Friday, July 2, 2010

Menu Berbuka Puasa



Assalamualaikum..Salam Jumaat semua...


Semalam puasa..masa kat ofis dok teringat menu berbuka puasa..terasa nak makan spaghetti bolognaise dengan egg salad la pulak...dah agak lama tak buat..tak suka sangat kalau makan spaghetti bolognaise kat kedai sebab selalunya masammm jee..kalau buat kat rumah boleh campur macam2 ikut suka dan semestinya pedassss!


So pukul 5.15pm dah chow dah sebab ingatnya nak singgah membeli-belah di Pasaraya Jimat kat rumah aku tu..rasanya macam banyak bahan2 yang takde..sos Prego baru je habis, cili boh pun dah nak habis..spaghetti ada tapi yang lama..button mushroom pun tkde rasanya..so, membeli-belah kat Jimat sampai rumah tup2 dah 6.45pm....kalutlah makcik ni nak rebus spaghetti lah..rebus telur dan kentang..nasib baik ada assistant ku cik amal :D




hasil shopping di Jimat :D



bahan2 untuk membuat bolognaise..suka2 tambah sosej bagi jadi banyak skit! kalau tak letak sos Prego pun takpe..guna tomato puree je, tapi kena letak oregano so that bau dan rasa bolognaise tu tetap ada..aku letak Prego + tomato puree + cili boh :)


cik amal gigih menyiapkan egg salad..kentang dan telur lenyek tambah mayo, garlic dan black paper, a pinch of salt ..walllaa!!!



inilah hasilnya..alhamdulillah sempat siap sebelum azan maghrib :) mustard tu penambah perisa je..suka2 hati!


Hari ni puasa jugak..tapi rasanya nak membeli belah di pasar malam je lah..teragak pulak nak makan nasi kerabu..teringat nasi kerabu resepi my MIL yang best tu...huhuhuhu..adoi macam2!

Kepada Sarah yang nak suruh tempek resepi..kat sini aku kongsikan cara2 nak membuat bolognaise tu ye..aku taktau the exact amount of each ingredients..main bubuh je :D

1. Tumiskan bawang besar dan garlic yang dicincang

2. Masukkan oregano dan basil, tumis sampai wangi

3. Masukkan cili boh, ikut la tahap kepedasan yang dikehendaki

4. Gula dan garam secukup rasa (boleh jugak letak kiub ayam sikit je kalau suka)

5. Lepas tu masukkan tomato puree atau sos Prego (aku letak dua2)

6. Masukkan minced meat, masak sebentar

7. Masukkan sosej (kalau suka), button mushroom (potong ikut suka) dan tomato yang didadu (aku suka letak tomato awal2 bagi sebati dengan kuah)

8. Bila dah nak masak, masukkan black pepper yang dikisar (kalau tak suka tak letak pun takpe)

Begitulah caranya..simple aje..sorrylah..aku memang tak pandai nak menulis resepi ni..kepada Sarah..cuba jangan tak cuba :D

9 comments:

AngahSayang2314 said...

ermmm nampak macam sedap jer heheh leh lah bagi cikit

Jiejah @ Iza said...

mmg spagetti kat kedai masam , kalau akak sure buh cili giling hehehe

Zareda Norman said...

ambui selera italy nak berbuka puasa ek.. Zar memang hantu spaghetti.. dulu masa zaman malas, rebus spaghetti curah sos tomato pun rembat sampai licin.. ehheh ni zaman rajin kenalah buat proper sikit bagi family makan.. ehhe

sarah said...

share ler resepi kat sini

charityamal said...

Italiano malaysiana..kah3..lihatlah tgn yg membuat egg salad itu..egg salad yg sgt sedap seanggun tuan yg membuatnya ^^

A D I A said...

wahh syabas la sempat siap dalam masa yg suntuk, kalau i bersilat la kat dapur tu walaupun masak simple hehe.

jimat tak shopping di jimat?

Kauthar said...

AngahSayang2314: nak cikit mai le penang..huhuhuh


Kak Jiejah: kita serupaaaaaaaaaa!


Zareda: kami sekeluarga memang hantu pasta..dari tok sampai ke cucu..hiihi..dulu pun saya suka cmtu jgk..tp sy tk suka sgt kalau tk ltk cili :)


sarah: ok resepi dah ditempek..jgn lupa cuba k :D


amal: cess perasan gileee cik amal kita..nway, memang sedap dan anggun salad itteww..


ADIA:i pun bersilat jugak tau..tp smpt ambik gambar..wakakaka...tkdela jimat mana pon di Jimat tu :)

rynas said...

hamboi rajinnya gitu

Kauthar said...

rynas: tk rajinlah..ni sbb simple je..kalau buat nasi briyani ke, baru kira rajin :D