Monday, May 31, 2010

Dinner @Bangkok Station

Hari Jumaat malam yang lepas, aku dan my hubby membawa atif dan adik2ku widad dan amal makan2 di Bangkok Station..dah kami je yang tinggal kat rumah, boring makan kat rumah je..so aku membuat keputusan nak makan kat luar..mula2 tu taktau nak makan kat mana..tanya kat widad n amal kot2 depa ada special request..depa pun tktau nak makan kat mana..suddenly teringat pulak satu tempat yang dicadangkan dalam satu group di FB iaitu Penang Halal Food (kalau tak salah aku le..)..Bangkok Station dekat je dengan rumah aku, dalam kawasan Taman Pauh, Permatang Pauh, Seberang Perai..kalau siapa2 yang biasa lalu Jalan Baru untuk ke Penang Bridge atau Butterworth pun boleh nampak kedai ni dari jalan besar..

Bangkok Station

widad n amal..


Masa kami sampai restoran tu dalam pukul 8.45pm tu takdela ramai orang sangat..pastu masuk jam 9pm tu memang ramai..full house! Aku ni tak pandai nak review pasal restoran dan makanan..so aku menulis ikut apa yang aku lihat dan rasa je lah ye :D Suasana restoran bagi aku oklah...sederhana..sesuai untuk makan bersama keluarga dan juga untuk ber'dating'..huhuuhu..kalau dilihat pada menu makanan, makanan thai ada banyak set..à la carte pun ada..so kalau datang berdua je tu tak payah la nak order set kan..western food pun banyak pilihan jugak..malam tu kami order makanan thai Set A (untuk 5 orang)..Set A ni harga dia RM65...servis boleh tahan cepat jugak walaupun ramai orang..tak tunggu lama pun..sebab daripada apa yang aku tengok (sempat intai2 dapur depa) tukang masak memang ramai..

Tomyam sedap jugak..tomyam yang ada santan sikit2 tu kan..apa ke nama dia aku tak ingat..yang penting tomyam tu tak banyak 'sampah sarap' (hihihi...serai,bawang, lengkuas dan lain2) tomyam kat sini adalah tomyam seafood..sebab dalam tu ada ketam, udang, sotong, lala..

Selain tomyam, ada ikan 5 rasa..mula2 tu dok fikir jugak apakah yang 5 rasa itu?hihi..tapi ikan tu memang sedap betul la...amal kata macam ada rasa mustard skit..aku rasa camtu gak..dengan taburan cashew nut di atasnya..kuahnya yang pedas..memang kena betul ngan tekak aku ni..kat belakang ikan tu adalah telur dadar dan ayam goreng kunyit..ayam kunyit tu kureeengg sikit lah..ayam keras..dan kalau tak masuk dalam set sekali pun takpa kot...sebab kami tak makan sangat pun ayam tu..last2 tu terpaksa jugak makan sikit..sayang takut membazir pulak kan..huhuhu..


Seterusnya, asparagus goreng dengan udang..sedap jugak..digoreng biasa2 je ngan sos tiram..tapi ok..ada kelainan sikit lah daripada kailan ikan masin je tiap2 kali makan kat restoran thai :)

Yang ni udang goreng tepung kegemaran si tecik atif...uihhh dia sorang je dah berapa ekor...suka betul dia..udang besar2 jugak..tepung yang salut udang tu pun rangup..cicah dengan sos thai..yummyyy!!!

