Assalamualaikum semua...
Wah...dah empat hari tak 'update' blog :D Alhamdulillah pagi selasa yang indah ni dapat meluangkan sedikit masa menaip entry baru..sebenarnya dari 2 minggu lepas lagi nak update entry pasal lawatan atif ke ACC..tapi tak berkesempatan...
Lawatan atif ke ACC Mei lepas ialah pada 19 Mei 2010..kemudian bulan Jun ni pulak 16 Jun yang lalu..kali ni aku gi dengan my hubby dan atif..kebetulan waktu cuti sekolah kan..so, dapatlah my hubby ikut sekali..selalunya aku gi dengan baba dan mama jee..
Kami bertolak lewat sikit, sampai di ACC dalam pukul 10am..agak ramai jugak dah..yang bagusnya bila orang dah ramai sikit ni takdelah sejuk sangat kat dalam tu...tambahan pulak, mama encik atif ni lupa nak bawak jaket dia hari tu :D
Kali ni atif dok buat perangai jugak..dia macam takut sangat kena cucuk kat tangan macam bulan lepas..bulan ni sebenarnya buat 'finger prick' (ambil darah ikut jari) je..sebab ubat chemo VCR tu akan dimasukkan dua bulan sekali..so, bulan ni tkdelah kan..tunggu bulan Julai pulak..muka atif masammm dan nak dukung je sebab takut sangat..sekali bila nurse panggil dan buat 'finger prick' baru le dia nak tersenyum simpul (tu la..mama cakap tak nak percaya!)
Macam biasalah, aku akan hantar sampel darah atif ke lab..kalau bulan lepas aku tunggu keputusan darah tak sampai 5 minit..kali ni tak sampai 2 minit je :) Alhamdulillah keputusan darah atif bulan ni lebih baik dari bulan lepas..lega rasanya..
Balik dari lab, tengok2 atif dah nak mula nak main2 dah..bulan lepas tak sempat main sebab asyik dok makan saja :) tapi atif ni kalau ada ramai2 sangat yang dok main dia tak berapa berani sangat..sebab dah pernah ada history kena tolak dulu..aku pun dah pesan kalau ramai yang main, tunggu dulu..budak2 ni pun semua aktif2 belaka..takut la jugak kan..
atif menjadi penonton sekejap
nak mula main dah..
Dalam pukul 12.30pm baru dapat jumpa Dr..lama jugak la tunggu tapi tak rasa sangat pun...dah biasa kan...lagipun atif dok seronok main je..lepas dah jumpa Dr ambik ubat kat farmasi dan balik!!
Sebelum balik ke rumah sempat singgah di Hospital Lam Wah Ee hantar barang kat pakcik yang telah dimasukkan ke situ pada pagi 16 Jun tu..dan pakcik masih lagi dirawat di sana sehingga hari ni..so, setiap kali hujung minggu kami akan melawat pakcik di sana..kepada yang tak tau, entry2 sebelum ni aku ada bercerita sedikit tentang pakcik yang dirawat di Hospital Selayang..dan kini dipindahkan ke Hospital Lam Wah Ee supaya lebih dekat dengan keluarga...hopefully pakcik akan cepat sembuh ye..hujung minggu ni kami akan melawat pakcik lagi :)

p/s: ACC stands for Ambulatory Care Center..kira macam day care center kat Penang General Hospital :)
4 comments:
offtopic* selalu pasan u susun pic lawa2, side by side gitu. pakai apa ye?
ADIA: i pakai picasa..boleh setting sendiri macammana u nak susun gambar tu..picasa boleh download je kat intrnt k..
dulu Ian waktu kecik pun every month kena gie check up...sekarang dah ok...
mummy_ayu:oo..ye ke..alhamdulillah dah ok..atif kena check up dalam tmpoh 21/2 tahun..kira sampai umur dia 7 thn kot
Post a Comment