Tuesday, May 25, 2010

Tentang Seseorang..



Semalam cerita jalan-jalan..hari ni nak berkongsi cerita tentang seseorang lah pulak..tentang siapa ye..tentang insan yang bergelar bapa..seorang ayah, abah, baba, abi, papa, daddy dan macam-macam lagi panggilan..yang pasti mereka ialah seorang lelaki yang menyumbang kepada proses kelahiran kita di muka bumi ini (walaupun belum hari bapa lagi..nak tulis jugak! kuingkuing)


Sebenarnya asal-usul idea nak menulis entry ni datangnya sejak 2 minggu lepas lagi dah..hari jumaat 2 minggu yang lepas aku keluar ke ofis lambat sikit dalam pukul 8am gitu..kebetulan pulak, untuk pertama kalinya aku terserempak pulak dengan jiran aku yang kisahnya ingin aku ceritakan di sini..




Nampak tak gambar kat atas ni? (sorrylah gambar tk berapa clear walaupun telah diedit sebaik mungkin dengan bantuan cik picasa) Inilah jiran aku untuk sekian lama iaitu Pak Leh..yang di belakangnya pulak, cucu pak leh yang aku tak pasti pulak siapa namanya :) Pak Leh berniaga kacang rebus..kalau diikutkan pengamatan mata kasar aku, usia Pak Leh ni rasanya dah 70-an..tapi masih gagah mengayuh basikal keluar menjual kacang rebus untuk mencari rezeki yang halal...keluarga Pak Leh ni bukanlah kategori 'tidak berada'..malah tanah keluarga dia pun memang luas sangat kat tepi rumah aku..ahli2 keluarga yang lain pun memang semua terlibat dalam macam2 jenis perniagaan..pak leh biasanya menjual kacang rebus di depan klinik kesihatan kat kampung aku dan di pasar malam..dulu masa kecik2 kalau lalu kat rumah pak leh..mesti dapat kacang rebus free..hihihi..

Bukannya aku tak pernah berjumpa atau melihat pak leh berniaga sebelum ni, tapi entahlah pagi jumaat tu aku drive slow2 di belakang pak leh..cucu pak leh tolong tolak basikal dari belakang..terasa sayu pulak..tak pasti kenapa..dalam perasaan yang sayu tu sempat pulak aku 'snap' gambar ni :D rasanya mungkin aku teringat dengan pengorbanan seorang ayah..pak leh yang dah berusia tu pun masih memerah keringat untuk mencari rezeki buat keluarga..yang aku pasti bukan atas paksaan tetapi kerelaan sendiri..

Begitu juga dengan baba aku yang masih bekerja walaupun sudah melepasi usia yang sepatutnya..baba aku ni boleh dikategorikan dalam kumpulan 'workaholic' lah jugak..hari sabtu dan ahad pun boleh pergi kerja..dan sepanjang hidup aku 29 tahun ni, memang kami adik-beradik dah terbiasa dengan dedikasi dan kesungguhan baba terhadap kerjanya..tetapi apa yang mengharukan aku ialah walaupun dalam kesibukan di pejabat, baba tak pernah mengabaikan kami sekeluarga..sejak dari kecil lagi, apa saja yang kami nak, akan cuba ditunaikan walaupun dulu kami bukanlah hidup senang sangat..biasa2 saja..aku pun merasa naik kereta masa umur 13 tahun..Proton Saga second-hand tau..bukan kereta baru..baba beli kereta sebab aku nak masuk asrama..sebelum tu baba hanya menaiki motorsikal untuk ke pejabat..dan sampailah sekarang ni baba masih memandu Proton Saga yang sama untuk ke pejabat..dan motorsikal yang sama juga masih lagi berkhidmat sampai sekarang..walaupun membelikan kereta baru untuk anak2..baba tetap setia dengan Proton Saganya jugak..baru aku mengerti yang baba sebenarnya 'sentimental' orangnya :)

Kami adik beradik tak rapat sangat dengan baba seperti mana kami rapat dengan mama..maklumlah kan kami semua perempuan..dari kecik2 memang segan nak bersembang-sembang dengan baba..baba kami ni raut wajahnya memang serius..tapi sebenarnya boleh tahan jugak 'sense of humour'nya..bila kami dah besar2 ni barulah berani nak sembang2 dan bergurau senda dengan baba..sebelum ni my hubby kan duduk jauh di perak..baba lah yang banyak membantu aku ke sana ke mari (masa tu takleh drive lagi) dalam proses nak siapkan my MSc thesis..pernah sekali tu ada kawan baba cakap 'biaqlah suami dia yang buat..dia kan dah kahwin..' tapi baba cakap 'kalau dah kahwin pun dia tetap anak kita jugak..' terharunya aku bila dengar baba cakap macam tu...bertuahnya aku mempunyai ayah seperti baba..