Menu terakhir ni ala2 surprise sikit..sebab taktau apa ada kat dalam (tak ingat dalam Set A tu ada apa, main order je :D )

Beginilah rupa di dalam aluminum foil itteww..wangi sangat bau dia..alaa..macam pais ikan yang kita buat kat rumah tu kan..tapi yang ni bukan pais ikan..tapi pais seafood..isi dia macam tomyam tadi jugak..ada ketam, lala, udang dan sotong...sedappppp, wangiiii dan pedassss! Meja kami memang penuh sangat, sampai terpaksa satukan makanan2 tu..bila nasi dah sampai lagi lah penuh meja..dah mana aku tau lauk banyak camtu..overall berpuas hati dengan makanan dan harga di Bangkok Station..kecuali untuk ayam keras tuh..dan waitress yang agak blur sampaikan 'lime juice' pun dia taktau apa dia..hihihi..minuman pun ok jugak..so, kawan2 yang belum pernah ke Bangkok Station..bolehlah mencuba ye..mungkin aku akan ke sana lagi dan cuba menu2 yang lain pulak..en3 ini diakhiri dengan gambar2 si tecik atif :)

Sunday, May 30, 2010

THANKS KAK IZAN!

Petang Ahad yang sunyi dan mendung nak rehatkan diri dengan menjawab tag ni :D







(a) COPY AWARD INI


Ok, dah copy!





(b) BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI

Terima kasih kepada Kak Izan yang sudi bagi award ni kat saya ye..kak izan merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak lelaki yang sihat dan ceria! Kak izan walaupun baru je dikenali sejak terjebak dalam dunia blog ..tapi macam dah lama je kenal..thanks again kak!


(c) TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE-KHAMSAH? KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN...


Ok, saya cuba ye..




(1) FIVE NAMES THAT PEOPLE CALL YOU :


1. Kauthar - panggilan oleh kawan2 ofis dan kawan2 SGGS, bloggers
2. Tetah (yang bermaksud kakak sulung) - family
3. Kurt - kawan2 SAINA, kawan2 U
4. Kak Long - adik beradik iparku
5. Mama - atif sorang je :)




(2) FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :


1. 11th May - Hari lahir diri sendiri
2. 14th August - Hari lahir my hubby
3. 29th October - Hari lahir atif
4. 1 Ramadhan - yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun
5. Hari lahir baba, mama, nuha, amal dan widad...


(3) FIVE THINGS YOU DID YESTERDAY

1. Masak breakfast -spaghetti goreng
2. Iron baju
3. Ziarah kawan di Merbok, Sungai Petani
4. Masak baked beans and egg untuk dinner (masak simple je sebab dah melantak laksa kat
rumah kak faridah di Merbok :D )
5. Bacakan buku untuk atif dan tidoq awal...hiihi


(4) FIVE WAYS TO BE HAPPY :

1. Smile!
2. Main dan golek2 ngan atif
3. Shopping
4. Sembang2 ngan hubby, family @ kawan2
5. Solat dan berdoa..hilangkan rasa sedih dan tekanan


(5) FIVE FAVOURITE MOVIES :

1. Notting Hill
2. Filem2 Afdlin Shauki
3. Filem2 Mamat Khalid
4. Children from Heaven
5. Kuch2 Hota Hai..hihihi



(6) FIVE FAVOURITE HOBBIES :

1. Membaca
2. Mengemas
3. Menulis
4. Memasak (cuba2 resepi kat internet)
5. Tidoq!




(7) FIVE FAVOURITE PEOPLE :

1. Umm...susah nak jawab ni :D
2. ..............
3. ..............
4. ..............
5. ..............



(8) FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION :

1. Endau, Johor (balik kampung my hubby)
2. Tak tau nak tulis apa lagi sebab jarang sangat bercuti
3. ................
4. ................
5. ................


(9) FIVE REASONS YOU ANSWERED THE SURVEY :

1. Seronok jawab tag dan dapat award,
2. Penuhi masa lapang
3. Boleh relaks kejap
4. Memenuhi permintaan rakan
5. Dapat buat en3 baru kan?


10) FIVE PERSON TO TAG :

2. netti
4. afidah

Friday, May 28, 2010

Cuti dan Kisah Membeli Gula..



Assalamualaikum semua..Salam Jumaat!



