Saturday, July 31, 2010

Bersiaran kembali :D



Salam Sabtu semua...


Hari khamis dan jumaat yang lepas bercuti sebentar dari dunia blog untuk menyelesaikan tugas2 hakiki yang menimbun..tak sempat menziarahi 'rumah' kawan2..kadang2 curi2 masa jugak menjenguk mana2 yang sempat :D


Hari ni bersiaran sebentar dari office..dah nak balik dah ni, tapi meluangkan masa meng'update' sebentar...takut 'rumah' ni bersawang pulak minggu depan..hihihi


VCD Laskar Pelangi yang dipesan dari Kak Pnut telah selamat aku terima hari rabu lepas kalau tak silap aku..terima kasih kak!

Laskar Pelangi

Sebenarnya aku dah menonton filem ni 3 kali..ada seorang kawan di office ni, Suyerdi namanya.. yang mencadangkan untuk menonton Laskar Pelangi..dia beli DVD dari Indonesia..aku pernah dengar tentang novel Laskar Pelangi..tapi belum pernah menonton filemnya..setelah menonton, memang best sangat filem ni..bawak balik rumah, setiap kali orang lain tengok, aku join sekali..alih2 dah tengok 3 kali :) memang berbaloi pinjam dari incik suyerdi itu...

Tup2 kak pnut membuat iklan di FB untuk siapa2 yang berminat nak beli VCD Laskar Pelangi boleh pesan dari dia..so, aku pun pesan le untuk buat koleksi simpanan..rugi kalau tak beli, sebab kat Malaysia ni taktau nak cari kat mana..kak pnut pun pesan dari member dia yang berada di Indonesia..

Khamis lepas, perpustakaan office aku (Al Hambra Library) buat Cinema Review filem ni jugak untuk staf2 dan students bersempena dengan Library Week: Knowledge Enrichment Program 2010 (KEP ’10)...

Kepada kawan2 yang belum menonton filem Laskar Pelangi lagi..lepas ni bolehlah mencari DVD atau VCD nya ye..aku nak review filem aku tak reti..tapi yang pasti, ia sememangnya sebuah filem adaptasi novel yang hebat!

Oklah nak balik dulu..jumpa lagi nanti ye!

"Mimpi adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia..berlarilah tanpa lelah sampai engkau meraihnya"

Wednesday, July 28, 2010

Breakfast pagi ni..


Sarapan pagi ni ditaja oleh kak fiza :D

inilah kak fiza yang baik hati..hihihi..semalam sponsor cupcakes..hari ni bawak kuih sedap!




Kuih lumpia yang sangat sedap dicicah dengan sos cili..aku tak pernah jumpa lagi sebelum ni..



kuih lumpia..dalam isi ayam dan mix vege..kulit luar macam kuih ketayap salut dengan telur dan breadcrumbs..best!




Dah belajar dengan kak fiza tadi..insyaAllah lain kali nak cuba..


Terima kasih daun keladi Kak Safiza..lain kali nak lagi (muka tak malu!)

Happy Birthday!

Entry khas untuk kak ida a.k.a madam zuraidah

..obviously bukan gambar di hari kejadian..



Selamat Hari Lahir yang ke '26' pada 27 July..semoga kekal '26' untuk tahun2 seterusnya :D



Semoga panjang umur, murah rezeki (boleh kami tumpang sekaki :D ) dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT..



Akan tetapi, birthday girl semalam MC disebabkan demam...maka kami kawan2 ini pun dengan gigihnya ke rumah birthday girl untuk celebrate secara kecil-kecilan (secara besar-besaran adalah pada hari jumaat ini ditaja sepenuhnya oleh PUAN LYDIA!) Kawan2 ni pun tak dapatlah menyediakan hidangan yang 'mantap dan hebat'..hanyalah mampu dengan pizza delivery :D

Semoga kak ida cepat sembuh..banyak2 berehat ye...



pizza dan buah2an...kawan2 yang 'melantak' lebih :)


cupcakes yang sangat ciuttt..ihsan kak safiza (tempah dari officemate )

WE LOVE YOU ALWAYS!

Sunday, July 25, 2010

Doakan...


..selamat malam semua..

