Perkara yang paling melegakan aku wad ni ada surau..so bab2 sembahyang tak payah risau dah...dan yang specialnya tentang wad C3 ni setiap row ada TV yang pasang channel cartoon network dan yang seangkatan dengannya lah (TV disumbangkan oleh MAKNA)..so terubat sikitlah perasaan anak-anak kat situ..atif pun agak teruja tgk ada banyak tv..huhu..apa pun layanan baik Staf Nurse (SN) dan Houseman Officer (HO-Dr Kathy,aku ingat sangat sbb dia baik, terharu i tau) yang bertugas pada hari pertama melegakan hati aku..pastu alhamdulillah aku tak jadi dok katil tengah2 tu sebab dapat tukar katil dengan Kak Fadilah (yang merupakan jiran aku kat kampung)-tempat strategik depan TV dan kak fadilah tukar masuk dalam bilik..
katil kami depan tv hoccay :D
Untuk pengetahuan semua, kak fadilah ialah jiran kat kampung yang aku kenal dari kecik lagi..kak fadilah ni sebaya dengan mak saudara aku yang bongsu (mak uda)..anak sulung dia pun dah sekolah menengah dah..anak kak fadilah yang bongsu namanya Danish dan sebaya dengan atif..beza umur sebulan dua je..danish disahkan menghidap leukemia sejak Mac 2009 lagi..masa tu kami tengah dok kalut dengan masalah kaki atif..bila dapat atau danish sakit aku sempat pi rumah kak fadilah dengan one of my sisters (amal) untuk bertanya khabar...kak fadilah nampak macam takda apa2 je..kuat dan tabah sangat! (pada masa tu tak terjangkau di fikiran yang aku pun akan melalui apa yang dilalui oleh kak fadilah suatu hari nanti..)my sister amal cakap kat mama yang kak fadilah nampak 'strong' sangat..terharu aku bila mama kata "tetah (panggilan untuk aku di rumah yang membawa maksud kakak) pun kuat jugak...sebab aku tak menangis walaupun keadaan atif yang tak boleh berjalan pada masa tu..TQ mama!
Sebelum berjumpa dengan Dr Yeoh..beberapa orang Medical Officer (MO) datang jumpa dan tanya macam2 kat aku dan bagitau yang atif disyaki menghidap leukemia..sedih sangat walaupun MO explain itu hanya tanggapan awal diaorang je tapi aku dapat rasakan semua yang diaorang cakap tu betul..memang atif sakit..kakak-kakak dari office, kawan-kawan dan mak saudara call, aku tak boleh nak bercakap..aku menangis..pertama kali aku menangis di hadapan orang lain adalah pada hari itu..hari pertama atif dimasukkan ke wad C3..aku tengok kaum ibu di wad tu semuanya tenang..menjadikan aku lebih kuat untuk menghadapi apa2 kemungkinan selapas itu..kaum-kaum ibu di situ jugak semuanya ramah mesra belaka dan di situlah bermulanya satu ikatan baru antara aku dan mereka (akan diceritakan dalam entry yang akan datang ya!)
Setelah berjumpa dengan Dr Yeoh dan dipersetujui semua, so atif pun selamat melalui prosedur pertama iaitu BMA (seperti yang diceritakan dalam entry sebelum ini) resultnya kena tunggu sehari dua jugak..sementara menunggu results atif kena buat CT Scan sebab perut atif membengkak (ini adalah tanda2 biasa bagi leukemia, disebabkan oleh hati atau limpa yang bengkak dan akan surut setelah menjalani rawatan kemo)..ubat pun sampai 6-7 jenis nak kena makan..seksa jugak la sebab atif ni jenis susah nak makan ubat!
Dr explain yang tiada sebab2 yang spesifik untuk penyakit ni (terutamanya kanak-kanak) dan Dr terangkan jugak rawatan2 yang bakal dilalui oleh atif..baba dan mama memang dah tk boleh bercakap dah masa tu..dan aku..satu perasaan yang tak dijangkakan..aku LEGA! i was relieved...nak tau kenapa? sebab akhirnya aku telah mendapatkan satu kepastian tentang penyakit atif..aku dah nampak jalan penyelesaiannya..dah nampak satu rawatan yang pasti...terima kasih Allah kerana memberi jawapan kepada pertanyaan2ku yang tak terjawab sebelum ini..
Maka bermulalah satu episod baru dalam hidup kami sekeluarga..
3 comments:
maha suci Allah..
nak menitik ayaq mata aku baca.punya la berat Allah uji ampa skluarga.ampa bersabaq na..
*Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
TQVM REQUIEM!
kauthar, happened that I just found your blog... semoga hang akan terus tabah dan kuat menghadapi segalanya... menitik air mata aku bila baca post nih... sebagai ibu aku faham perasaan hang... aku pun pernah lalui keadaan nih... moga anak-anak kita akan sentiasa sihat dan membesar bagai juara... :)
Post a Comment