Hari ini kebanyakan daripada kita bercuti..ramai juga yang pulang ke kampung..mama dan baba aku ke Terengganu jalan2 makan angin..hihihi..adik aku, nuha pulak ke KL menemani makcik aku, cik fadilah..aku pulak hari ni tak ke mana2..insyaAllah malam nanti nak bawak adik2 gi jalan2 cari makan :D


Pagi2 tadi dah keluar bawak atif main di Petronas Playsmart..pastu sempat jugak menziarahi keluarga pakcik aku yang tak jauh dari rumah..sejak atif dah sihat ni belum pernah lagi ke rumah pakcik..esok mungkin akan ke Merbok, Kedah menziarahi keluarga arwah muhammad (kawan atif di hospital) di samping nak ambik tempeyek yang aku tempah kat kak faridah (mak arwah muhammad)..


Kisah membeli gula!


gambar hiasan semata-mata :D


Semalam aku ke pekan dengan nuha untuk membeli barang keperluan yang dipesan mama..mama dan baba pulak semalam sibuk ke rumah saudara2 yang akan mengadakan kenduri hujung minggu ni..terpaksa pergi awal disebabkan diaorang nak jalan2 ke terengganu kan..kisahnya nak membeli gula di pekan, rupa-rupanya semua gula dah habis (walaupun cari di 2 kedai)..baru je tulis kat blog Kak Maya yang konon2nya kat tempat aku tkde masalah gula...kan dah kena!


Kemudian aku mencuba nasib di kedai runcit yang berdekatan dengan rumah...cari punya cari tak nampak pun gula kat rak..so, aku pun tanya la kat adik yang jaga kedai tu..


Aku: Adik, gula ada dak?

Adik jaga kedai: (Dengan muka serius angguk kepala sikit2)

Aku: Ada ka adik? Kat mana ek? Tak nampak pun?

Adik jaga kedai: (Membuat isyarat mata kat adik yang jaga kat adik cashier pulak)

Pastu adik cashier pelan2 keluarkan sebungkus gula dari bawah kaunter..ooo...baru aku paham..rupa2nya memang ada gula..tapi tak dijual secara terbuka..huhuhuuh...nak beli gula dan terasa macam urusniaga nak beli d*d*h pulak..kuingkuingkuing...di tempat kawan2 camne pulak?


Thursday, May 27, 2010

Kenangan Terindah


Salah satu kenangan paling indah dalam kehidupan kita semua pastinya semasa zaman belajar kan..tak kisahlah zaman ketika di sekolah rendah ke..sekolah menengah ataupun ketika di universiti, kolej dan macam2 lagi..antara kenangan yang tak dapat dilupakan ialah ketika belajar di salah sebuah universiti di utara nih..course QC&I (2000-2003)


QC&I students batch aku dalam 70 org lebih kalau tak silap..dan pelajar melayu pulak dalam 50 orang..kami budak2 perempuan melayu ada 20 orang..pelajar lelaki lebih banyak sikit la kan (termasuklah my hubby jugak) kami memang rapat disebabkan kakak2 dan abang2 senior kami telah menunjukkan contoh yang baik kat kami semua..so kira kami ikut jejak depa lah jugak..masa zaman aku belajar dulu, susah nak tengok pelajar melayu yang buat study groups besar-besaran..tapi kami buat sebab senior2 dah tunjukkan contoh macam tu..diaorang turunkan segala ilmu, past years exam papers, notes dan macam2 lagi..senior2 kami memang tak kedekut..semua depa bagi kat junior2..tambahan pulak kami ni final batch dah, so jadi adik2 kesayangan le (perasan!)



Pada masa tu kami semua diketuai oleh seorang abang senior yang bernama Khairul Razmi..jasa abang khairul pada kami semua amatlah banyak..abang khairul best student QC&I..dan memang tak lokek dengan ilmu..sampaikan sebelum kami exam, abang khairul akan buat kelas tuisyen khas untuk kami semua di lecture hall..selalunya kami buat study group di cafeteria dan kalau ada masalah abang khairul turun ke cafe dan tolong kami menyelesaikan apa2 masalah berkaitan pelajaran nih..