Petang tadi kami sekeluarga mendapat perkhabaran bahawa pakcik aku yang dirawat di Hospital Selayang sedang tenat dan dimasukkan ke ICU..sebelum ni aku pernah menulis sedikit tentang pakcik suhaimi, suami kepada cik fadilah (adik my mama) yang telah dirawat di Hospital Selayang..kemudian dipindahkan ke Hospital Lam Wah Ee, Penang agar lebih dekat dengan keluarga ..selepas beberapa minggu pakcik dipindahkan semula ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik...

Sepanjang pakcik dirawat di sana, anak2 pakcik dan cik, Izni, Ikhlas dan Ilham akan datang ke rumah aku setiap hujung minggu..kebetulan pada minggu ini, cik fadilah pulang sekejap ke Penang untuk menjenguk anak2 yang agak lama ditinggalkan..dan petang tadi apabila cik kembali semula ke Hospital Selayang rupa-rupanya pakcik baru sahaja tidak sedarkan diri..mujurlah ramai saudara mara di sana yang dapat memberikan sokongan buat cik..

My baba baru saja bertolak ke Selayang 10.30pm tadi untuk membawa Izni, Ikhlas dan Ilham melawat ayah diaorang...diaorang pun dah hampir sebulan tak berjumpa dengan pakcik...semoga cik dan sepupu2 aku terus tabah menghadapi ujian Allah yang sangat besar ni..

Kepada kawan2..aku memohon agar dapat sama2 mendoakan yang terbaik buat pakcik suhaimi..terima kasih!

ikhlas, cik fadilah, ilham, pakcik suhaimi, dan izni..Aidilfitri 2009 (credit to ilham's FB)

Friday, July 23, 2010

Lunch apa hari ni ?

Kami lunch Domino's hari ni..tapi tapau makan kat foodcourt SCM..maklumlah ada orang tu mengidam nak makan Domino's + Char Keow Teow :) Alhamdulillah, dapatlah menyempurnakan hajat orang yang mengidam tu..hihihihi...

puas hati makan pizza large tuh..kenyang sampai sekarang nih :D


char keow teow sapa ntah?


food court SCM..tak banyak pilihan..time lunch ramai orang..tapi kalau masa2 lain..kosongg jee



Korang makan apa lunch tadi?

Hadiah GA yang pertama :D

Salam Jumaat


Semalam balik dari ofis terkejut jugak bila ada kiriman jauh dari Melaka...rupa2nya hadiah Giveaway..Jom melawat Melaka bersama Farish..huhuhu..gembira, inilah hadiah GA pertama yang aku dapat semenjak menceburi dunia blog hampir 3 bulan ni..terima kasih banyak2 ye Kak Maya! Siap dapat surat cinta lagi dari kak maya..hihihhi..insyaAllah kalau kami sekeluarga sampai ke Melaka..kak maya lah orang pertama akan dihubungi ye :)


baucer dan keychain yang cantik..atif sibuk nak bergambar jugak!

Wednesday, July 21, 2010

Atif @ ACC (July 2010)

Assalamualaikum semua...wahhh..dah berhari-hari tuan rumah tak meng'update' blog...biasalah minggu pertama permulaan semester baru sememangnya agak kalut sikit...memandangkan hari ni takde kelas..bolehlah mencuri masa menaip entry baru dan berjalan-jalan di 'rumah' kawan2..anyway, terima kasih banyak2 kepada kawan2 yang masih sudi datang 'rumah' saya ni walaupun sunyi sepi tanpa berita buat beberapa hari :D



Rabu minggu lepas seperti biasa encik atif ada appointment dengan Dr Yeoh di hospital...kalau bulan lepas atif dok buat perangai je..kali ni nampaknya dia happy dan ceria je sepanjang perjalanan ke hospital..kami bertolak awal sebab kali ni baba aku yang hantarkan..kenalah awal sebab baba nak masuk ofis..kalau bulan lepas pergi dengan my hubby (cuti sekolah) bolehlah lewat2 sikit..



