Monday, August 30, 2010

Pertemuan pertama...

Assalamualaikum..wahh dah seminggu blog ni tak ber'update'..hari ni meluangkan sedikit masa nak update cerita minggu lepas walaupun ala2 nak basi dah :D

Isnin lepas, buat pertama kalinya aku bersua muka dengan Kak Ieda dan keluarganya..kebetulan aku order cheese tart yang dipromosikan oleh Kak Ieda di blog..so, saja je nak try sebab blueberry cheese tart sememangnya kegemaran aku..tak sangka pulak Kak Ieda sudi nak hantar 'by hand' lagi tuh..

Hari Isnin malam minggu lepas kami bertemu di restoran tomyam depan rumah aku..tak sempat nak bawak Kak Ieda sekeluarga ke rumah..nanti raya wajib kena mai Kubang Semang lagi ye kak!

Rupa-rupanya Kak Ieda ada kawan yang tinggal di kampung aku jugak...masa aku sampai si tecik nabila takde..rupa-rupanya telah di'kidnap' oleh rakan Kak Ieda bawak balik rumah :D Selepas nabila dihantar semula ke restoran..haaa barulah dapat jumpa dengan si tecik yang comel dan manja tu..terkejut jugak sebab nabila sangat cepat mesra dengan orang walaupun baru pertama kali berjumpa..

Kak Ieda pulak, bila aku mula2 sampai di restoran..dia perasan encik atif dulu..barulah perasan mama encik atif ni..maklumlah encik atif je yang banyak muncul dalam entry2 dalam blog ni kan..

Seronok sangat bersembang dengan akak dan suami, abang azam..ramah tamah macam dah kenal lama...inilah 'kuasa' blog ye..maklumlah hari-hari dok membaca perkembangan masing2..bila berjumpa secara 'live' memang seronok..

Terlupa pulak nak snap gambar cheese tart yang comel2 tu..thanks Kak Ieda dan suami sudi hantar order tu ye..harapnya raya nanti boleh jumpa lagi..jangan lupa datang rumah..kami pun kalau berkesempatan nak jugak ke merbok :D Atif pun tak puas lagi rasanya main2 dengan nabila..seronok tengok telatah depa berdua..

Oklah, layan gambar2 yang sempat di'snap' malam tu..syok bersembang tak sempat nak ambik gambar banyak2..lagipun atif je dok sibuk nak pegang kamera!

me n nabila


me, nabila plus atif (nabila muka mcm mengantuk lagi, sebab tidor dalam kereta on d way ke sini)


abang azam yang ramah dan ceria :D


kak ieda dan family..di sebelah kanan akak tu, nurul anak dara dia yang manis dan sopan santun je..anak sulung akak takde pulak dalam gambar ni..


p/s: Isnin lepas menerima berita gembira..my SIL dah selamat melahirkan baby girl Damia Nur Humaira..ni kiranya anak saudara aku yang pertama lah ni..tak sabarnya nak balik beraya di Endau, nak jumpa baby baru :D


7 comments:

sayangsayangibu said...

meriah
raya tahun ni akak tak balik kedah
raya haji insya'allah kami akan balik pekan darat dan sg petani
bolehlah kita kenal kenal kan?

ieda said...

hah...poyo ja muka azam..tepi azam tu nampak badan along separuh..kauthar kata kecik ja along..tengok la bila berdiri..macam galah.insyaAllah raya kita jumpa lg..jemput ke rumah juga.tp kena tpon dulu sb kami ni spesis atas jalan raya..hehe

Ain said...

seronok bila dapat jumpa dan bertemu mata, rasa macam dah kenal lama kan....

en_me said...

bagus bagus.. yg jauh kita dekatkan.. yg dekat kita rapat rapatkann.. kanns

charityamal said...

uhuu..atif posing kemaaaiiinnnn...

TopsyTurvyMum said...

mmg seronok klau berjumpa2 gitu..sampai lupa apa yg patut buat hehe..

Tahniah kat u dpt naka sedara and ur SIL dpt baby:)Sedap nama baby...

Kauthar said...

sayangsayangibu: nanti kalau ada rezeki raya haji nanti kita jumpa ye kak eja!



kak ieda: tu la..along low profile je..insyaAllah raya nanti kita jumpa lagi k..rindu dah dengan gelagat baby nabila :D


Ain: memang betul tu ain..rasa macam dah tau macam2 dah..huhuh


en_me: aa..betul sangat tu..merapatkan ukhuwwah sesama kita


amal: uihhh..standardla incik atif..posing je keje..


Kak TTM: itula pasal..nanti akak blk malaysia, jumpa akak pulak ek..tq, tk sabar dah ni nk jumpa baby!