Friday, May 28, 2010

Cuti dan Kisah Membeli Gula..



Assalamualaikum semua..Salam Jumaat!



Hari ini kebanyakan daripada kita bercuti..ramai juga yang pulang ke kampung..mama dan baba aku ke Terengganu jalan2 makan angin..hihihi..adik aku, nuha pulak ke KL menemani makcik aku, cik fadilah..aku pulak hari ni tak ke mana2..insyaAllah malam nanti nak bawak adik2 gi jalan2 cari makan :D


Pagi2 tadi dah keluar bawak atif main di Petronas Playsmart..pastu sempat jugak menziarahi keluarga pakcik aku yang tak jauh dari rumah..sejak atif dah sihat ni belum pernah lagi ke rumah pakcik..esok mungkin akan ke Merbok, Kedah menziarahi keluarga arwah muhammad (kawan atif di hospital) di samping nak ambik tempeyek yang aku tempah kat kak faridah (mak arwah muhammad)..


Kisah membeli gula!


gambar hiasan semata-mata :D


Semalam aku ke pekan dengan nuha untuk membeli barang keperluan yang dipesan mama..mama dan baba pulak semalam sibuk ke rumah saudara2 yang akan mengadakan kenduri hujung minggu ni..terpaksa pergi awal disebabkan diaorang nak jalan2 ke terengganu kan..kisahnya nak membeli gula di pekan, rupa-rupanya semua gula dah habis (walaupun cari di 2 kedai)..baru je tulis kat blog Kak Maya yang konon2nya kat tempat aku tkde masalah gula...kan dah kena!


Kemudian aku mencuba nasib di kedai runcit yang berdekatan dengan rumah...cari punya cari tak nampak pun gula kat rak..so, aku pun tanya la kat adik yang jaga kedai tu..


Aku: Adik, gula ada dak?

Adik jaga kedai: (Dengan muka serius angguk kepala sikit2)

Aku: Ada ka adik? Kat mana ek? Tak nampak pun?

Adik jaga kedai: (Membuat isyarat mata kat adik yang jaga kat adik cashier pulak)

Pastu adik cashier pelan2 keluarkan sebungkus gula dari bawah kaunter..ooo...baru aku paham..rupa2nya memang ada gula..tapi tak dijual secara terbuka..huhuhuuh...nak beli gula dan terasa macam urusniaga nak beli d*d*h pulak..kuingkuingkuing...di tempat kawan2 camne pulak?


6 comments:

ieda said...

kauthar nak mai merbok esok??alahai..saya takde plk.nak keluar dr pg sampai mlm..if not boleh jumpa.

Kauthar said...

alaaa..ye ke? akak kat merbok ke ke skrang? sayangnya tak boleh jumpa..saya nak pi sana petang2 skit..tak jalan2 penang ke kak?

rynas said...

ni mesti kes gula nak naik harga ni sebab tu dorang sorok. sebabnya tak lama lg minyak nak naik pulak...aduhai..gaji tak naik lagi nie

Kauthar said...

rynas: setuju 100%...memang kena berjimat cermat kan sekarang ni..pas harga minyak naik, harga mende2 lain pulak akan naik :(

Izza - Jiejah said...

fuhhhhhhhhhh gula gula ..mujur akak ni setahun pun sekali dua jek beli hehehe

Jiey^Mien said...

jiey balik pau gula from umah parents.. hahhahaha..