Monday, August 2, 2010

Kehilangan...



Assalamualaikum..Salam Isnin semua..semoga minggu baru ini membawa rahmat dah bahagia buat kita semua..semoga Allah memanjangkan umur kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan (minggu depan) yang dinanti-nantikan oleh muslimin dan muslimat seluruh dunia..


Sedar tak sedar dah genap seminggu pakcik suhaimi kembali bertemu Yang Maha Esa...kehilangan beliau masih lagi dirasai dalam keluarga kami...apatah lagi buat ibu bapa pakcik, cik fadilah, izni, ikhlas, ilham serta adik2 beradik pakcik yang lain...bukannya aku tak pernah mengalami kehilangan sebelum ini...tapi kali ini sedikit berbeza rasanya..mungkin kerana keluarga kami memang rapat dengan keluarga arwah..anak2 arwah pakcik (sepupu2) dari kecik rapat dengan kami adik-beradik..hujung minggu selalunya diaorang pasti meluangkan masa datang ke rumah kami..jadi, kehilangan kali ni pastinya amat memberikan kesan mendalam buat kami semua...



Lebih kurang tujuh tahun yang lepas...arwah mak su nor (isteri kepada paksu yang merupakan adik bongsu mama) meninggal dunia...meninggalkan tiga orang anak yang masih kecil, fahmi pada ketika itu berumur 7 tahun, hidayat 5 tahun, dan ain baru berusia 8 bulan..situasi ketika itu amat menyayat hati..sekarang, setelah 7 tahun berlalu..alhamdulillah, anak2 arwah membesar dengan baik walaupun pelbagai onak dan duri ditempuhi oleh anak2 kecil itu..kami sekeluarga mencuba sedaya upaya untuk melimpahi mereka dengan kasih sayang, walaupun pastinya tidak sama sekali setanding dengan kasih seorang ibu..



Minggu lepas, kehilangan 7 tahun lepas yang pedihnya sudah hampir hilang..muncul kembali...kali ini cik fadilah dan anak2 pula yang terpaksa akur dengan kehilangan seorang ketua keluarga yang amat dikasihi..bermula dengan sakit yang tidak tahu apa sakitnya beberapa bulan lepas, tidak disangka-sangka bahawa ia melarat sehingga membawa kepada kehilangan nyawa arwah pakcik suhaimi...



Ayah dan ibu kehilangan anak lelaki sulung mereka..seorang isteri kehilangan seorang suami yang penyayang...anak2 kehilangan seorang ayah sangat rapat dengan mereka..sebuah institusi pendidikan kehilangan seorang pendidik yang sangat komited dengan kariernya..seorang penyelidik yang sangat tekun dengan penyelidikannya..kami sekeluarga kehilangan teman makan dan bersembang...pasti baba aku amat terasa sekali dengan pemergian pakcik memandangkan arwah merupakan rakan borak terutamanya mengenai hal2 kerja dan hal2 politik semasa...




Minggu depan kita akan menyambut Ramadhan..insyaAllah...pastinya ingatan terhadap pakcik akan lebih lagi memandangkan arwah memang seorang yang suka makan...kalau datang berbuka puasa di rumah, macam2 juadah dibawa bersama...kegemaran pakcik; teh ais mamak, lepat pisang, dan pengat (serawa) pisang...pastinya ahli keluarga arwah akan lebih merinduinya nanti..apapun aku pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi...semoga Allah memberikan kekuatan kepada seluruh ahli keluarga untuk menghadapi saat2 kerinduan ini..



Buat cik dan sepupu2 yang disayangi...kami akan sentiasa bersama kalian!


Semoga roh arwah pakcik suhaimi ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..AMIN!


p/s: mintak maaf kerana masih tak sempat menziarahi kawan2 hari ni...insyaAllah akan jalan2 esok :D

3 comments:

sarah said...

Takziah...misterinya sakit pakcik Kauthar..sehingga maut menjelma pun doktor x dapat detect sakit apa ker?

Kauthar said...

sarah: itulah kan..saya tak pasti pulak sakitnya diklasifikasikan sebagai sakit apa...tapi ajal maut di tangan di tangan Allah..hanya Allah yang Maha Mengetahui..kita hanya berusaha..

Thebeautylalala said...

T__________T..lepat pisang,masak ayam time raya...gonna miss pakcik..