sejuk maaaa!


kat dalam restoran ada jugak kolam2 ikan dan akuarium
(budak2 kecik teruja tengok ikan besar2)




ada hiburan untuk halwa telinga..uncle jaket coklat suara sedap bangat macam
Broery Marantika :D


bersantai sebelum makan




kami dan mak tam yang awet muda..macam sebaya jee :)

acara makan2 bermula!

mari makannnn!

Pada pendapat aku secara peribadi..makanan di restoran ni biasa2 je..yang aku paling suka ialah air limau kasturi (takde dalam gambo) dan sotong goreng tepung (atif sangat suka sotong itu!)..kari pun sedap (haruslah kan..sebab menu utama!)..yang lain2 tu biasa je laaahh..

Suasana di dalam restoran adalah amat selesa dan sesuai sekali nak datang makan2 dengan keluarga (semua meja beso2)..kami sampai awal jadi orang pun tak berapa ramai..lebih kurang jam 9.30pm ke atas orang dah ramai..tunggu makanan pun takdela lama sangat..mungkin disebabkan suasana yang selesa..menunggu pun tak jadi masalah kan..

Pen Mutiara juga menyediakan dewan2 untuk majlis2 dan kalau nak buat kursus atau seminar kat sini pun boleh ye..


gaya atif..amrina & widad..dan luqman yang dah tertido!


Bersempena dengan cuti sekolah ni, kalau ada kawan2 yang balik kampung di utara ni atau bercuti di Pulau Pinang, bolehlah datang ke Pen Mutiara, Batu Maung..kalau ada di antara kawan2 yang pernah ke sana bolehlah berkongsi pendapat tentang restoran ni ye :)

8 comments:

sayangsayangibu said...

haruslah kari yg paling sodap.... ;o

RieNa said...

riena dah 2x mai cni. 1- mkn2 dgn opismates 2nd - buat dinner reunion kwn2 skolah Irshad.

seronok masa buat reunion tu kami dpt tempat tingkat atas. mmg selesa sgt. makanan klu biasa2 pun rasa sedap sbb tmpt selesa.

makanan ok jgk, cumanya 1 lah. surau kecikkkk..nak tumpang solat jenuh beratur.

1 lg cwgn pen mutiara ni di bagan,taman selat. tp riena tak pernah p situ lg.

Kauthar said...

kak eja:orang utara lah katakan :D

Kauthar said...

Riena: kat atas saya tak pernah naik lagi..aa, surau dia kecik la..pastu toilet yang kat belakang tu agak menyeramkan di malam hari :D

aa..ofismate pun ada habaq cawangan yang kat bagan tu..saya tak pernah pi lagi..

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

wahbestneyr dinner...sedap2 makanannnye, terliur i

Kauthar said...

anje:huhuhuhu....mai la bawak Aqish jalan2 kat penang..nanti aunty kauthar bawak jalan2 cari makan ye :)

[-suziey-] said...

mmg nmpk kelas rest. ni ek..foods pn lazat gitu..hehe..best2...kalu g penang nnti bole la try..

Kauthar said...

suziey: nanti mai penang jangan lupa ajak saya sekali..huhuhu :D