Kami yang perempuan 20 orang ni memang jenis yang agak meriah..hihihi..walaupun ada jugak di kalangan kami yang ala2 pendiam dan malu2 kucing gitu..budak2 lelaki pun sama jugaklah.. rindu sangat kenangan belajar sama2, makan sama2, gi jalan ke kelas sama2..semuanya bersama-sama..masa tu semua fikir bila dah kerja nanti mesti best..tup2 bila dah kerja ni memang teringat sangat zaman belajar..masa perangai sorang2 macam kanak2 ribena lagi..huhuuh... tak payah nak fikir masalah negara (adakah sekarang ni aku dok fikir masalah negara?) fikir belajar dan diri sendiri je..




Lepas habis degree, ada yang masih bersama-sama dengan aku sambung study..so hubungan persahabatan tu berterusan dan lebih akrab lagi..sampailah sekarang ni ada yang masih lagi berhubung..dengan wujudnya FB, kami masih lagi dapat mengetahui perkembangan masing2 walaupun tinggal berjauhan..salah seorang yang belajar bersama dulu ketika degree dan MSc, namanya Haniza..sekarang ni kerja pulak sama ngan aku di MSI..my super senior pulak dah jadi bos aku sekarang..ada jugak yang bekerja di utara macam aku..tapi bila masing2 dah sibuk dengan komitmen kerja dan keluarga, susah benar nak berjumpa walaupun ada yang tinggal berdekatan je..kebanyakan rakan2 QC&I dah menamatkan zaman bujang dan mempunyai anak..dengar khabarnya ada reunion di Pahang tak lama lagi, tapi rasanya aku dan hubby tak dapat nak join sebab ada komitmen lain..seronoknya kalau dapat berkumpul dan berjumpa dengan semua geng2 QC&I ni..bilakah agaknya kenangan terindah akan muncul kembali?




satu2nya gambar yang berjaya mengumpulkan kami 20 orang

(BTN lanjutan di Tasik Banding)


arin, kak norul, ain, kak ae, dan kak lis

(persediaan jamuan raya..dok nganyam ketupat :D)




bon, pakli (yang duduk & tersengih lebar), mazrin dan abg dadis




kami di dalam kelas!


me n arin (yang kisahnya ada dalam entry 'Tetamu Istimewa')



QC&I guys a.k.a my hubby punya geng yang datang makan2 kat umah (Nov 2006)

kawan2 QC&I yang datang kenduri kahwin :D

p/s: gembira sangat sebab Kak Pnut kembali dengan blog berwajah baru..buat suspen je tau akak ni...sehari dua ni asik dok pk je napa Kak Pnut nak tutup blog pulak...tipah tertipu maaa :D

Wednesday, May 26, 2010

HARAP MAAF !



Assalamualaikum kawan2..

Harap maaf kerana tidak dapat meng'update' blog di awal pagi Rabu memandangkan cikgu ini mempunyai kelas di pagi hari :) Selain itu juga, 'terpaksa' menghadiri perjumpaan bersama dengan YB Pengerusi MARA yang datang melawat MSI di hari Rabu yang indah ini...insyaAllah, entry baru akan menyusul selepas segala acara berakhir ye kawan2 (awat yang aku skema sangat ni? ) chowchichow!!!





Tuesday, May 25, 2010

Tentang Seseorang..



Semalam cerita jalan-jalan..hari ni nak berkongsi cerita tentang seseorang lah pulak..tentang siapa ye..tentang insan yang bergelar bapa..seorang ayah, abah, baba, abi, papa, daddy dan macam-macam lagi panggilan..yang pasti mereka ialah seorang lelaki yang menyumbang kepada proses kelahiran kita di muka bumi ini (walaupun belum hari bapa lagi..nak tulis jugak! kuingkuing)


Sebenarnya asal-usul idea nak menulis entry ni datangnya sejak 2 minggu lepas lagi dah..hari jumaat 2 minggu yang lepas aku keluar ke ofis lambat sikit dalam pukul 8am gitu..kebetulan pulak, untuk pertama kalinya aku terserempak pulak dengan jiran aku yang kisahnya ingin aku ceritakan di sini..




