Thursday, June 17, 2010

Petua melegakan batuk!



Assalamualaikum..selamat pagi semua!



Sekarang ni rasa-rasanya musim demam, batuk dan selesema..salah seorang sepupu aku, Nabil dh dimasukkan ke wad disebabkan demam denggi..masa kenduri di KL hari tu ramai yang selesema dan batuk2..semalam bawak atif checkup kat hospital pun ramai budak2 yang batuk jugak..student2 aku pun ramai jugak yang demam selesema..encik atif hari isnin hari tu dah mula tanda2 nak selesema..lepas tu selesema dah ok, hari selasa dah mula batuk2 pulak....


Semalam jumpa Dr dah bagitau yang atif ni batuk dan selesema..tapi seperti biasa Dr takkan bagi ubat punya..sebab pesakit leukemia macam atif memang diaorang elakkan bagi ubat2 tu..paling kuat pun kalau dah teruk sangat batuk dan selesema, Dr akan bagi antibiotik..ubat2 ni seperti paracetamol boleh mengganggu fungsi hati pesakit leukemia yang sememangnya fungsi hati mereka tidak berapa baik..lagi satu diaorang ni dah banyak ambik 'drugs', so Dr tak nak tambahkan lagi pengambilan 'drugs' tu..


So, nak bertanya kepada kawan2 yang berpengalaman anak2 batuk dan selesema ni..ada tak petua2 yang boleh digunapakai bagi menggantikan ubat-ubatan..sekarang ni aku dok sapu Vicks je kat dada, belakang dan ubun2 atif...kalau kawan2 ada petua lain, mintak tolong kongsi bersama ye...kesian sangat kat atif, semalam tidur batuk2...macam tak selesa sangat :(


Terima kasih :)

8 comments:

Suziey Ahmad said...

hmm bgs ni..bole try praktik even xbatuk skang ni..

ieda said...

amalan akak...banyakkan minum air.lagi elok kalau buat air asam (perah asam jawa) & campur dgn sedikit garam..bila batuk jer minum..sikit2 pun takpe tp kena ulang2..

Ciklinn said...

salam...
yup mmg musim skrg nie.. anak2 lin 3 3 duk selsema batuk...

tingat kat mak time2 camnie... dia kalu cucu batukkan... pi cari bunga belimbing buluh..then rebus dgn gula batu..pehtu diembunkan.. huhuhuh

ingat kena balik kg gak this week nak suh mak buat camtu pada umar... doc pun mmg tak bagi ubat pada baby bawah 4 bulan.. aduyaiii..

Izza - Jiejah said...

kalau tuk budak bg la madu setiap hari ..

kalau tuk org dewasa , perahkan lemon dlm segelas air suam ..campurkan dgn sesudu madu.
minum tiap hari , insyaallah elok batuk² selsema :-)

Cikwa said...

alahaii anak sy pun batuk2 gak..sy pun dah rasa kesat2 jek kat tekak nih..memang musim la ni kan..iskh2

Kauthar said...

suziey: boleh cuba try test ok..huhuuh


kak ieda: thanks..nanti saya cuba..dulu2 pernah cuba jugak petua ni..memang berkesan..si atif ni taktau la boleh ke tk :)


ciklinn: adoi gigihnye mak ciklinn ye..sampai diembunkan lagi tuh..memangla kan kalau mak2 kita pandai bab2 ni..kalau saya memang tak reti..

kak jiejah: dah suruh hubby cari madu tadi..hopefully jumpa la..thanks 4 sharing :D


lovelywa: tu la..ramai sangat yang batuk dan selesema..senang jangkit kan...kena bersedia lah..huhu

kasihibu said...

moga atif cepat sembuh..

Kauthar said...

sayangsayangibu:thanks akak!