Sunday, May 23, 2010

Jalan-jalan di Pantai Merdeka



Sabtu lepas kami sekeluarga ke Pantai Merdeka..my hubby tak dapat ikut sebab ada kursus di sekolah..kami semua excited jugak sebab dah lama sangat tak jalan2 di pantai nih..aku sendiri tak ingat bila kali terakhir aku ke pantai merdeka..kami gi 2 buah kereta sebab adik aku yang bongsu, widad bawak kawan2 dia sekali..so, baba drive kereta aku dan adik aku, nuha bawak kereta dia..sebenarnya kami berpeluang ke pantai merdeka disebabkan ofis ayah aku buat sambutan hari guru di sana..sambutan untuk guru2 Tadika Islam, KAFA dan jugak pengasuh2 hadhanah..kami ni kira tumpang sekaki lah kan :D



atif di tengah2...tempat duduk khas


Perjalanan kami pada mulanya ikut BKE (Butterwoth-Kulim Expressway), pastu ikut PLUS highway dan turun di exit Sungai Dua..kemudian ikut jalan kampung melalui Pekan Darat, Penaga, Kota Kuala Muda dan sampai lah ke Pantai Merdeka yang terletak di dalam daerah Sungai Petani, Kedah..sebenarnya banyak jalan yang boleh dilalui untuk ke sana..bezanya jauh atau dekat je..aku seronok kalau ikut jalan kampung..boleh tengok suasana kampung orang dan sawah padi menghijau..nyamannya terasa di pagi hari :) tapi cuaca pagi sabtu tu agak mendung..rasanya macam nak hujan...malam sebelumnya tu pun dah hujan lebat sangat..




inilah plaza tol yang dekat dengan rumah aku




pemandangan yang mendamaikan di sepanjang perjalanan





signboard yang dilalui :)



Rupa-rupanya takdelah jauh sangat pantai ni dari rumah aku..perjalanan lebih kurang 50 minit je..masa sampai tu lebih kurang jam 9.50am..bas diaorang dari penang pun dah sampai dah..majils bermula jam 10.15am.. pantai merdeka sekarang dah tak macam dulu dah..dah ada Merdeka Beach Resort..foodcourt pun ada..atif excited sangat nak mandi laut..air laut nampak bersih..sebab kadang2 kat pantai merdeka ni air agak kotor..menurut orang2 kat situ, keadaan air ikut masa..kadang2 bersih..kadang2 kotor..ramai jugak staf2 yang datang dari penang..diaorang datang dengan 2 bas..ada jugak yang datang dengan kereta..kebetulan pada hari tu ada jugak sukarelawan2 dari sebuah kilang yang datang untuk buat aktiviti membersihkan kawasan sekitar pantai..seronok jugak kan buat aktiviti macam tu?





bas2 yang membawa staf2 dari penang




wajah2 ceria sebab dah sampai!





Pantai Merdeka!



sukarelawan2 membersihkan kawasan sekitar pantai



Lebih kurang pukul 11am hujan turun selebat-lebatnya..time tu aku, nuha n amal bawak atif jalan2 tepi pantai..nasib baik bawak payung..so acara makan2 semua buat kat bawah canopy..canopy besar jugak..bolehlah menampung semua orang..acara makan2 ni buat konsep 'potluck'..macam2 jenis makanan ada..best! So, kami makan dalam hujan yang lebat tu..




canopy2 yang disediakan untuk majlis sambutan hari guru



pemandangan pantai





gambar2 atif yang dok ikut wan jeee (wan nak bercakap pun dia dok kat sebelah :D)



gambar2 kami :)


Atif sedih sebab tak dapat nak mandi laut..lebih kurang jam 12pm hujan dah reda sikit..ustazah fadilah yang merupakan salah sorang staf ajak atif mandi kat swimming pool di resort dengan anak dia yang bernama Umar..umar muda sikit daripada atif..baru 2 thn rasanya..baru aku tau ada swimming pool kat resort nih...hihih..swimming pool boleh tahan jugaklah..ada 3 pools..semuanya untuk budak2 je aku rasa..dapatlah atif melepaskan gian walaupun main air sekejap je..ye la masa tu masih hujan renyai2 lagi..aku pulak terpaksa pegang payung nak cover atif dari hujan..



gelagat atif!



main air di swimming pool


Lepas bawak atif mandi di swimming pool, ustazah fadilah ajak kami ke bilik untuk bagi atif mandi semula..diaorang ada reserved 3 bilik untuk kegunaan staf..family room ada 2 bilik dan 1 bilik air dan ruang tamu yang sederhana besar..rate dia kalau tak salah RM220 satu malam untuk family room ni..ok jugaklah..sempat kami bergolek atas katil sebab letih meredah hujan..hihih..



family room @ merdeka beach resort



Dalam pukul 1pm hujan pun dan berhenti..baru le nampak matahari..sempat ambik gambar landskap2 kat resort ni yang boleh tahan cantik jugak..taman orkid pun ada..mama aku teruja la sebab memang peminat orkid :) Kami bertolak pulang lebih kurang jam 2pm...letih jugak rasanya..sampai rumah aku dan atif tertidur sampai petang..atif memang enjoy habis..dia kata nak gi lagi..lain kali kalau ke sana harapnye dapat mandi laut le pulak..tapi tak pasti bila dapat kembali ke pantai merdeka lagi..





landskap di sekitar resort





bergambar kat landskap




bergambar sebelum pulang..