Nampak tak gambar kat atas ni? (sorrylah gambar tk berapa clear walaupun telah diedit sebaik mungkin dengan bantuan cik picasa) Inilah jiran aku untuk sekian lama iaitu Pak Leh..yang di belakangnya pulak, cucu pak leh yang aku tak pasti pulak siapa namanya :) Pak Leh berniaga kacang rebus..kalau diikutkan pengamatan mata kasar aku, usia Pak Leh ni rasanya dah 70-an..tapi masih gagah mengayuh basikal keluar menjual kacang rebus untuk mencari rezeki yang halal...keluarga Pak Leh ni bukanlah kategori 'tidak berada'..malah tanah keluarga dia pun memang luas sangat kat tepi rumah aku..ahli2 keluarga yang lain pun memang semua terlibat dalam macam2 jenis perniagaan..pak leh biasanya menjual kacang rebus di depan klinik kesihatan kat kampung aku dan di pasar malam..dulu masa kecik2 kalau lalu kat rumah pak leh..mesti dapat kacang rebus free..hihihi..

Bukannya aku tak pernah berjumpa atau melihat pak leh berniaga sebelum ni, tapi entahlah pagi jumaat tu aku drive slow2 di belakang pak leh..cucu pak leh tolong tolak basikal dari belakang..terasa sayu pulak..tak pasti kenapa..dalam perasaan yang sayu tu sempat pulak aku 'snap' gambar ni :D rasanya mungkin aku teringat dengan pengorbanan seorang ayah..pak leh yang dah berusia tu pun masih memerah keringat untuk mencari rezeki buat keluarga..yang aku pasti bukan atas paksaan tetapi kerelaan sendiri..

Begitu juga dengan baba aku yang masih bekerja walaupun sudah melepasi usia yang sepatutnya..baba aku ni boleh dikategorikan dalam kumpulan 'workaholic' lah jugak..hari sabtu dan ahad pun boleh pergi kerja..dan sepanjang hidup aku 29 tahun ni, memang kami adik-beradik dah terbiasa dengan dedikasi dan kesungguhan baba terhadap kerjanya..tetapi apa yang mengharukan aku ialah walaupun dalam kesibukan di pejabat, baba tak pernah mengabaikan kami sekeluarga..sejak dari kecil lagi, apa saja yang kami nak, akan cuba ditunaikan walaupun dulu kami bukanlah hidup senang sangat..biasa2 saja..aku pun merasa naik kereta masa umur 13 tahun..Proton Saga second-hand tau..bukan kereta baru..baba beli kereta sebab aku nak masuk asrama..sebelum tu baba hanya menaiki motorsikal untuk ke pejabat..dan sampailah sekarang ni baba masih memandu Proton Saga yang sama untuk ke pejabat..dan motorsikal yang sama juga masih lagi berkhidmat sampai sekarang..walaupun membelikan kereta baru untuk anak2..baba tetap setia dengan Proton Saganya jugak..baru aku mengerti yang baba sebenarnya 'sentimental' orangnya :)

Kami adik beradik tak rapat sangat dengan baba seperti mana kami rapat dengan mama..maklumlah kan kami semua perempuan..dari kecik2 memang segan nak bersembang-sembang dengan baba..baba kami ni raut wajahnya memang serius..tapi sebenarnya boleh tahan jugak 'sense of humour'nya..bila kami dah besar2 ni barulah berani nak sembang2 dan bergurau senda dengan baba..sebelum ni my hubby kan duduk jauh di perak..baba lah yang banyak membantu aku ke sana ke mari (masa tu takleh drive lagi) dalam proses nak siapkan my MSc thesis..pernah sekali tu ada kawan baba cakap 'biaqlah suami dia yang buat..dia kan dah kahwin..' tapi baba cakap 'kalau dah kahwin pun dia tetap anak kita jugak..' terharunya aku bila dengar baba cakap macam tu...bertuahnya aku mempunyai ayah seperti baba..