Pukul 9am dah sampai ACC (Ambulatory Care Centre) di Penang GH..atif mula2 tu ok...time kak fiza (nurse) nak ambik darah tu..dia mula la nak menangis..ye lah..bulan lepas buat 'finger prick' je..bulan ni nak masukkan chemo VCR kena la buat line kat tangan..apa lagi..menangis le encik atif..tapi oklah..nangis sikit je..acik2 nurse pujuk bagi macam2..kat ACC ni seronok sebab nurse semua baik2 dan friendly...dah rasa macam satu keluarga :)

inilah hasilnya selepas dicucuk..sian atif..



dah boleh senyum pun....mana taknya..dapat aiskrim :D

Ramai pulak orang kat makmal darah hari tu..tunggu lebih kurang 20 minit..takdelah lama sangat..tapi kalau bulan2 sebelum ni tunggu dalam 5 minit je..hihihi



makmal ujian darah


Tak ramai sangat yang nak jumpa Dr Yeoh kali ni....so lengang je ACC..tapi lama jugak menunggu Dr Yeoh datang ACC..selalunya Dr round kat Wad C3 dulu, baru datang ACC..kali ni lambat giler Dr datang ACC...mungkin ada banyak kes kot kat wad..so 2 jam lebih jugak kot kami menunggu..tapi, tak rasa sangat le..encik atif sibuk main..my mama ada kawan2 sembang..banyak kisah2 nak update dengan kawan2 :)


atif main dengan amirul..kawan atif kat wad dulu


Kami balik dalam pukul 12 lebih..aku tunggu giliran ambik ubat pun agak lama..tapi sampai rumah awal sebab baba ambik kami dan terus balik rumah..tak singgah ofis baba dulu kali ni..sebelum 1 pm dah sampai rumah...keputusan darah atif kali ni alhamdulillah ok..atif pun ceria sangat jumpa Dr Yeoh..cakap banyak sampai Dr dan nurse tak terlayan dah..apa2pun bersyukur sebab sehingga sekarang atif sihat dan ceria..semoga akan terus sihat dan ceria untuk bulan2 yang akan datang..AMIN!

Friday, July 16, 2010

Spaghetti Olio Vege


Salam Jumaat semua..nampaknya pagi Jumaat ini cerah dan indah di Kulim :D

Aku suka spaghetti..

Aku sangat suka sayur..


So, kali ni kita masak spaghetti yang ada banyak sayur ye..hihihi..idea ni datang tiba2 beberapa minggu lepas bila dok pening apa yang nak dimakan..something quick, simple, nutricious yet delicious! Maka teringatlah aku akan resepi spaghetti olio itu..spaghetti olio adalah yang paling senang tapi aku tak pernah cuba buat sebelum ini..selalunya orang buat dengan seafood..kali ni aku buat guna udang, button mushroom, dan pelbagai jenis sayur-sayuran yang aku suka..




Bahan-bahan (sukatan ikut selera masing2 :D )

Spaghetti (rebus dengan sedikit minyak dan garam-ikut arahan di paket)

Olive oil

Bawang putih dicincang halus

Serbuk Oregano & Basil or mix italian herbs pun boleh

Udang basah (sederhana besar)

Button mushroom

Brokoli

Capsicum (kalau dapat colourful lagi cantik :) )

Carrot (potong halus2 dan nipis2)

Tomato

Salad bulat (tak sure nama betulnya apa)

Garam (secukup rasa)

Kiub ayam (sikit je penambah perisa)

Black pepper (takde pun takpe, kalau ada lagi bagus)


Cara memasak

1. Panaskan olive oil

2. Masukkan serbuk oregano dan basil

3. Then, masukkan bawang putih

4. Tambah udang, goreng sampai merah sikit

5. Masukkan brokoli, capsicum, button mushroom

6. Bila bahan2 di atas dah agak masak, masukkan sayur2 lain (aku suka 'fast cook', so masak sekejap je)

7. Tambah garam, kiub ayam, black pepper

8. Finally, masukkan spaghetti...gaul sebati..dan hidangkanlah :D


inilah hasilnya..Spaghetti Olio Vege

Cubalah resepi ni di hujung minggu ..aku pun mungkin akan masak menu ni lagi memandangkan stok sayur masih banyak dalam peti ais tu..selamat berhujung minggu..jumpa lagi next week ya!

Thursday, July 15, 2010

Bila aku....



....marah dan kecewa..bermakna aku sememangnya MARAH dan KECEWA..dah lama jugak rasanya dok menyimpan perasaan ini terhadap 'orang itu'..wujudnya entry di malam Jumaat ini adalah untuk meluahkan rasa hati yang panas membara ni...


Aku rasa sangat marah dengan orang yang rasa dirinya hebat disebabkan mempunyai kuasa untuk berbuat apa saja...seolah-olah dunia ini dia yang punya..walhal, dia hanyalah seorang ketua yang jawatannya boleh diambil pada bila2 masa saja...adakah dengan jawatan itu sudah cukup untuk memberikan lesen kepada 'orang itu' untuk tidak mempunyai rasa hormat terhadap orang2 di bawahnya? Adakah dengan menjadi seorang ketua kita boleh bertindak sehingga memalukan pekerja kita ataupun lebih parah lagi sehingga menyebabkan pekerja kita hilang punca pendapatannya?


