Tuesday, June 8, 2010

Kepulangan yang dinanti..



Malam Ahad lepas kami menerima tetamu yang amat istimewa iaitu keluarga pak tam dan mak tam yang tinggal jauh di perantauan..bagi seluruh ahli keluarga aku, setiap dua tahun sekali pasti menantikan kepulangan pak tam sekeluarga ke Malaysia..sejak aku kecik lagi, kepulangan pak tam dinantikan memandangkan rindu kepada sepupu2 aku Shahirah dan Nawal..zaman dulu mana ada FB kan..sekarang ni kami sentiasa dapat mengetahui perkembangan masing2 dengan adanya FB, Skype dan macam2 lagi..sepanjang tempoh atif sakit pun pak tam dan mak tam sentiasa akan menelefon bertanyakan khabar dan memberikan sokongan..yang jauh dah tak terasa jauhnya!


Mak tam berasal dari Temerloh, Pahang..selalunya kalau mak tam balik Penang dapat lah kami merasa ikan patin masak tempoyak yang best giler tu..tahun ni mak tam bawak petai special dari Pahang, i like!!!Disebabkan arwah nenek dan tok ayah pun dah meninggal dunia, mama sebagai anak perempuan sulung akan bertindak menjadi tuan rumah..abang2 dan adik2 mama pun selalunya akan berkumpul di rumah aku..


bersantai-santai..baru sampai dari Temerloh, Pahang




keluarga Pak tam & Mak tam..mama masak laksa penang malam tu khas untuk orang jauh..best!



Atif pun bukan main lagi main dengan anak bongsu pak tam, Luqman..petang Ahad aku dah tidurkan dia sebab dah agak dah mesti dia akan main dengan Luqman all out punya..walaupun agak lama tak berjumpa, macam dah rapat sangat..atif happy sebab ada kawan..tu yang tidur malam lewat (punca kepada kepala aku yang weng2 semalam)


atif dan luqman



gambar2 luqman dulu dan sekarang :)


Malam tu disebabkan ramai yang ada, termasuklah keluarga pak su yang tinggal berdekatan, kami bukak production line membungkus kacang..hihiih..kacang2 tu adalah untuk kenduri sepupu aku , angah di KL 12 June nanti..



acara membungkus kacang..amal, mama dan mak su bekerja keras :D


7 comments:

Zareda Norman said...

patin masak tempoyak memang superbbb tapi kena patin sg pahang.. patin bela kolam tak bes sangat

Kauthar said...

zareda:yup..tepat sekali!

rynas said...

wah meriah..bila sedara datang. mesti amsak sedap nie..

Kauthar said...

rynas: memang meriah..huhuhu..masak sedap, tapi yang pastinya bukan saya yang masak :D

[-suziey-] said...

mak tam n pak tam kauthar dok overseas ke? kt mane? meriah btl berkumpul..siap sempat buka production bungkus kacang..hehe..awat cantek beebno kacang tu..hehee

charityamal said...

LUQMAN said...
scene1:
kereta merah is gonna die...dush!

scene2:
luqman:ayah,where's the..the..the..the..
ayah:the apa??

haha..suka dgr dialog luqman..

Kauthar said...

suziey: hahaha..kacang cantik berwarna-warni...jenuh jugak nak membungkus tuh..aa, diaorang dok Dallas..dua thn sekali diaorang balik malaysia


amal: Luqman memang ciut sangat..dia memang berusaha cakap bhs malaysia kan..