Wednesday, July 14, 2010

Atif & rumah kotak..



Update di malam hari :D

Semalam (selasa) tak sempat nak update disebabkan tuan rumah ada workshop di office..hari ni pulak bercuti untuk bawak atif ke hospital seperti biasalah untuk monthly check up..esok masih ada workshop lagi..so, tuan rumah meng'update' malam2 buta ni disebabkan kesibukan yang agak melampau..semester baru pun dah nak bermula minggu depan...cikgu nak kena bersiap sedia la kununnyaa :)


Weekend yang lepas rumah dipenuhi oleh sepupu sepapat merangkap geng2 encik atif..so, atif teramatlah seronok dan main sampai tak ingat dunia..maklumlah ada kakak2 dan abang2 yang nak melayan..kalau aku...hihihi..tak terlayan la si atif nak main bola ke..nak main kejar..penat woii...


Last week my mama menjalankan misi mengemas stor dan membuang apa2 yang patut..ada kotak2 lama dan macam2 lagi yang nak dihantar ke tong sampah..ada satu kotak yang besar kat tepi rumah tu..tengahari sabtu tu dengar budak2 ni dok kecoh2 kat luar rumah..rupa2nya encik atif baru nak belajar main 'rumah kotak'...

Korang pernah tak main rumah kotak masa kecik2 dulu..aku pernah :D Best ooo..dok dalam kotak pastu imagine macam2..macam hebat giler lah dulu kalau dapat main 'rumah kotak' ni..


So, my lil' atif was so excited to discover that the empty box can turn out to be 'rumah kotak'...my cousins ikhlas n dayat le yang dok mengajar atif..habis toys dia dalam rumah dia nak sumbat masuk dalam rumah tu..hasilnya..memang agak bersepah la kat luar tu..tapi seronok sangat tengok atif 'berseronok' dengan rumah barunya..sepetang jugak la dia dok main dalam kotak tu..

credit to ikhlas..semua gambar2 ni ikhlas yang ambik..
happynyee atif dalam 'rumah kotak'



siap ada address tipu2 lagi tu :D


Aku pun tak sampai hati nak suruh my hubby buang kotak tu..alih2 petang2 sikit bila atif dok buat aktiviti lain..kotak tu pun diangkut abahnye ke tempat sampah..terpaksalah..yang bestnya, hari selasa atif bagitau mak tok dia 'rumah atif dah kena buang'..ingat lagi rupanya dia..sian kat atif..takpalah..nanti ada la lagi tu kotak yang boleh dibuat 'rumah kotak' atif :D


5 comments:

Jiey^Mien said...

Hehehhehe..
Comel jer..
=)

rynas said...

hhehe rumah kotak..nanti mama belikan rumah kotak baru ekkk..

Izan Ishak said...

alaaa...sian atif, umah kotak kena buang. nnti mama cari umah kotak lain ye~~

Suziey Ahmad said...

ekkekekeek..lawak btl atif ni..ade je akal dia yek..bdk2 mmg ingt setiap bende n perkara yg dia lalui tau..kadang kt xsangka..

Kauthar said...

Jiey^Mien: muka ceria sangat..seronok habis :D


rynas: hihihi..kena tunggu beli barang yang berkotak besar la kot nampaknya...


kak izan: mula2 tk nk buang..ingtkan dia dah lupa..dh lepas bbrapa hari rupanya igt lagi :)


suziey: betul tu suziey, kita dulu2 pun cmtu jugak kan?