Pada mulanya aku rasa hormat aku kepada 'orang itu' berkurangan disebabkan kata2nya kepada aku yang akan aku ingat sampai mati (tak perlulah dijelaskan di sini)..kali kedua, rasa hormat telah menjadi 0=SIFAR disebabkan dia dengan tidak bersalahnya menyebabkan rakan aku kehilangan kerja...dan insiden siang hari tadi, di mana dia telah dengan sengaja/tidak, melakukan tindakan BODOH yang memalukan rakan sekerja aku..hasilnya..rasa hormat aku terhadap orang itu telah turun ke tahap NEGATIF (boleh gitu...hahaha...aku punya suka laaa..)


Tidak bolehkah seorang ketua itu menjadi seorang ketua yang menghormati orang bawahannya?..yang boleh berbincang dan menerima pandangan orang lain.. aku pasti, ketua yang menghormati pekerja pasti akan lebih dihormati malah disayangi oleh orang bawahannya..sememangnya KUASA boleh menjadikan kita lupa daratan dan bongkak!!! Adakah orang bawahan patut disalahkan jika tak boleh nak ikut arahan 'orang itu'?? ADAKAH PATUT??Semoga Allah menjauhkan aku dan kita semua daripada sifat2 sedemikian sekiranya kita terpilih menjadi seorang ketua/pemimpin..


Kenapalah 'orang itu' asyik nampak kesalahan orang dan tak nampak kelemahan diri sendiri? Kalau bercakap pasal agama bukan main hebat lagi...macammana tu??Adakah kerana 'orang itu' juga dikelilingi oleh orang2 yang suka membodek dan membenarkan apa saja tindakannya? Aku memang tak paham betul dengan pak2 dan mak2 bodek ni..selagi ada golongan2 seperti ni dalam tempat kerja..maka, tak gunalah kita bekerja bertungkus lumus..takpalah...lagipun kita bekerja niat kerana Allah..demi mendidik anak2 bangsa...ADA AKU KISAH pasal apa pandangan dia terhadap aku??bagi aku yang penting, aku dapat menyampaikan ilmu kepada anak2 murid..kepada PEMBODEK2 dan 'ejen2 perisik CIA'..sudah-sudahlah...


Awat yang aku membebel tak habis2 ni???wakakakakaka..inilah natijahnya apabila KURTLYCOOL sudah TAK COOL lagi...anyway, setelah beristighfar banyak2 (thanks ARIN!) dan menjalankan kewajipan kepada Yang Maha Esa..maka aku telah kembali COOL :D hihihi..cukuplah luahan hati aku kali ni...diakhiri dengan lirik sebuah lagu nasyid yang bertajuk ''PEMIMPIN YANG ADIL'..Semoga Allah memberikan petunjuk kepada kita semua..AMIN!

Artist: HIJJAZ
Album: Damai
Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya

Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama

Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah

Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini


Wednesday, July 14, 2010

Atif & rumah kotak..



Update di malam hari :D

Semalam (selasa) tak sempat nak update disebabkan tuan rumah ada workshop di office..hari ni pulak bercuti untuk bawak atif ke hospital seperti biasalah untuk monthly check up..esok masih ada workshop lagi..so, tuan rumah meng'update' malam2 buta ni disebabkan kesibukan yang agak melampau..semester baru pun dah nak bermula minggu depan...cikgu nak kena bersiap sedia la kununnyaa :)


Weekend yang lepas rumah dipenuhi oleh sepupu sepapat merangkap geng2 encik atif..so, atif teramatlah seronok dan main sampai tak ingat dunia..maklumlah ada kakak2 dan abang2 yang nak melayan..kalau aku...hihihi..tak terlayan la si atif nak main bola ke..nak main kejar..penat woii...


Last week my mama menjalankan misi mengemas stor dan membuang apa2 yang patut..ada kotak2 lama dan macam2 lagi yang nak dihantar ke tong sampah..ada satu kotak yang besar kat tepi rumah tu..tengahari sabtu tu dengar budak2 ni dok kecoh2 kat luar rumah..rupa2nya encik atif baru nak belajar main 'rumah kotak'...

