Saturday, May 8, 2010

Engkaulah RATU Hatiku...



Pengorbanan seorang mama..ibu..ummi..mak..ma..tiada tandingannya..seorang ibu menyayangi anaknya lebih daripada dirinya sendiri..


Bila dah mempunyai anak sendiri barulah aku faham erti pengorbanan seorang wanita yang bernama ibu..baru aku faham mengapa seorang ibu sanggup mengorbankan segala-galanya demi seorang anak..

Indah kan dunia seorang ibu?

Pengalaman menjadi ibu adalah pengalaman yang tiada tandingnya...

Terima kasih buat mama ku, Puan Siti Salmah Hj Salleh yang melahirkan aku ke dunia..mendidik aku menjadi insan yang berguna..bersama aku di kala susah dan senang...sentiasa menemani aku ketika aku mengharungi saat2 getir dalam hidupku..tidak ada kata2 yang dapat menggambarkan betapa bersyukurnya aku mempunyai seorang ibu seperti mu mama!!


Kepada ibu mentua Puan Saodah Awang yang jauh di mata, dekat di hati..terima kasih kerana menerima aku seadanya..walaupun jarang2 sekali berjumpa, aku sentiasa rindu..terutama sekali masakan mu yang memang kelassss tuuu :D

Buat mama dan ma..Selamat Hari Ibu...hanya Allah yang dapat membalas jasa dan pengorbanan kalian!


Buat rakan2 yang juga bergelar ibu..Selamat Hari Ibu..semoga kita semua menjadi ibu2 yang terbaik buat anak2 kita..dan semoga kita juga menjadi anak2 yang sentiasa berbakti pada ibu kita walaupun sibuk dengan urusan yang tak pernah selesai...



Khas buat mama!



Buat ma yang jauh di mata..
(credit to kak ida sbb tlg beli kad :D)


Cerita selingan

Petang tadi bawak atif jalan2 di SCM Seberang Jaya..misinya adalah untuk mencari hadiah kat mama..tapi satu kejadian yang agak suspen telah terjadi di dalam lif..masa naik lif nak balik tiba2 lif 'terbrenti' dan gelap! Alamak! Targezut gak aku..dalam lif tu ada 4 orang rasanye..nasib baik sekejap..pastu lampu menyala balik...fuhh alhamdulillah! buat suspen jee..

Atif sempat buat lawak lagi..bila lampu dah menyala, tiba2 dia kata "aik, magik laaa.."hihihi..makcik india dalam lif tu pun nk tergelak!



Bagi 'flying kiss' kat mama sebab dapat mainan baru!



Atif tengok je abah makan..



Sukanyaaa dia



Ter'excited' jap tengok toys




Kena pakai mask kat tempat ramai orang...



Duduk je atas tu..tk gerak pon!



Selamat Hari Ibu!!!

2 comments:

Unknown said...

comel atif tu..bijak je dia kata magic ya.hehehe
selamat hari ibu..

Kauthar said...

atif mmg cakap macam org besar..sebab dok berkawan ngan org2 dewasa kot..huhuhu..Selamat Hari Ibu mumyShaneQeisha!