Assalamualaikum...sedar tak sedar dah masuk hari ke-8 kita berpuasa :D
Semalam al kisahnya kami sekeluarga berbuka puasa di rumah paksu aku di Sungai Semambu..kalau dari rumah aku dekat je, dalam 5 minit..rumah paksu ni ialah rumah peninggalan arwah tok ayah dan arwah nenek sebelah my mama..so, rumah tu banyak menyimpan kenangan kami bersama arwah dan sepupu sepapat masa kecik2..dalam tahun 2003 kami sekeluarga pernah berpindah ke rumah paksu sekejap (selepas arwah maksu meninggal) sebelum berpindah ke rumah yang kami tinggal sekarang ni..
Sebelum ke rumah paksu, dalam jam 6.30pm aku ke pasar Ramadhan dengan my hubby dan atif..mula2 tu taknak bawak atif, sekali merajuk pulak nak ikut,so bawaklah dia sekali..alih2 tengah dok membeli belah, hujan turun selebat-lebatnya..nasib baiklah semua gerai ada atap zink..kami tumpang berteduh di gerai abang laksa campuq (dah tumpang kat situ, 'terpaksa' beli 3 bungkus..wakaka) nasib baik hujan sekejap je..pakaikan plastik kat kepala encik atif sebab masih ada sisa2 hujan lagi :D
Dalam pukul 7.15pm kami sampai rumah paksu..macam2 ada..paksu pun membeli belah kat pasar Ramadhan yang sama jugak..
cucoq cempedak (digoreng oleh mak teh), roti sosej (dibeli oleh paksu), roti sosej lagi (my mama buat sebab anak2 paksu sangat suka ini roti), donut keras (paksu beli- walaupun keras last2 habis jugak), cucoq jagung (aku beli) dan shepard's pie (my mama buat, yummy!!)
atif yang ceria menunggu waktu berbuka puasa (tapi sah2 le dia tak puasa)
syukri (my cousin) yang bercuti di rumah kami dan menjadi mangsa buli atif tiap2 hari :D, sweet ain (anak paksu), dan paksu a.k.a tuan rumah bersama menu mee kuah yang dimasak sendiri oleh paksu (sedap jugak!)
acara menunggu waktu berbuka beramai-ramai..huhuhu
aktiviti atif, amrina dan ain selepas berbuka puasa
tengok kan aku dah kata...kesian syukri menjadi mangsa buli kanak2 ribena ni
Mama, my hubby, dan syukri sembahyang tarawikh dekat surau sebelah rumah paksu ni je..so dalam pukul 10pm kami balik le rumah..penat jugak rasanya semalam, balik rumah aku terus tertido..wuhuhuhu.. Atif pulak dahlah kat rumah paksu main sampai tak ingat dunia, balik rumah main lagi..aku pun tak pasti pukul berapa dia tido semalam :D
4 comments:
wah.. penuh meja dengan makanan! huuhuu..
sesekali berkumpul camtue syiokkk ... semua sedappppppp walaupun tak syedap ..hihihi
mengimbau kenangan lama la ye balik rumah peninggalan tok :) seronok berbuka puasa beramai2 gini kan. pinggan siapa basuh hehe?
Mrs K: memang penuh..tapi lepas tu licin! Alhamdulillah :D
Nieza: seronok..bukan selalu dapat berkumpul ramai2 ni
ADIA: betul tu babe..mengimbau kenangan masa jadik budak nakal dulu..hihiih...i la basuh pinggan..i kan rajin!!
Post a Comment