23 comments:

Zareda Norman said...

cantiklah merdeka beach resort ni.. dekat tak dengan pekan Yan? ada contact no ke?

Kauthar said...

Zareda: kalau dengan pekan Yan saya tk pastilah jauh ke dekat ..sebab Yan pun saya tktau kat mana..teruk kan org utara ni :) contact no dalam gambar kat atas tu tk brapa clear kan?
(044377555 fax:044377550,
h/p:0174787589)

Izan Ishak said...

kauthar,
cam seronok je pi pantai merdeka tu. teringat masa kami pi kedah ogos thn lepas.
kakak izan no 3 dok kat permai pura,bedong. abg hubby izan pun dok kat kulim je.

Kauthar said...

kak izan: oo..ada la saudara kat utara ni ek..saya kerja kat kulim..kulim hi-tech..lain kali nak mai utara habaq naa :)

♥etiey erywan♥ said...

lamanya tak tengok pantai... nyaman dan damai sekali erk...

sayangsayangibu said...

sangat cantik ..
seronok duk tepi pantai kan?

Kauthar said...

etiey erywan: memang nyaman dan damai..seronok sangat..bukan selalu dapat ke pantai :)

sayangsayangibu: memang cantik dan sangat seronok sekali :D

chekna said...

salam ziarah..
wah bestnya jalan2..

Diarihatiku1976 said...

mcm best jer.. saya selalu turun sg petani tu....

@e_da said...

cantik tempat ni.. bestnya jalan2 makan angin..

Kauthar said...

chekna:salam kenal..memang best bila sekali sekala dapat jalan2 ni :)

Diarihatiku: ye ke selalu ke SP?bolehlah p pantai merdeka nanti..


e_da:tempat dia boleh tahan cantik jugak..siapa yang nak beli ikan bilis dan hasil2 laut boleh ke tanjung dawai yang dekat je dengan pantai merdeka..femes jugak tempat tu..

ieda said...

dah lama tak ke pantai merdeka ni..banyak perubahan..sgt cantik berbanding dulu..nak kena p nih..ada kolam anak2 mesti suka.
kauthar..kalau berdiri tepi pantai boleh nampak masjid kat seberang..tulah tg dawai..kg hbby akak.

madamzu said...

mcm best je. The first and only time I was in Pantai merdeka was about 10 yrs ago..lama gilerz.. It totally changed a lot. So, what say u, to hv our own family day there...hehehe. With this i'm nominating u as the project manager!!!

Mimi Sharif said...

wah syok atif mandi... tak sangka pantai merdeka dah cantik yer... kalau singgah tg dawai bleh belikan ikan bilis favorite kak ida kan... (tiba2 aku telan air liur sndri bila teringat sambal yg sedap itu)

E.L.I.Z.A said...

wahh mcm tu rupanya pantai merdeka..cantik la resort dia

[-suziey-] said...

waaaa tetiba teringt lagu cinta pantai merdeka..msti amik ilham dr sini..ekekek:D

pstt...yg tudung biru masa lunch kt chillis tu nama dia afidah ariff..dia student USM dulu..kwn ek?

Kauthar said...

kak ieda: ooo..husband akak orang tg dawai ka? wahh.. seronoknya boleh dapat ikan bilis yang cantik2dan fresh maa..saya sendiri pun tergezut tgk perubahan pantai merdeka ni..budak2 memang suka punya sebab ada 3 kolam :)


madamzu: hahahaha...aku dah agak dah ni akan terjadi! boleh2 kak ida..saya setuju..bisa diuruskan!


kak mimi:kami ni pun dh lama dok tunggu sambal kak ida tu...kena mengidam dulu la kak mimi oii baru dapat..



Eliza: ok la kan resort dia..cuma food kat restaurant taktau cmne pulak..tapi kat area ni rasanya leh jalan2 cari makan kat luar..

Kauthar said...

suziey: huhuhu..aa kan baru teringat ada lagu cinta pantai merdeka tu...aa afidah tu junior kat usm dulu (kami panggil dia apid..hihihi)thanks to suziey sbbkan tgk blog suziey dapatlah menjejak kasih pulak!

♥ Love Journal ♥ said...

pantai merdeka memang sanagt best..dorg baru renovate..lagi nmpak cntik n sesuai utk aktiviti family..klu sblm ni kosong je..

Kauthar said...

lovejournal: memang best kan hazliza..tu la..saya rasa dulu2 mmg tkdak apa kan kat situ..

Ina Hashim said...

salam ziarah

dah lamaaaaa sgt akak x g p.merdeka...tatau pun dah ada resort...huhu...last pegi 8 thn lepas kut...makan kat situ harga dasat mencekik darah

Kauthar said...

Ina Hashim: salam kenal kak..hihihi..saya tak pasti lah macam mana harga makanan di situ sekarang ni..akak pergilah jalan2 ke sana..bolehlah tgk pantai merdeka yang baru ni :)

the drugs dont work said...

kurt....