Salam Jumaat semua..nampaknya pagi Jumaat ini cerah dan indah di Kulim :D
Aku suka spaghetti..
Aku sangat suka sayur..
So, kali ni kita masak spaghetti yang ada banyak sayur ye..hihihi..idea ni datang tiba2 beberapa minggu lepas bila dok pening apa yang nak dimakan..something quick, simple, nutricious yet delicious! Maka teringatlah aku akan resepi spaghetti olio itu..spaghetti olio adalah yang paling senang tapi aku tak pernah cuba buat sebelum ini..selalunya orang buat dengan seafood..kali ni aku buat guna udang, button mushroom, dan pelbagai jenis sayur-sayuran yang aku suka..
Bahan-bahan (sukatan ikut selera masing2 :D )
Spaghetti (rebus dengan sedikit minyak dan garam-ikut arahan di paket)
Olive oil
Bawang putih dicincang halus
Serbuk Oregano & Basil or mix italian herbs pun boleh
Udang basah (sederhana besar)
Button mushroom
Brokoli
Capsicum (kalau dapat colourful lagi cantik :) )
Carrot (potong halus2 dan nipis2)
Tomato
Salad bulat (tak sure nama betulnya apa)
Garam (secukup rasa)
Kiub ayam (sikit je penambah perisa)
Black pepper (takde pun takpe, kalau ada lagi bagus)
Cara memasak
1. Panaskan olive oil
2. Masukkan serbuk oregano dan basil
3. Then, masukkan bawang putih
4. Tambah udang, goreng sampai merah sikit
5. Masukkan brokoli, capsicum, button mushroom
6. Bila bahan2 di atas dah agak masak, masukkan sayur2 lain (aku suka 'fast cook', so masak sekejap je)
7. Tambah garam, kiub ayam, black pepper
8. Finally, masukkan spaghetti...gaul sebati..dan hidangkanlah :D
inilah hasilnya..Spaghetti Olio Vege
Cubalah resepi ni di hujung minggu ..aku pun mungkin akan masak menu ni lagi memandangkan stok sayur masih banyak dalam peti ais tu..selamat berhujung minggu..jumpa lagi next week ya!
8 comments:
memang sedap! papa ieda every morning bwk sphgetti bekpes kat opis, :)
eshhh peberet kami jugak
selalu buat stail ginik ... mudah
saya suka tapi suami & anak saya nurul langsung tak makan sayur...hmmm..nak buat pun takde mood.
i suka spagetti, i suka sayur, i suka spagetti aglio olio ni! babe serious kecur lidah i, harus i merayu2 mintak ni kat hubby nanti. selalu i makan kat foodcourt klcc ni.
rase nk msk jer..huuhu
akak lak suke buat makaroni cenggini..letak lada hitam kaso-kaso tu sikit, selera melayu katakan, nak gak pedas-pedas sikit..eheheh
selalunya kan, kalau akak buat mushroom soup tu, akak terus rebus spagethi dan campak-campak sotong, udang, crab stick tu, buat ala-ala carbonara spagethi, eheheh
ieda: huhuhu..sememangnya kegemaran sekeluarga :D
nieza:mudah kan?tak payah nak pk banyak..campak je apa ada..huhuhu
kak ieda: anak saya pun sama la kak..habis sayur2 semua dia asingkan..dulu masa baby dia tk kisah sgt..dh besar skit pandai pulak memilih
ADIA: ada erk kat food court KLCC? kalau i dekat i hantar dh kat u..nnti ur hubby carilah tu..kang mengidam pulak :D
echah mahsuri: sila2 masak sekarang..huhuhu
Kak pnut: saya pon lidah melayu jugak..mesti ada pedas2! aa..carbonara pun best kan..oklah boleh buat carbonara style akak pulak lah :)
Post a Comment