Tuesday, June 15, 2010

Kenduri Angah - Part1



Jumaat lepas kami sekeluarga bertolak ke KL untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu aku, nurul zawani a.k.a angah..angah ni anak kedua kepada pak lang dan mak lang aku..anak yang sulung, along dah kahwin tahun lepas..sekarang dah ada baby boy yang sangat comel! Ada lagi 5 orang anak pak lang yang menunggu giliran selepas ni...huhuhuuhu..


Kami konvoi 3 buah kereta..aku dan family plus family paksu sekali..kami bertolak lebih kurang jam 8.30am..berhenti rehat sekejap kat R&R Tapah dan lebih kurang jam 12.30pm dah sampai di Selayang..sebelum ke rumah paklang, kami singgah di rumah pak long dan mak long di Hospital Selayang..tujuannya ialah nak melawat pakcik kami, pakcik suhaimi yang dah sebulan menjalani rawatan di wad Hospital Selayang..rindu dengan cik fadillah dan anak2, izni, ikhlas, dan ilham sebab agak lama tak berjumpa..depa ni tinggal di penang jugak, tapi sejak pakcik masuk hospital, depa berkampung di rumah pak long..


atif yang hampir kebosanan dalam kereta..nasib baik ada hidayat (anak paksu) buat teman bergaduh :D



di rumah pak long..atif seronok main2 ngan anak2 paksu, amrina dan ain..dan melepaskan rindu dengan kak ikhlas nye..




berjalan dari rumah pak long ke wad dengan izni, ikhlas dan atif..cuaca agak mendung..baru lepas hujan..seronok tengok pakcik, walaupun sakit masih mampu mengukir senyuman melihat telatah atif..



Lebih kurang jam 4pm kami bertolak ke rumah pak lang di Taman Melawati..nak pi tolong2 apa yang patut..hihihi..sebelah malamnye akad nikah lepas Isyak..encik atif pulak tertidur dari jam 4pm sampai 6pm..orang dok bising2 pun dia tak terjaga langsung..penat sangat gamaknya.. ramai saudara mara dah berkumpul di rumah pak lang..meriah!


sibuk!



atif tido!




anak along, Danish yang sangatttt comellll!


Malam tu aku dan adik2 tak pi masjid..kami buat2 sibuk kat rumah pengantin..hihihi..kami tolong2 kemas dan siapkan apa yang patut sebelum menyambut rombongan keluarga pengantin lelaki dari masjid..pengantin lelaki, Zaime dari KL jugak..dulu sama2 belajar dengan angah di USM..



di masjid untuk majlis akad nikah (upah photographer lain pulak ambik gambar!)


selepas akad nikah..makan!



kami dan pengantin baru :D


Selepas keluarga pengantin lelaki pulang, kami menyiapkan kerja2 yang perlu disiapkan sebelum kenduri esok..jam 12.30pm baru balik ke Tadika Nurul Iman (tempat tidur kami..jalan kaki je dari rumah pak lang) Disebabkan letih sangat, aku tertidur dengan baju kurung tu jugak..tak senonoh kan..wakakaka..ok, nanti aku sambung cerita hari kenduri pulak ye..



p/s: esok cuti sebab bawak atif ke hospital untuk monthly checkup (dah sebulan dah..rasa macam baru je pi bulan lepas :) )

5 comments:

[-suziey-] said...

waaaaa atif tido ade gaya la.hehe..suka btl tgk danish yg comel..
tahniah pengantin:)

Kauthar said...

suziey: danish memang comel sangat..nanti saya letak gambar2 danish lagi :)

Ain said...

banyak betul kenduri musim cuti sekolah ni kan....

Jiey^Mien said...

comelnya dia tido..

Kauthar said...

Ain: memang banyak sangat!


Jiey: huhuhu..tido sampai tk sedar apa!