Kebanyakan anak2 di wad C3 ditemani oleh mak atau nenek (atif dua2 skali ye!)..tak kurang jugak yang ditemani oleh kaum bapa..kalau mak yang jaga tu biasa la kan..tapi aku respect sangat dekat ayah2 yang berjaya mengambil alih tugas ibu..kadang2 diaorang jaga anak lebih baik lagi dari kita, kaum ibu ni!
Antara yang rapat dengan aku pada awalnya ialah Cik Nor (ummi zuhnun a.k.a achik), Kak Ani (mak izzat), aunty dan mummy kepada uthaiyya sharma (my first neighbour), kak faridah (mak muhammad), ija (mak adam haffiy), kak long (mak adam aiman), mummy vanesha, siti (mak alif adam) dan su dan suami (parents rafiq)..ni yang aku kenal masa mula2 masuk ke wad dulu..tak lupa jugak kak fadilah (mak danish) yang dah lama aku kenal..diaorang ni banyak bagi semangat kat aku..selain tu diaorang jugaklah yang banyak explain tentang perkara2 yang aku tak faham mengenai kanser dan leukemia..dengan diaorang jugak aku belajar cara penjagaan yang sepatutnya untuk anak2 yang bertarung melawan kanser ni..
Selepas tu, ramai lagi yang menjadi rakan aku di sana..ina (mak haziq), kak rohaya (mak aliff haikal), mak long dan pak long (parents hafizuddin), kak as (mak athirah), kak leha (mak mira), mak baby nisa', aunty irfan, mummy chee kean, ayu maid kepada xi yee, streisand dari indonesia (mummy kayleen) dan ramai lagi..kadang2 tu tak ingat nama..tapi selalu berborak..dah dok kat wad tu nak wat apa lagi kan..tambah2 kalau anak kita sihat dan ceria..kita pun seronok la kan..hihih :) bila dah jadi 'senior' ni dan ramai lagi anak2 baru yang dimasukkan ke wad ni..kita lah pulak yang jadi tempat mengadu..
Bila berbual ngan kawan2, beban yang dirasai kuranglah sikit..maklumlah kami semua amat memahami antara satu sama lain....dan saling berkongsi pahit manis bersama..
Sekarang yang satu 'batch' ngan atif kebanyakannya dah habis rawatan..dan peluang untuk berjumpa sebulan sekali je la..itu pun kalau tarikh appointment sama..disebabkan kebanyakan kami dari kawasan utara ni..bila ada kelapangan tu, dapatlah jugak ziarah ke rumah masing2..
Dalam pada tu ramai jugak anak2 yang dah kembali ke pangkuan Illahi..antara yang dah tiada..
Vanesha (meninggal dunia di KL)..masa atif dijangkiti H1N1 dulu, vanesha terlebih dulu disahkan positif H1N1..kami dok bilik sebelah2..aku mmg baik ngan mummy vanesha yang peramah..walaupun berlainan bangsa dan agama, kami memang rapat..kali terakhir jumpa vanesha dan mummy nya di ACC..vanesha sihat masa tu..cuma kekurangan platlet..tup2 beberapa minggu lepas tu aku dapat SMS dari kak ani menyatakan yang vanesha dah meninggal dunia sehari sebelum masyarakat India menyambut Deepavali...
Selepas vanesha..adam haffiy anak kepada ija pulak meninggal dunia di rumah..arwah adam sememangnya berada dalam keadaan tidak sedar sejak dari awal atif dimasukkan ke wad lagi..arwah menghidap barah otak..adam merupakan cucu saudara kepada rakan sekerja baba aku..rupa2nya kami pernah berjumpa dengan adam dan ija semasa Aidilfitri 2008..masa tu atif dan adam sama2 sihat dan main bersama..dengan kuasa Allah bila kami masuk ke wad, katil adam dan atif bersebelahan pulak...siapa sangka kan?