Sekarang ni aku tinggal dengan baba dan mama...baba tetap melayan aku seperti dulu2 jugak..baba tak pernah berkira walaupun aku dah bersuami....apatah lagi sekarang sudah mempunyai cucu nan seorang..kasih sayang baba terhadap atif memang sukar nak diceritakan di sini..yang paling mengesankan dalam hati dan jiwa aku ialah ketika kami sama2 mengharungi saat2 duka semasa atif sakit dulu..pada masa tu lah pengorbanan seorang ayah tiada tolok bandingnya..baba sanggup ke mana sahaja untuk bawak atif berubat..menghabiskan wang ringgit dan tenaga...menumpahkan air mata yang tak terkira banyaknya...bersama-sama denganku di kala aku memerlukan segunung kekuatan untuk menempuh ujian Allah yang takkan tertanggung oleh kudratku tanpa seseorang yang bernama baba itu...pengorbanan baba cukup besar..sepanjang kami bersama-sama melalui saat2 itu, baba tak pernah merungut walaupun terpaksa menghantar kami setiap hari ke hospital...begitulah besarnya kasih seorang ayah dan seorang datuk..

Sekarang atif pun dah semakin sihat..baba kembali ceria..tak seperti dulu lagi..aku gembira melihat baba yang ceria melayan gelagat atif yang macam2 ada..melayan kami adik beradik yang macam2 ada jugak...melayan segala permintaan kami..walaupun tak pernah mengucapkan kata2 sayang kepada baba...tetapi di sini aku ingin menyatakan betapa sayangnya aku kepada baba..sayang yang terlalu banyak..namun kasih sayang ini rasanya tidak setimpal dengan nilai kasih sayang dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh seseorang yang bernama baba...tetah sayang baba...always and forever!

Sunday, May 23, 2010

Jalan-jalan di Pantai Merdeka



Sabtu lepas kami sekeluarga ke Pantai Merdeka..my hubby tak dapat ikut sebab ada kursus di sekolah..kami semua excited jugak sebab dah lama sangat tak jalan2 di pantai nih..aku sendiri tak ingat bila kali terakhir aku ke pantai merdeka..kami gi 2 buah kereta sebab adik aku yang bongsu, widad bawak kawan2 dia sekali..so, baba drive kereta aku dan adik aku, nuha bawak kereta dia..sebenarnya kami berpeluang ke pantai merdeka disebabkan ofis ayah aku buat sambutan hari guru di sana..sambutan untuk guru2 Tadika Islam, KAFA dan jugak pengasuh2 hadhanah..kami ni kira tumpang sekaki lah kan :D



atif di tengah2...tempat duduk khas


Perjalanan kami pada mulanya ikut BKE (Butterwoth-Kulim Expressway), pastu ikut PLUS highway dan turun di exit Sungai Dua..kemudian ikut jalan kampung melalui Pekan Darat, Penaga, Kota Kuala Muda dan sampai lah ke Pantai Merdeka yang terletak di dalam daerah Sungai Petani, Kedah..sebenarnya banyak jalan yang boleh dilalui untuk ke sana..bezanya jauh atau dekat je..aku seronok kalau ikut jalan kampung..boleh tengok suasana kampung orang dan sawah padi menghijau..nyamannya terasa di pagi hari :) tapi cuaca pagi sabtu tu agak mendung..rasanya macam nak hujan...malam sebelumnya tu pun dah hujan lebat sangat..




inilah plaza tol yang dekat dengan rumah aku




pemandangan yang mendamaikan di sepanjang perjalanan





signboard yang dilalui :)



