Sabtu lepas kami sekeluarga ke Pantai Merdeka..my hubby tak dapat ikut sebab ada kursus di sekolah..kami semua excited jugak sebab dah lama sangat tak jalan2 di pantai nih..aku sendiri tak ingat bila kali terakhir aku ke pantai merdeka..kami gi 2 buah kereta sebab adik aku yang bongsu, widad bawak kawan2 dia sekali..so, baba drive kereta aku dan adik aku, nuha bawak kereta dia..sebenarnya kami berpeluang ke pantai merdeka disebabkan ofis ayah aku buat sambutan hari guru di sana..sambutan untuk guru2 Tadika Islam, KAFA dan jugak pengasuh2 hadhanah..kami ni kira tumpang sekaki lah kan :D
atif di tengah2...tempat duduk khas
Perjalanan kami pada mulanya ikut BKE (Butterwoth-Kulim Expressway), pastu ikut PLUS highway dan turun di exit Sungai Dua..kemudian ikut jalan kampung melalui Pekan Darat, Penaga, Kota Kuala Muda dan sampai lah ke Pantai Merdeka yang terletak di dalam daerah Sungai Petani, Kedah..sebenarnya banyak jalan yang boleh dilalui untuk ke sana..bezanya jauh atau dekat je..aku seronok kalau ikut jalan kampung..boleh tengok suasana kampung orang dan sawah padi menghijau..nyamannya terasa di pagi hari :) tapi cuaca pagi sabtu tu agak mendung..rasanya macam nak hujan...malam sebelumnya tu pun dah hujan lebat sangat..
inilah plaza tol yang dekat dengan rumah aku
pemandangan yang mendamaikan di sepanjang perjalanan
signboard yang dilalui :)
Rupa-rupanya takdelah jauh sangat pantai ni dari rumah aku..perjalanan lebih kurang 50 minit je..masa sampai tu lebih kurang jam 9.50am..bas diaorang dari penang pun dah sampai dah..majils bermula jam 10.15am.. pantai merdeka sekarang dah tak macam dulu dah..dah ada Merdeka Beach Resort..foodcourt pun ada..atif excited sangat nak mandi laut..air laut nampak bersih..sebab kadang2 kat pantai merdeka ni air agak kotor..menurut orang2 kat situ, keadaan air ikut masa..kadang2 bersih..kadang2 kotor..ramai jugak staf2 yang datang dari penang..diaorang datang dengan 2 bas..ada jugak yang datang dengan kereta..kebetulan pada hari tu ada jugak sukarelawan2 dari sebuah kilang yang datang untuk buat aktiviti membersihkan kawasan sekitar pantai..seronok jugak kan buat aktiviti macam tu?
bas2 yang membawa staf2 dari penang
wajah2 ceria sebab dah sampai!
Pantai Merdeka!
sukarelawan2 membersihkan kawasan sekitar pantai
Lebih kurang pukul 11am hujan turun selebat-lebatnya..time tu aku, nuha n amal bawak atif jalan2 tepi pantai..nasib baik bawak payung..so acara makan2 semua buat kat bawah canopy..canopy besar jugak..bolehlah menampung semua orang..acara makan2 ni buat konsep 'potluck'..macam2 jenis makanan ada..best! So, kami makan dalam hujan yang lebat tu..
canopy2 yang disediakan untuk majlis sambutan hari guru
pemandangan pantai
gambar2 atif yang dok ikut wan jeee (wan nak bercakap pun dia dok kat sebelah :D)
gambar2 kami :)
Atif sedih sebab tak dapat nak mandi laut..lebih kurang jam 12pm hujan dah reda sikit..ustazah fadilah yang merupakan salah sorang staf ajak atif mandi kat swimming pool di resort dengan anak dia yang bernama Umar..umar muda sikit daripada atif..baru 2 thn rasanya..baru aku tau ada swimming pool kat resort nih...hihih..swimming pool boleh tahan jugaklah..ada 3 pools..semuanya untuk budak2 je aku rasa..dapatlah atif melepaskan gian walaupun main air sekejap je..ye la masa tu masih hujan renyai2 lagi..aku pulak terpaksa pegang payung nak cover atif dari hujan..
gelagat atif!
main air di swimming pool
Lepas bawak atif mandi di swimming pool, ustazah fadilah ajak kami ke bilik untuk bagi atif mandi semula..diaorang ada reserved 3 bilik untuk kegunaan staf..family room ada 2 bilik dan 1 bilik air dan ruang tamu yang sederhana besar..rate dia kalau tak salah RM220 satu malam untuk family room ni..ok jugaklah..sempat kami bergolek atas katil sebab letih meredah hujan..hihih..
family room @ merdeka beach resort
Dalam pukul 1pm hujan pun dan berhenti..baru le nampak matahari..sempat ambik gambar landskap2 kat resort ni yang boleh tahan cantik jugak..taman orkid pun ada..mama aku teruja la sebab memang peminat orkid :) Kami bertolak pulang lebih kurang jam 2pm...letih jugak rasanya..sampai rumah aku dan atif tertidur sampai petang..atif memang enjoy habis..dia kata nak gi lagi..lain kali kalau ke sana harapnye dapat mandi laut le pulak..tapi tak pasti bila dapat kembali ke pantai merdeka lagi..
landskap di sekitar resort
bergambar kat landskap
bergambar sebelum pulang..