Monday, July 5, 2010

Homemade Burger


Assalamualaikum..


Monday bluesss...minggu baru, hari baru..azam baru..cheewwwaah!
Hari ni student2 aku menduduki peperiksaan akhir setelah 6 minggu bertungkus lumus menghabiskan syllabus untuk semester pendek...dan petang ni bermulalah perjuangan aku menanda 86 kertas jawapan yang pastinya akan memeningkan kepala dan jiwa! Aku doakan diaorang boleh jawab soalan dengan baik...AMIN!



Sabtu lepas ialah hari merayau seorang diri..my hubby kena bawak anak murid dia main futsal..encik atif pulak keluar bersuka ria dengan mak tok dan mak2 sedara dia..so, aku gi Jusco sorang2 dalam usaha untuk menjalankan misi membuat homemade burger..inilah akibatnya setelah terpesona dengan daging burger buatan sendiri oleh Kak Pnut



Kebanyakan ingredients dah ada..cuma roti burger, rosemary and serbuk parsley, dan daging cincang yang takde..so, setelah berjaya shopping, balik rumah dalam pukul 4.30pm terus melaksanakan misi..bersemangat giler

encik atif dengan hasil pembelian aku..


Roti burger (first time guna High5 punya, selalu yang biasa je..kat Jusco ada yang ni je), instead of beli rosemary dan serbuk parsley tu..aku beli Italian Herbs yang campur2 (oregano, basil, rosemary, thyme, marjoram)..sorry Kak Pnut, menderhaka sikit terhadap resepimu itu :)..dan yang paling penting minced meat lah kan...

bahan-bahan lain yang terlibat: sos cili, sos tomato (guna yang KFC punya je..hihih), kicap manis, sos tiram, seasoning oil, lada sulah, bawang besar dan bawang putih


gambar atas sebelum minced meat dicampurkan dgn bahan2, gambar bawah selepas diadun sebati dengan ramuan yang diperlukan ye puan2..kuingkuing



setelah siap, beginilah rupa bentuknya..lapik dengan plastik dan simpan dalam peti ais


Jadi sekarang mari kita tengok resepi dan cara membuatnya ye..aku ambik ni dari Kak Pnut..kawan2 boleh rujuk gambar2 yang lebih clear dan resepi di blog Kak Pnut ye...


Ingredients

1. Sebungkus daging kisar(aku buat dua bungkus hari tu..so semua bahan2 aku doublekan..boleh dapat 5-6 keping..)

2. Dua ulas bawang putih

3. Seulas bawang besar (Sederhana besar)

4. Serbuk lada hitam(kasar dan halus..mana2 pun boleh je lah)

5. Serbuk lada sulah

6. 2 sudu besar seasoning oil Maggi

7. 1 sudu besar sos cili

8. 1 sudu besar sos tomato

9. 1 1/2 sudu besar sos tiram

10. 2 sudu besar kicap manis

11. Garam secukup rasa

12. Serbuk/flakes daun parsley, oregano dan rosemary (yang ni aku menderkaha terhadap resepi asal, sebab aku guna mix italian herbs tu)


Cara membuatnya

1. Basuh dan tapis air daging kisar tu, biar sampai sejat betul air nya (yang ni aku betul2 ikut arahan Kak Pnut..aku perah tak ingat..bersungguh!)

2. Kisar bawang putih, bawang besar dan *serbuk-serbuk tu semua, guna blender kering untuk bahan kering tu, letak air sikit je.. sesudu dua je, jangan banyak, nanti daging berair) Aku tak blend sebab italian herb yang aku beli tu dah agak halus jugak..aku main campur terus je

3. Kemudian, gaul semua bahan yang tertera kat atas tu semua sekali ke dalam daging kisar (ketua chef cakap sila guna tangan ok)

4. Serbuk lada hitam dan lada sulah agak-agak la nak banyak mana.

5. Kemudian kepal bulat-bulat, pastu leperkan, guna plastik, pastu alas satu persatu setiap keping daging tu, seeloknya simpan semalama untuk 'tos'kan air daging tu dan supaya dagingnya lebih kental. Aku buat petang sabtu dan bakar pagi Ahadnye..


Sebenarnya aku dah ambik gambar2 selepas daging tu dibakar dan gambar burger yang dah siap..tapi alkisahnya encik atif yang bijak bestari dah berjaya men'delete' gambar2 tu..geram le jugak makcik ni..dalam dok pesan jangan delete gambar..alih2 terdelete jugak..takpalah..yang penting nak aku bagitau kat sini..hasilnya memang marvellous..serious wehh..bau dia ala2 BBQ sikit...pastu rasa memang tak sama dengan yang kita beli segera tu..

Masa bakar daging tu, aku letak seasoning oil sikit2..walaupun dah perah daging macam nak rak dan simpan dalam peti ais..ada sikit2 air daging keluar..so, sila ikut arahan betul2 ye :D Daging tu pulak akan mengecil kalau kita bakar..maknanya kena la buat besar2 sikit, takdelah kang dapat daging burger seciput pulak..roti burger High5 tu best le pulak sebab dah siap2 potong dan rasa roti tu memang lagi sedap dari yang biasa la kan..

Rasanya lepas ni nak buat lagi..tapi nak guna daging fresh dan kisar sendiri..pastu nak campur2 dengan bahan2 lain macam button mushroom ke kan..hihihihi..nantilah..taktau lagi bila nih..ok, SELAMAT MENCUBA ye!

11 comments:

Suziey Ahmad said...

waaaa rajinya..pasti sedap tu..kt slalu beli je daging ramly tu..ekekekk:D dasar pemalas:p

Kauthar said...

saya pun ni first time buat..selalu memang beli je daging encik ramly..lepas ni kalau rajin nak buat sendiri je lah, sebab senang dan sedap :)

Izan Ishak said...

hi kauthar,
seronoknya buat homemade bege! izan penah tgk dalam afc. sbnrnya senang je nak buat kan...nak cuba...nak cuba...

Kauthar said...

hi kak izan..cuba tau akak..nanti tepek kat blog ye..memang senang sgt kak..

oya said...

wah rajin kamu...buat lg..nak bleh..hehe

mummy_ayu said...

rajin tu...cayalah..of coz sedap sebab buat sendiri kan..

Pnut said...

syabas bettii..syabas bettiiiii
wa caya sama lu

A D I A said...

hamboi rajinnya buat homemade burger! nak lagi rajin cincang sendri ye daging itu hehehe. lepas ni buat roti burger sendri k. aja aja fighting!

Jiey^Mien said...

Tgk resepi yg kat pinut tepek mmg kecur dibuatnya..
tp nk membuat tuh rajin bebenor..
hehhehehe

Kauthar said...

mahira oya: takdelah rajin sangat..teringin terpaksa le buat!


mummy_ayu: btul tu..buat sendiri lain rasanya..


Kak Pnut: wakakaka..caya sama lu too :D


ADIA: pasni memang plan nak buat daging fresh pulak..tungguuuuu!!!(bertahun la gamaknya)


Jiey^Mien: tu la jiey yang i tergoda tuhh...perlukan keazaman yang tingggiii!

ena said...

hoh! hebatnya!!!

syabbas bete!!

aku malass.. haha