Rupa-rupanya takdelah jauh sangat pantai ni dari rumah aku..perjalanan lebih kurang 50 minit je..masa sampai tu lebih kurang jam 9.50am..bas diaorang dari penang pun dah sampai dah..majils bermula jam 10.15am.. pantai merdeka sekarang dah tak macam dulu dah..dah ada Merdeka Beach Resort..foodcourt pun ada..atif excited sangat nak mandi laut..air laut nampak bersih..sebab kadang2 kat pantai merdeka ni air agak kotor..menurut orang2 kat situ, keadaan air ikut masa..kadang2 bersih..kadang2 kotor..ramai jugak staf2 yang datang dari penang..diaorang datang dengan 2 bas..ada jugak yang datang dengan kereta..kebetulan pada hari tu ada jugak sukarelawan2 dari sebuah kilang yang datang untuk buat aktiviti membersihkan kawasan sekitar pantai..seronok jugak kan buat aktiviti macam tu?





bas2 yang membawa staf2 dari penang




wajah2 ceria sebab dah sampai!





Pantai Merdeka!



sukarelawan2 membersihkan kawasan sekitar pantai



Lebih kurang pukul 11am hujan turun selebat-lebatnya..time tu aku, nuha n amal bawak atif jalan2 tepi pantai..nasib baik bawak payung..so acara makan2 semua buat kat bawah canopy..canopy besar jugak..bolehlah menampung semua orang..acara makan2 ni buat konsep 'potluck'..macam2 jenis makanan ada..best! So, kami makan dalam hujan yang lebat tu..




canopy2 yang disediakan untuk majlis sambutan hari guru



pemandangan pantai





gambar2 atif yang dok ikut wan jeee (wan nak bercakap pun dia dok kat sebelah :D)



gambar2 kami :)


Atif sedih sebab tak dapat nak mandi laut..lebih kurang jam 12pm hujan dah reda sikit..ustazah fadilah yang merupakan salah sorang staf ajak atif mandi kat swimming pool di resort dengan anak dia yang bernama Umar..umar muda sikit daripada atif..baru 2 thn rasanya..baru aku tau ada swimming pool kat resort nih...hihih..swimming pool boleh tahan jugaklah..ada 3 pools..semuanya untuk budak2 je aku rasa..dapatlah atif melepaskan gian walaupun main air sekejap je..ye la masa tu masih hujan renyai2 lagi..aku pulak terpaksa pegang payung nak cover atif dari hujan..



gelagat atif!



main air di swimming pool


Lepas bawak atif mandi di swimming pool, ustazah fadilah ajak kami ke bilik untuk bagi atif mandi semula..diaorang ada reserved 3 bilik untuk kegunaan staf..family room ada 2 bilik dan 1 bilik air dan ruang tamu yang sederhana besar..rate dia kalau tak salah RM220 satu malam untuk family room ni..ok jugaklah..sempat kami bergolek atas katil sebab letih meredah hujan..hihih..



family room @ merdeka beach resort



Dalam pukul 1pm hujan pun dan berhenti..baru le nampak matahari..sempat ambik gambar landskap2 kat resort ni yang boleh tahan cantik jugak..taman orkid pun ada..mama aku teruja la sebab memang peminat orkid :) Kami bertolak pulang lebih kurang jam 2pm...letih jugak rasanya..sampai rumah aku dan atif tertidur sampai petang..atif memang enjoy habis..dia kata nak gi lagi..lain kali kalau ke sana harapnye dapat mandi laut le pulak..tapi tak pasti bila dapat kembali ke pantai merdeka lagi..





landskap di sekitar resort





bergambar kat landskap




bergambar sebelum pulang..



Friday, May 21, 2010

One Thousand Million Smiles :)


Di petang2 hari ni, mata pun dah ngantuk..otak pun dah ala2 beku..oleh itu aku ingin membayar hutang tag dari Kak Sya ye..dapat le mengurangkan skit kadar ke'mengantuk'an aku yang melampau ni..so entry yang sepatutnya kluar hari ni akan dibawa ke waktu yang lain pulak :)


Aku pun sama cam kak sya..malu2 kucing nak letak gambar sendiri nih..kuingkuingkuing..demi memenuhi permintaan tag ni, akan ku selongkarlah mana2 gambar yang ada ye..rasanya takde gambar senyum sorang2 ni..

