Wednesday, May 5, 2010

ATIF..the survivor - Part 3



Atif perlu menjalani rawatan kemoterapi mengikut ALL-BFM 95 (Moderate Risk)...kalau ikut regime ni atif akan menghadapi tiga peringkat rawatan kemoterapi iaitu Protocol I, Protocol M dan Protocol II...kemo intensif selama 6 bulan (kalau tk banyak komplikasi) dan kemo maintenance selama 2 tahun setengah (boys sahaja, girls 2 thn) untuk setiap protokol, rawatan dan ubat yang perlu dimakan adalah berbeza k..sebelum atif menjalani rawatan kemo intensif, ada dua perkara yang perlu dilakukan,

  • Cabut gigi2 atif yang buruk untuk mengelakkan jangkitan kuman bila dah mula kemo nnti
  • Hickman catheter insertion


Cabut gigi


Kalau bab ni memang lega sangat bila Dr bagitau gigi2 atif yang tak elok kena cabut..first visit to ped. dentist tu atif buat perangai jugak..dia memang pantang tok nenek sikit kalau orang dok suruh baring2 ni..tambah2 lagi kalau nak tengok gigi dia..tapi Dr bagi dia baring atas badan aku, dia okla sikit..Dr pulak pandai pujuk dia bagi sticker macam2..sticker upin ipin segala..suka la dia..so dapatla Dr tampal dan cuci gigi yang tak berapa ok tu..

Disebabkan Dr Yeoh nak mulakan kemo atif secepat mungkin, sehari selepas dapat result BMA terus je atif dibawak ke dentist untuk cabut gigi..atif dibius so dia tak sedar la..6 batang gigi atas kena cabut (aku simpan beb!)pastu bengkak dan lebam teruk pipi dia..sian kat atif..darah banyak sangat sebab platlet dia rendah..sebelum cabut gigi lagi dah tambah 2 beg platlet..alhamdulillah..beberapa hari lepas tu pipi atif dah tak lebam dah..kembali seperti biasa..







atif selepas cabut gigi..kesan lebam belum nampak lagi masa ni


Hickman catheter @ CVL insertion

CVL insertion adalah prosedur biasa yang dilakukan sebelum anak-anak yang menghidap kanser di wad C3 memulakan rawatan..selain CVL ada jugak anak-anak yang dipasang dengan Chemoport..chemoport berbeza dengan CVL sebab chemoport ditanam di bawah kulit di bahagian dada..CVL pulak macam dalam gambar kat bawah ni...

File:Hickman line.png
CVL (credit to wikipedia)

CVL ni kaedah penjagaannya agak leceh skit..kena dressing twice a week untuk elakkan daripada lubang insertion tu bernanah..kalau dah ada nanah jawabnya kena dressing hari2 le (macam atif!) CVL atif yang pertama hanya bertahan dua minggu je..balik umah sekejap dah tercabut..first insertion Ogos 2009..second insertion November 2009..so, 3 bulan jugakla atif terpaksa kemo ikut tangan (guna jarum macam biasa)..tapi alhamdulillah tangan atif dapat bertahan dan tak terbakar..second time tu sempat bertahan 4 bulan..pastu tercabut jugak! Buas sangat!untuk prosedur CVL insertion ni, kena masuk operation theater (OT) dan atif kena puasa la sebab nak bius...

atif sebelum masuk OT (first time)


sebelum masuk OT (second time)


Protocol I

Masa ni la tempoh yang paling mencabar buat aku..lepas habis je kemo yang pertama (6 jam)..dapat balik rumah..tapi tak sampai sehari balik rumah..mai balik hospital sebab atif cirit birit yang sangat teruk sampai berdarah..atif pulak kurus yang amat..kalau tengok keadaan dia masa tu memang sedih sangat..kakak2 ofis (kak ida, kak ti & kak kiah) datang tengok pun sedih..sebab atif dah tak macam atif dah..