Seterusnya..adik solehuddin pulak meninggalkan kami semua..solehuddin berumur 13 tahun..pada hari dia dia dimasukkan ke wad, aku pun ada di situ..kami datang sebab atif perlu menjalani kemo 24 jam..masa arwah masuk pagi tu, dia ok je..siap boleh sembang2 lagi..tapi dia mengadu sakit dada dan tiba2 tak boleh bernafas..kesian aku tengok keadaan mak dan ayah solehuddin yang dah berumur tu..selalunya ayah arwah yg akan jaga dia di hospital sebab ibu arwah juga pesakit kanser..ibunya tak berapa sihat..pagi tu jugak arwah dimasukkan ke ICU..sebelah petangnya Dr Yeoh bagitau dekat ayah solehuddin yang dia dah berada di tahap kritikal..arwah meninggal dunia jam 7.50 pm..mama sempat pi tgk jenazah..aku tk sempat sbb dok jaga atif..aku hanya bantu kemas barang2 arwah untuk dibawa balik..
Awal April 2010..adik muhammad pula pulang ke rahmatullah..adik muhammad ni pesakit kanser otak..arwah seorang yang ceria..walaupun pada mulanya keadaan dia agak kritikal..tapi selepas tu dia kembali sihat dan ceria..namun selepas beberapa lama..kanser menyerang lagi..ketabahan kak faridah dan suami aku jadikan iktibar..sampai sekarang aku masih berhubung dengan kak faridah bertanyakan khabar..
Dua minggu lepas aku dikejutkan dengan berita aliff haikal pula kembali ke pangkuan Illahi..aliff merupakan anak bongsu kepada kak rohaya dan suami..kami agak rapat sebab aliff pernah dok sebilik dengan atif..arwah memang manja budaknya..aliff ni umurnya lebih kurang 8-9 tahun..masa umur aliff 5-6 tahun memang dia pernah menghidap leukemia..tapi lepas beberapa tahun kanser tu datang balik ataupun dalam istilah perubatan dipanggil 'relapse'..arwah meninggal pun setelah selesai semua rawatan untuk 'relapse'.. sedih rasanya mengenangkan saat2 bersama arwah dulu..tapi Allah lebih sayangkan aliff haikal..
Yang paling memberi kesan mendalam kepada aku ialah pemergian adam aiman, anak kepada kak long..adam aiman yang berusia 2 tahun sememangnya 'buah hati' kami semua..adam aiman yang comel..adam aiman yang nakal...adam aiman yang sentiasa membuat Dr pening kepala dengan kenakalannya..melihat keadaan arwah yang cergas dan ceria menyebabkan aku menjadi kuat ketika atif mula dimasukkan ke wad dulu..arwah sememangnya tak seperti anak yang sakit..walaupun bukan anak kandung kepada kak long(seorang balu kematian suami), kak long menjaga adam seperti anak sendiri..sayang kak long dan seluruh ahli keluarganya kepada adam aiman tak dapat diungkapkan dengan kata2...selepas pemergian adam, kak long datang ke wad untuk berjuma Dr dan kami semua..aku sempat berbual dengan kak long..adam meninggal dunia tiba2..tanpa ada tanda2 sakit..dia pergi dengan aman sekali..Allah memang sayangkan adam aiman..aku berdoa agar arwah dapat memberi syafaat kepada kak long di akhirat kelak..walaupun adam lahir bukan dari rahim kak long..
Sesungguhnya..aku bersyukur ditemukan dengan insan2 hebat seperti mereka ini..insan2 yang tabah..insan2 yang memberi aku satu pandangan baru terhadap kehidupan..yang membawa aku keluar dari satu 'daerah selesa' yang aku diami sebelum ini..mereka yang mengajar aku bahawa kesempitan hidup bukanlah penghalang kepada curahan kasih sayang yang tak berbelah bagi..mereka yang mengajar aku untuk bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada aku selama ini..bersyukur kerana aku dilahirkan sebagai aku...
No comments:
Post a Comment