Tuesday, August 3, 2010

Aktiviti Malam Sabtu...



Hari sabtu malam yang lepas ke SCM nak membeli thumb drive baru memandangkan yang lama sudah terkena jangkitan virus..hihihi..malangnya tak berjumpa pulak yang berkenan..encik atif pulak sibuk betul nak beli 'barang' dia...beli lah jugak kat dia mainan gasing yang dia nak tu..
sibuk dengan gasing dia
Dah taktau nak jalan2 mana lagi, singgahla makan di Korean BBQ Chicken kat tingkat atas SCM..selalunya servis kat sini boleh dikatakan lambat jugak, sebab pekerja dia sikit..tapi kali ni cepat sikit, maybe sebab kami order yang simple2 je...pernah sekali tu makan kat sana dekat sejam menunggu..kalau lapar parah jugak la kan!
BBQ Chicken

mama n abah with atif..

inilah makanan kami malam tu :)

Dalam dok tak membeli apa2 tu pun, 2 jam lebih jugak kami kat dalam SCM..tapi balik dengan tangan kosong je lah...encik atif je dapat apa yang dihajati :) Anyway, alhamdulillah semalam dapat berjumpa dengan thumb drive yang diingini di Giant Kulim..

5 comments:

AngahSayang2314 said...

wah macam best jer menunya nak cikitttttt hehehe

~~ciklinn~~ said...

cedappnyerr... ciklinn minta skitt boleh?

Kauthar said...

AngahSayang: biasa je..huhuh..nak boleh, nanti mai png naaa


ciklinn: boleh2..amik leerr :D

Zareda Norman said...

selalu dengar korean BBQ chicken ni.. macam seoul bulgogi jugak ek

sop said...

best menjamu selera..
lg best bila makan bersma keluarga..kan?