Atif diasingkan dalam bilik..dok sorang..masa tu H1N1 tengah 'mengamuk' (Ogos 2009)..so atif disyaki kena H1N1 pulak..kena la amik Tamiflu..atif pulak lepas cirit birit dah elok sikit, demam panas pulak..HB dan platlet rendah..macam2 yang berlaku..memang menguji kesabaran aku dan mama..sehari sebelum 1 Ramadhan, my MILF and SIL pun datang jauh2 dari johor nak tengok atif..diaorang pun tergezut dengan keadaan atif..kesian dekat MIL sebab atif tak nak langsung dengan dia..masa tu pun atif tak sihat, so dia asyik buat perangai je laaa..





atif yang kurus!


Kawan aku masa belajar dulu cadangkan kami bagi atif Transfer Factor (Riovida)..kebetulan pada masa yang sama sepupu my hubby cadangkan produk yang sama jugak..mula-mula tu bimbang..tapi bila difikirkan..kalau tak cuba tak tau kan..TF bukannya ubat, ia adalah supplement untuk meningkatkan antibodi dan memberi kekuatan kat atif supaya bertahan dengan kemo..alhamdulillah rasanya ada perubahan positif kat atif...pas atif dah sihat dan tak demam baru la Dr dapat result H1N1 atif..rupa-rupanya memang positif..

Alhamdulillah,selepas beberapa hari berpuasa kat wad..dapat jugak pulang ke rumah..keadaan atif selepas 2 minggu yang kritikal tu memang di luar jangkaan..atif sihat dan bertambah ceria..berat badan atif bertambah sebab selera makan dia meningkat (akibat pengambilan ubat , Prednisolone sejenis steroid)..atif pulak makin berisi tapi paling ketara bahagian pipi yang tembam giler..kemo seterusnya buat kat ACC (Ambulatory Care Center)..macam day care lah..balik hari..seminggu sekali gi sana selama 3 minggu..

Hari Raya Aidilfitri disambut ceria jugak sebab atif sihat dan cergas walaupun masih tak dapat berjalan seperti biasa lagi..dengan izin Allah selepas selesai rawatan kemoterapi Protocol I..atif kembali berjalan seperti biasa..mula2 tu agak kekok sikit cara atif berjalan..lama-kelamaan dah macam biasa..sekarang ni dah mula berlari dah..

Aku pulak dah dapat unpaid leave selama 6 bulan (Ogos-Feb)..syukur alhamdulillah..sekurang-kurangnya aku dapat menumpukan sepenuh perhatian kat atif..walaupun aku rindu sangat nak kembali bekerja esp.rindu kat kakak2 ku di ofis..

aku dan atif (Aidilfitri 2009)

Untuk pengetahuan semua, tiub kat hidung atif kegunaannya untuk makan ubat..sebab hero ku yang seorang ni susah sangat nak makan ubat..anak2 kat wad selalunya pakai kejap2 aje..atif pulak pakai sampai habis kemo intensif dan masuk kemo mintenance lagi..alhamdulillah baru2 ni (April 2010) atif berjaya untuk makan ubat melalui mulut..tk payah pakai 'belalai gajah' tu lagi dah..TEPUKAN UNTUK ATIF ye!!!


Protocol M dan Protocol II

Sepanjang kedua-dua protocol ni atif tak ada banyak masalah..cuma demam tu biasalah..keluar masuk wad pun biasa jugak..hihihi (wad C3 tu dah macam rumah kedua dah!) cuma di akhir-akhir Protocol II 2 minggu jugak kami kena dok kat wad, sebab suhu badan atif naik tinggi dan tak turun2..nak kata demam macam tak demam, sebab aktif dan ceria..tambahan pulak masa tu scrotum (bahasa saintifik ye kawan2!) atif bengkak dan berdarah..bak kata atif "Kemo tajam tau!" Nurse pun nak tergelak dengar statement atif ni..tapi betullah tu..kesan ubat yang banyak dalam badan dia menyebabkan suhu badan dia naik dan bila sisa2 ubat kluar melalui air kencing ada la kesan dia kan..atif pulak masa tu pakai diaper lg..hikmahnya..atif pastu dah tk pakai diaper lagi :) itulakan...setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya!


