Tuesday, August 31, 2010

Selepas 17 tahun...



Assalamualaikum...salam khamis semua!


Semalam tuan rumah tak update..menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas2 hakiki..hari ni mencuri sedikit masa nak update kisah yang berlaku hujung minggu lepas :D



Selepas 17 tahun aku dan kawan2 meninggalkan sekolah rendah kami SKSP..akhirnya pada hari sabtu lepas kami bersua muka kembali..it was just a small reunion..a beginning to a bigger one! Kisahnya semua bermula dari FB..sememangnya aku ada juga berhubung dengan beberapa orang kawan sekolah rendah di FB terutamanya yuhaniza (kawan baik masa sekolah rendah), dan sarah nadia (kawan baik jugak merangkap saudara kat kampung)...suatu hari tak disangka-sangka kami bertemu semula dengan guru kelas kami yang terlalu banyak berjasa kepada kami semua terutamanya geng2 6Berlian (6B)..cikgu yang aku maksudkan ialah Cikgu Hasni Abas..


Dah lama sebenarnya aku dok mencari-cari Cikgu Hasni..alhamdulillah akhirnya bertemu juga di FB..bermula dari situ, ramai lagi kawan2 lama 6B telah dapat dikesan..bekas ketua darjah kami, tok mat mengetuai misi mencari kawan2 lama..dan akhirnya semua sepakat nak berkumpul di rumah Cikgu Hasni pada hari raya ketiga nanti di Kupang, Baling..malangnya aku tak dapat ikut serta memandangkan pada masa tu aku masih lagi beraya di Endau, Johor..


So, sebelum reunion di Baling, kami yang beberapa orang ni merancang nak buat small reunion..lepak2 dan sembang2..so, dapatlah mengumpulkan kami berempat..aku, yuhaniza, shaliza, tok mat dan fatim nor mizan..tempat pertemuan ialah di Mc D berdekatan Politeknik Seb. Perai..seronok sangat malam tu bersembang dan mengimbau kembali kisah2 lama zaman kanak2...harapnya dapat ketemu lagi ya!





inilah tok mat..bekas ketua darjah kami..sekarang ni dilantik menjadi ketua reunion pulak!




fatim nor mizan..orangnya sangat sopan dan tertib :) dah anak 2 dah..dulu jiran aku, my mama n mak fatim kawan baik jugak dulu2..sekarang dah pindah jauh sikit rumahnya



shaliza n amzar, baby boy yang sangat ciut dan energetic!



my hubby and atif yang sibuk dengan toy dia..suami shaliza ber t-shirt merah




kami berlima..shaliza, fatim, tok mat, aku dan yuhaniza




ni gambar kami masa darjah 6 dulu..aku dan yuha duduk sebelah cikgu hasni..fatim barisan depan tiga dari kiri..tok mat pulak barisan depan 2 dari kanan..shaliza barisan tengah, 6 dari kanan (credit to FB sahabatku mashitah)


Minggu depan hari Selasa malam akan gerak ke KL..transit jap kat rumah paksu aku di ampang, pagi2 Rabu akan bertolak balik ke Endau..mood raya dah maiii dahhhh...balik kampunggg ooo balik kampunggg...huhuhuhhu...kepada yang akan bertolak balik kampung, berhati-hati di jalan raya k!


5 comments:

~~Ciklinn~~ said...

MMG BEST KAN DPT JUMPA KAWAN2 LAMA CMNI.. TERKENANG2 ZAMAN COMOT2 DULU... ALA CUTE INCIK ATIF PAKAI BAJU BEES

FloEllen said...

wah bestnya sis..dpt jumpa kwn 2 lama..bukan senang nak atur suma ni kan...BTW..congrats yer...

firahadifa said...

waaa
bestnyer reunionnn

Lina Rahim said...

sweetnya reunion sekolah..mesti sekarang semua dah matang..dulu hingus2an je..skang da beranak pinak..bila fikir2 balik, cepatnya masa berlalu..

AngahSayang2314 said...

i follow u jom kita tukar2 link