Thursday, May 27, 2010

Kenangan Terindah


Salah satu kenangan paling indah dalam kehidupan kita semua pastinya semasa zaman belajar kan..tak kisahlah zaman ketika di sekolah rendah ke..sekolah menengah ataupun ketika di universiti, kolej dan macam2 lagi..antara kenangan yang tak dapat dilupakan ialah ketika belajar di salah sebuah universiti di utara nih..course QC&I (2000-2003)


QC&I students batch aku dalam 70 org lebih kalau tak silap..dan pelajar melayu pulak dalam 50 orang..kami budak2 perempuan melayu ada 20 orang..pelajar lelaki lebih banyak sikit la kan (termasuklah my hubby jugak) kami memang rapat disebabkan kakak2 dan abang2 senior kami telah menunjukkan contoh yang baik kat kami semua..so kira kami ikut jejak depa lah jugak..masa zaman aku belajar dulu, susah nak tengok pelajar melayu yang buat study groups besar-besaran..tapi kami buat sebab senior2 dah tunjukkan contoh macam tu..diaorang turunkan segala ilmu, past years exam papers, notes dan macam2 lagi..senior2 kami memang tak kedekut..semua depa bagi kat junior2..tambahan pulak kami ni final batch dah, so jadi adik2 kesayangan le (perasan!)



Pada masa tu kami semua diketuai oleh seorang abang senior yang bernama Khairul Razmi..jasa abang khairul pada kami semua amatlah banyak..abang khairul best student QC&I..dan memang tak lokek dengan ilmu..sampaikan sebelum kami exam, abang khairul akan buat kelas tuisyen khas untuk kami semua di lecture hall..selalunya kami buat study group di cafeteria dan kalau ada masalah abang khairul turun ke cafe dan tolong kami menyelesaikan apa2 masalah berkaitan pelajaran nih..



Kami yang perempuan 20 orang ni memang jenis yang agak meriah..hihihi..walaupun ada jugak di kalangan kami yang ala2 pendiam dan malu2 kucing gitu..budak2 lelaki pun sama jugaklah.. rindu sangat kenangan belajar sama2, makan sama2, gi jalan ke kelas sama2..semuanya bersama-sama..masa tu semua fikir bila dah kerja nanti mesti best..tup2 bila dah kerja ni memang teringat sangat zaman belajar..masa perangai sorang2 macam kanak2 ribena lagi..huhuuh... tak payah nak fikir masalah negara (adakah sekarang ni aku dok fikir masalah negara?) fikir belajar dan diri sendiri je..




Lepas habis degree, ada yang masih bersama-sama dengan aku sambung study..so hubungan persahabatan tu berterusan dan lebih akrab lagi..sampailah sekarang ni ada yang masih lagi berhubung..dengan wujudnya FB, kami masih lagi dapat mengetahui perkembangan masing2 walaupun tinggal berjauhan..salah seorang yang belajar bersama dulu ketika degree dan MSc, namanya Haniza..sekarang ni kerja pulak sama ngan aku di MSI..my super senior pulak dah jadi bos aku sekarang..ada jugak yang bekerja di utara macam aku..tapi bila masing2 dah sibuk dengan komitmen kerja dan keluarga, susah benar nak berjumpa walaupun ada yang tinggal berdekatan je..kebanyakan rakan2 QC&I dah menamatkan zaman bujang dan mempunyai anak..dengar khabarnya ada reunion di Pahang tak lama lagi, tapi rasanya aku dan hubby tak dapat nak join sebab ada komitmen lain..seronoknya kalau dapat berkumpul dan berjumpa dengan semua geng2 QC&I ni..bilakah agaknya kenangan terindah akan muncul kembali?




satu2nya gambar yang berjaya mengumpulkan kami 20 orang

(BTN lanjutan di Tasik Banding)


arin, kak norul, ain, kak ae, dan kak lis

(persediaan jamuan raya..dok nganyam ketupat :D)




bon, pakli (yang duduk & tersengih lebar), mazrin dan abg dadis




kami di dalam kelas!


me n arin (yang kisahnya ada dalam entry 'Tetamu Istimewa')



QC&I guys a.k.a my hubby punya geng yang datang makan2 kat umah (Nov 2006)

kawan2 QC&I yang datang kenduri kahwin :D

p/s: gembira sangat sebab Kak Pnut kembali dengan blog berwajah baru..buat suspen je tau akak ni...sehari dua ni asik dok pk je napa Kak Pnut nak tutup blog pulak...tipah tertipu maaa :D

14 comments:

FADZLIN IRINA said...

Panjang jodoh...bercinta dari zaman 'u' lagi...salam perkenalan...

ayah,ummi, farish said...

kenangan terindah zaman2 belajar nie mmg susah nk dilupakan

Izan Ishak said...

bastnya...kenangan yg mmg tak dilupakan masa bljar dulu2 kn!

[-suziey-] said...

weee bestnye mengimbas kenangan..hehe..ooo study UUM ek..hehe..skang tgh buat master ke? ke dh abis?

mummy_ayu said...

haruslah..kenangan time study la..kenangan yg paling best...

Kauthar said...

Fadzlin: hai..salam kenal :) doakan semoga jodoh berpanjangan ke akhir hayat, insyaAllah!


kak maya: betul tu kak maya..sampai sekarang dok teringat lagi..hihi..


kak izan: kenangan kat sekolah2 pun teringat jugak..tapi kawan2 kat 'u' yang masih berhubung sampai sekarang


suziey: study USM engineering campus..tu yang kenal dengan afidah tu..masters dh abis thn 2006 tapi 2008 baru keje sebab tunggu atif besar skit..


mummy_ayu: harus..harus..kenangan terindah le katakan!

rynas said...

kalau boleh rasa nak kembali ke zaman belajar best sangat

Kauthar said...

rynas: hihiih..kalau boleh la kan, saya pun nak jugak maa!

~ Hana ~ said...

wahh...sangat rindukan korangg...
-ini kak norul..hehe

Kauthar said...

kak norul:saya pungggg..hihihihi..

forsaken said...

gambaq last tu aku tadak ka?
hahahahaha..

shaliza said...

akan ku kenang zaman kite bersama kat usm ni..ade hikmah disebalik perpindahan kite ke kampus transkrian..persahabatan kita semua lebih akrab..miss you guys!!-arin-

Kauthar said...

forsaken: siapakah kawanku ini?

arin:semamangnya banyak hikmah perpindahan kita itu..walaupun dilanda pelbagai kontroversi..hihihi..kalau kita tak pindah..adakah aku akan mengenali parim?jengjejeng..

shaliza said...

ye betul!!! adakah aku akan jd bestfren rai yg akhirnya menjadi suamiku?? hahahha