As for me, terpaksa tambah cuti lagi 2 bulan sampai April 2010 disebabkan keadaan atif yang tak menentu di akhir2 kemo intensif tu..my hubby pulak dah dapat tukar ke Penang since Jan 2010..dan sekarang ni semuanya kembali macam biasa..atif sekarang dalam tempoh maintenance..sebulan sekali je kena pi jumpa Dr Yeoh..bulan ni (Mei) masuk kali ketiga dah..perasaan dalam hati aku Allah saja yang tau...terlalu banyak pengalaman yang ditempuhi..terlalu banyak pengajaran yang dipelajari..terlalu banyak pahit yang ditelan..namun dalam kepahitan tu ada manisnya..

Dalam pada tu...ramai juga anak2 yang aku sayangi telah pergi kembali ke pangkuan Illahi..sedih dan pedih aku rasakan kerana kami semua sudah seperti satu keluarga..tunggu entry yang akan datang untuk berkongsi rasa mengenai KOMUNITI BARU (pinjam perkataan Kak Kiah)


Next, mari tengok gambaq :D YEAY!!



Atif yang dah takde rambut

Confirm kena marah kalau golek2 atas carpet..takut kuman!


Makan,makan dan makan...pipi macam tembikai dah :P


Aidiladha 2009


Terima kasih sudi membaca entry yang agak panjang ni...jangan jemu untuk singgah lagi di lain kali!

9 comments:

REQUIEM FOR A DREAM said...

Ya Allah!
Sesungguhnya Kau Maha Penyayang dan Maha Mengasihani..
Kau kasihanilah Atif dan keluarganya..
Kau sembuhkanlah penyakit Atif..
Kau kembalikanlah kesihatan dan kesejahteraan Atif..
Kau berilah kekuatan bg Atif dan keluarganya untuk menghadapi segala ujian-Mu..
Kau jadikanlah setiap ujian utk mereka sbg asbab hidayat dan kemuliaan mereka..
Sesungguhnya hanya pada-Mu kami berserah dan bertawakkal..
Amin..


*sorry kurt,aku kagum dgn ampa.
walau seberat mana ujian utk ampa,makin kuat semangat ampa.aku yg dok baca ni kalut tahan sedih.haih..
semoga Allah memberkati idop ampa sekeluarga.
kim salam pd atif ya kurt.sama parim skali.
:D

Kauthar said...

terima kasih ya kerana berdoa untuk kami sekeluarga..semoga Allah memakbulkan doa2 kita semua..AMIN!

shaliza said...

aku kenal kwn aku ni seorang yang kuat and tabah...kalau aku di tempat hang..Ya Allah..Hanya Tuhan yg tahu...qaseh nangis kena amik darah pun aku teriak skali..huhu..semuanya ade hikmah kan kurt..semoga atif cepat sembuh seperti dulu..-arin-

Kauthar said...

Arin: Alhamdullilah Allah bagi sedikit kekuatan untuk hadapi ujianNya yang tak seberapa ni..ada insan lain yg menanggung ujian lebih hebat lagi..

ayah,ummi, farish said...

Salam....kauthar.....
Maya sebak baca blog mu...
banyak2 bersabar...sungguh kuat dan tabha yer hadapi dugaan..
bagaimana ngan keadaan atif skrg????

Kauthar said...

TQ maya sebab sudi membaca..kekuatan kami adalah dari Allah dan sokongan semua..atif sekarang sihat alhamdulillah!

IntanSham said...

Salam ziarah kauthar, sedih saya baca kisah atif. Atif lahir 2006, sebaya anak sulung saya. Saya berdoa agak awak tabah menghadapi dugaan ini...semoga atif cpt2 sembuh hendaknya..

Kauthar said...

Salam perkenalan sayang.ibu..insyaAllah,sama2lah kita berdoa atif sentiasa sihat dan ceria ye!

Shahida Shalahim said...

Kurt!!oh begitu jejak Kasih jumpa kt blog!kurt,last time bila dpt Tahu psl atif,aku rs sedih sgt.aku jd termenung pk mcmana la if jd kt aku.aku tk sekuat mu Kurt!tp mmg dr first time aku kenal mu,aku tau mu mmg wanita kuat!Kurt,be strong for atif!!!!miss u Kurt!