Di sini aku ingin berkongsi serba sedikit pengalaman apabila Muhammad Atif disahkan menghidap leukemia pada Julai 2009..atif dilahirkan normal pada Oktober 2006 dan tiada tanda2 awal leukemia sehinggalah umur atif 2 tahun..
atif sihat & ceria (1 yr old)
atif yang aktif (2 yrs old)
Semuanya bermula pada November 2008..atif ni jenis yang aktif sangat, asyik nak berlari je..satu hari tu dia asyik berlari dan terjatuh (jatuh besa2 saja, tak teruk sangat)..aku kat ofis masa tu..tk nampak macam mana kejadian berlaku..mama,suami, dan adik2 aku ada di rumah (untuk yang tak tau, aku tinggal ngan my parents k)..lepas kejadian tu atif macam tak boleh nak berjalan..so kami ni macam pelik la kan sebab jatuhnye sikit je..kebetulan on that day kami nk p kl..kami g jugak sebab keadaan atif ok walaupun dia tak dapat berjalan macam biasa..
atif n abah @klcc..sehari selepas jatuh
atif with my cousin, ain (masa ni tak boleh bangun dah, baring je..)
Selepas kejadian tu keadaan kaki atif makin teruk..mula2 tu dapat jalan sikit2..pastu sampai satu tahap atif tk boleh berjalan dan bergerak langsung..berubat ni tak payah cakap la..moden dan tradisional semua redah..baba aku pantang dengar orang cite bomoh tulang ke apa semua kami pi..siapa yang tak risau anak/cucu yang dulunya sihat dan ceria tiba2 tk boleh berjalan..masa ni atif mula kurus..tak lalu makan dan pucat je mukanya..kami tak syak apa2..cuma ingat sakit dia ada kena mengena ngan kaki je..gi X-ray jumpa Pakar Ortho. pun tk dapat detect apa2..semua ok.. memang buntu sangat..keceriaan dalam rumah macam hilang..baba aku sampai kurus memikirkan cucu nan seorang tu..nak pi kerja pun tkdak mood dah..aku tabahkan hati dan berdoa agar Allah tunjukkan jalan..
Dalam pada dok berubat sana sini tu..atif makin pucat...kami akhirnya dengan izin Allah berjumpa dengan Pak Din dari Felda Besout, Sungkai..Pak Din ni boleh dikatakan bomoh tulang yang terkenal di daerah sungkai sana la..setiap minggu kami berulang alik ke sungkai untuk berubat (masa ni my hubby masih kerja di sungkai..so tiap2 hujung minggu stay kat rumah my hubby)..dengan bantuan Pak Din ni alhamdulillah keadaan kaki atif bertambah baik..banyak perubahan positif..daripada tak boleh duduk sendiri..dah boleh duduk..kaki pun kurang sakit dah..
Satu hari tu (May 2009) bawak atif pi klinik sebab dia asyik demam..DR terkejut sangat tengok atif yang sangat pucat..DR cadangkan atif kena admit hospital sebab keadaan dia nampak tak ok dan heart beat dia laju gile..so aku mintak DR buat reference letter untuk hospital yang aku bawak atif check kaki dia sebelum ni..senang sikit dah ada medical record dia kat situ..kebetulan pulak masa tu patutnya aku kena gi induction training..dah tempah hotel untuk satu family..so cancel la semua..
Dipendekkan cerita,bila dimasukkan ke hospital dan buat ujian darah, ha resultnya sangatlah memeranjatkan! HB atif tinggal 2.5 jee (if i'm not mistaken, normal HB for children: 10-13)..so maksudnya kadar hemoglobin dalam darah atif sangatlahhh rendah!Disebabkan tu, kena transfuse 2 pain darah..DR yang merawat atif masa tu tak syak yang atif kena leukemia sebab white blood n platlet atif ok..lepas beberapa hari atif discharge dan DR kata kena tunggu dua bulan untuk pastikan sama ada darah ok @ tak..maksudnya darah tu akan stay dalam badan dia atau hilang lagi..so kena tunggula..
atif semasa di Hospital K** BM..mukanya dah lain..pucat dan macam bengkak sikit kan
(sorry gambaq tk cantik maklumlah hp i cikai je)
Selepas discharge atif asyik demam2..tak kebah-kebah..kadang2 suhunya naik tinggi jugak..sampaila Julai 2009 gi jumpa DR untuk appointment..DR kata atif kena admit sebab tengok dari muka atif dia dah tau atif tak cukup darah..aku dah dapat rasa sesuatu yang tak baik bakal berlaku..sebenarnya dalam bulan Jun 2009 DR dah cadangkan untuk buat Bone Marrow Aspiration (BMA) untuk kesan apa penyakit sebenar atif..tapi kami belum bersedia masa tu..lagipun masa tu tak banyak pengetahuan tentang BMA..orang tua2 lagi la kan..macam2 teori keluar..aku ngan hubby pon pening..orang fikir BMA = Spinal Tap (ambik air tulang belakang)..tapi sebenarnya kedua-duanya adalah prosedur yang berbeza..
Kebetulan keluarga mentua ada datang dari Johor masa atif kena masuk wad kali kedua,so aku mintak jasa baik DR untuk terangkan kat seluruh ahli keluarga tentang prosedur BMA..lepas tu DR explain yang atif akan dirujuk ke Penang General Hospital (PGH) memandangkan pakar yang terlibat ada di sana..dan BMA pun akan dijalankan kat PGH..aku blur masa tu..macam2 perasaan ada..tak tau macammana nak explain..susah nak digambarkan dengan kata2..sebelum atif di bawa ke GH, kena transfuse 1 pain darah lagi..demam pun tak surut2..masa tu HB atif 5.5 dan tak sampai sehari turun sampai 4....memang agak kritikal keadaan atif..
Akhirnya, end of July atif di masukkan ke Wad C3(Pediatric Oncology) di bawah satu-satunya pakar kanser kanak-kanak di Utara Malaysia iaitu Dr.Yeoh (tabik spring tau ngan DR ni..perempuan lak tu!)..
Oklah..end of this entry..next entry aku akan teruskan tentang keadaan atif semasa menjalani rawatan kemoterapi..perasaan dan cabaran yang dilalui oleh kami sekeluarga..hikmah yang aku dapati daripada ujian Allah yang amat berat ini dan macam2 lagi k!
4 comments:
semoga atif cepat sihat dan aktif semula... semoga semuanya tabah terutamanya, mama atif ni... cepat sambung, akak tak sabar nak baca lg...
terima kasih banyak2 kak azreen...tunggu saya update nanti k...
semoga Allah mudahkan segala kesulitan anda sekeluarga
:)
REQUIEM: AMIN!!!
Post a Comment