Sekarang ni aku tinggal dengan baba dan mama...baba tetap melayan aku seperti dulu2 jugak..baba tak pernah berkira walaupun aku dah bersuami....apatah lagi sekarang sudah mempunyai cucu nan seorang..kasih sayang baba terhadap atif memang sukar nak diceritakan di sini..yang paling mengesankan dalam hati dan jiwa aku ialah ketika kami sama2 mengharungi saat2 duka semasa atif sakit dulu..pada masa tu lah pengorbanan seorang ayah tiada tolok bandingnya..baba sanggup ke mana sahaja untuk bawak atif berubat..menghabiskan wang ringgit dan tenaga...menumpahkan air mata yang tak terkira banyaknya...bersama-sama denganku di kala aku memerlukan segunung kekuatan untuk menempuh ujian Allah yang takkan tertanggung oleh kudratku tanpa seseorang yang bernama baba itu...pengorbanan baba cukup besar..sepanjang kami bersama-sama melalui saat2 itu, baba tak pernah merungut walaupun terpaksa menghantar kami setiap hari ke hospital...begitulah besarnya kasih seorang ayah dan seorang datuk..

Sekarang atif pun dah semakin sihat..baba kembali ceria..tak seperti dulu lagi..aku gembira melihat baba yang ceria melayan gelagat atif yang macam2 ada..melayan kami adik beradik yang macam2 ada jugak...melayan segala permintaan kami..walaupun tak pernah mengucapkan kata2 sayang kepada baba...tetapi di sini aku ingin menyatakan betapa sayangnya aku kepada baba..sayang yang terlalu banyak..namun kasih sayang ini rasanya tidak setimpal dengan nilai kasih sayang dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh seseorang yang bernama baba...tetah sayang baba...always and forever!

14 comments:

madamzu said...

menyampah kat kauthar... boleh x jgn cite sedih2...sakit dada tau!!!

Izza - Jiejah said...

hargailah sementara masih ada ni huhuhuhu



nangessssss ...!!!!!

Kauthar said...

madamzu:ala kak ida..takkan hari2 nk cite jalan2 kat pantai merdeka...huhuhuhuhu..

kak jiejah: betul tu..nangeeeessss jugakkk :(

Mimi Sharif said...

sedey... sedey...
tp nmpknya gayanya tiap2 hari i terjah blog u... best baca crita kauthar....

ayah,ummi, farish said...

sedinhyer baca ...dah nk nangis nie

hanaKir@ said...

hurmm..sedeynye

Izan Ishak said...

kauthar..
izan trus nangis tau baca citer ni sbb izan xdapat pengalaman mcm yg kauthar alami.
kenangan izan dgn abah sikit sgt. cuma sempat dgn abah 6 tahun je....:(

shaliza said...

kurt..x suke tau..aku dh nangis baca blog hg..nasib baik ofis kosong xde org..sedih aaa kurt..aku sayang mak abah aku..huwaaaaa

ena said...

ko neh! buat aku sedey tau!! huh nak pi lari jauh2... huhuhuhuhu

Kauthar said...

kak mimi: jgnlah sedey k..silalah terjah hari2 kot2 boleh mengubati tension kak mimi ngadap eksperimen hari2..ahaks :D

kak maya: sambil menaip entry ni pun saya menangis jugak skit2..hihi


hanaKir: terima kasih kerana membaca walaupun sedey yee..


kak izan: ye ke akak...lagilah sedih macam tu..hargailah orang tua kita selagi hayat mereka ada :(


arin: hang nangis pelan2 la arin oi..aku pun sayang mama n baba aku jugak!


ena: ko lari la jauh2 dulu..karang ko datang balik tau ena..jangan lari tak mai2 dah pulak :)

rynas said...

huhuhu sedihnya. bila kita semakin dewasa kita jadi semakin menghargai ayah dan mak kita kan.

Thebeautylalala said...

baba kita terHEBAT,,haha!!baba aka tun mahathir wannabe..:))..we luv u baba..thaNks 4 everything..
kadang2 kita rasa baba slalu busy kt ofis..tp my frenzz ckp kita sgt LUCKY..coz dapat ayah cam baba..coz nk apa mesti dpt..:)) n ada gak yg ckp cam xberdikari coz sume benda baba yg beli..tp xkesah la apa org nk ckp..yg penting baba yg terbaek!!..n paling best baba tau apa fevret foods kita..haha..makan dan terus makan..

p/s:baba bli iphone satu:D..(anak yg KEJAM)

Kauthar said...

amal:kuingkuingkuing...pi bagi dapat lesen kereta dulu pastu baru cerita pasal iphone k :D

anak ayah said...

sayangi dan berkhidmatlah pada ibu dan ayah kita sementara mereka masih hidup..
:)





*aku rindu ayah aku.rupa2nya da 18tahun ayah pergi.semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah.amin..