Poyo tak aku letak gambar kahwin aku 5 tahun lepas (Dec 2005)...wakakakakaka...kredit to Fa n Bon yang amik gambar...saja letak gambar ni sebab semuanya nampak tersenyum riang..huhuhu..ni gambar aku, hubby n kawan2 QCI kami..diaorang semua time ni bujang2 lagi..skarang ni semua dah jadi suami dan ayah orang !




The next picture ni pulak gambar atif ngan my cousin, ain...suka gambar ni sebab atif senyum sampai nampak gigi buruk dia..ceria sangat!!Masa ni atif tak sakit lagi..gigi buruk pun belum dicabut..umur atif dalam 2 tahun rasanya..

Untuk kali ni aku akan men'tag' siapa ek...sila lihat siapa yang kena....

Siti

Ju

Jiejah

KakLong Nuzula

Ciklinn

dengan pesanan..buatlah tag dengan senyuman..tanda perkenalan antara kita..chewahh!!

My First Award from KakLong Nuzula :D


Assalamualaikum..di pagi Jumaat yang penuh rahmat ini aku mendoakan semua kawan2 ceria dan bersemangat ye! Aku pun ceria jugak sebab menerima award yang pertama sebagai blogger..huhuhu..terima kasih banyak2 KakLong :D




[1] Copy dan pastekan pada blog korang.


[2] Buat 1 Entry Tentang Award ini.


[3] Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut.


[4] Senaraikan 5 blogger sebagai penerima Award.


[5] Beritahu penerima Award supaya dia tahu yang dia adalah penerima Award.


Ok, penerima2 award bertuah yang seterusnya ialah rakan2 blogger yang baru aku kenali..


Kak Izan


Kak Maya


Chybee


Nurulhuda


Adia


p/s: entry sebenar hari ni akan menyusul lewat sedikit ye kawan2..meeting sampai tengahari maaa...tungguuu :D

Thursday, May 20, 2010

Buat Tag - First Time naa..




Sebagai newbie dalam dunia blog memblog, so kali pertama aku nak buat tag mentag nii..thanks to kak maya yang telah mentag saya ye..maka dengan sedaya upaya memeras idea nak jawab soalan2 ni..(bersungguh ala2 nak jawab exam pulak :P)




1) Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?

Buat taktau..sebabnya aku jenis tak reti nk confront ngan orang..terpaksa buat sesi luahan perasaan ngan member2 terdekat je :(




2) 6 orang di hati anda?

1. Atif 2. Mama & Baba 3. Hubby 4. Adik2 5. IL (in laws) dan sedara mara 6. Kawan2 (ni main tipu ni..terpaksa sebab memang ramai di hati ku ini...wakakaka)



3) Anda rasa anda comel?

YA! (jawab dengan confident tak hengat!)



4) Single or taken?

Taken maaaaa....



5) Blog yang anda suka?

Banyak...especially aku punya blog :)




6) Adakah bilik anda kemas setiap hari?

Boleh dikatakan begitulaahh..



7) Lagu terakhir yang anda dengar?

Hilang by Diddy (kuar kat blog kak maya)




8) Last text message?

Semalam..ngan kawan lama yang bernama kak lis..hihihi



9) Hari terakhir anda menangis?

Tak ingat!



10) List lima color favorite anda?

Hitam, coklat, hijau, ungu, pink.


11) Orang terakhir anda ber-YM?

Dah lama giler tak ber-YM


12) Game paling anda suka?

Pet Society..huhuhu




13) Adakah anda peminat MCR?

MCR tu siapa ek?




14) Apa perasaan anda jawab tag ni?

Gumbira :D




15) Anda rasa tag ini best?

Best gak..hilangkan ketegangan dalam kepala ni buat sementara waktu :)



Oklah..nak tag kat 10 orang lagi nih..sila buat ye kawan2 ku yang cantik manis dan hensem (ni kena puji mesti buattt niii)