Korang pernah tak main rumah kotak masa kecik2 dulu..aku pernah :D Best ooo..dok dalam kotak pastu imagine macam2..macam hebat giler lah dulu kalau dapat main 'rumah kotak' ni..


So, my lil' atif was so excited to discover that the empty box can turn out to be 'rumah kotak'...my cousins ikhlas n dayat le yang dok mengajar atif..habis toys dia dalam rumah dia nak sumbat masuk dalam rumah tu..hasilnya..memang agak bersepah la kat luar tu..tapi seronok sangat tengok atif 'berseronok' dengan rumah barunya..sepetang jugak la dia dok main dalam kotak tu..

credit to ikhlas..semua gambar2 ni ikhlas yang ambik..
happynyee atif dalam 'rumah kotak'



siap ada address tipu2 lagi tu :D


Aku pun tak sampai hati nak suruh my hubby buang kotak tu..alih2 petang2 sikit bila atif dok buat aktiviti lain..kotak tu pun diangkut abahnye ke tempat sampah..terpaksalah..yang bestnya, hari selasa atif bagitau mak tok dia 'rumah atif dah kena buang'..ingat lagi rupanya dia..sian kat atif..takpalah..nanti ada la lagi tu kotak yang boleh dibuat 'rumah kotak' atif :D


Monday, July 12, 2010

Lunch @Nasi Ayam Periuk Besar

Salam petang Isnin...tadi lunch kat Nasi Ayam Periuk Besar di pekan kulim..dah lama tak makan kat situ..kat situ lah tempat pertama aku gi lunch hari pertama aku kerja 2 tahun lepas :) Aku dan kak kiah memang dari hari tu dok teragak nak makan nasi ayam..akhirnya hari ni baru dapat pi...alhamdulillah..seperti biasa sememangnya 'full house' la kan..kalau sesiapa pernah makan kat MON Rods Kitchen mesti perasan ada menu nasi ayam periuk besar jugak..kalau tak salah restoran2 ni dimiliki oleh syarikat yang sama...cuma kalau kat MON Rods lebih mahal harganya..



ini je lah gambo yang ambik tadi..takleh snap banyak2 sebab dah lapar sangat :D

Sunday, July 11, 2010

Kek Lapis lagi...



Salam semua...update di petang ahad bimbang esok tak sempat nak update lagi macam minggu lepas :D




Ingat lagi tak kek lapis cadbury yang kak kiah order dari hari tu? Last week aku order kek lapis hawflakes dari kak lina @Inasaly Bakery disebabkan cik amal yang teringiiinnn sangat nak makan..besides, kak fiza (officemate) order kek lapis cadbury, egg tart..kak kiah pulak order egg tart dan blueberry cheese tart..



Last Tuesday pi ambik kat rumah kak lina di Bandar Perda..kebetulan kak ida pulak ada meeting di UiTM..so kami segerombolan ke sana...hihihi



Sebelum ke rumah kak lina, sempat minum2 kat Starbucks dulu..lepak2 sementara tunggu pukul 4pm..






inilah santapan kami di petang itu...suka sangat dengan sandwich tu (walaupun kak kiah yang punyeee)



sabo je lah dengan cik lydia sorang nih...


hihihi..habis semua!


Lepas habis minum, hantar kak ida meeting dan terus ke rumah kak lina...wahh bau semerbak harum :D kak lina tengah sibuk dengan kelas tart nye..terima kasih kakak lina ye..lain kali kami order lagi...


egg tart..blueberry cheese tart..my vote goes to d cheese tart..sedapp sangat! anak2 kak fiza sangat suka dengan egg tart tu!



kek lapis hawflakes..amal dan mama suka sangat!


Thursday, July 8, 2010

Berita gembira di tengah malam...


Hari ni tak berkesempatan langsung menjenguk blog...alhamdulillah dah siap marking tapi nak siapkan mark entry pulak sekarang ni...petang tadi ada Pesta Buah-buahan Tempatan anjuran section aku yang da boom lagi mantap tu lah (Manufacturing Section)...huhuhu..ni bau durian tak hilang lagi nih!

Sambil menyiapkan kerja teringat nak tengok blog sekejap..tak sangka ada berita gembira..rupa-rupanya aku dah menang Farish 1st GiveAway yang dianjurkan oleh mama farish a.k.a
Kak Maya tak sangka bertuah pulak ye..giveaway ni boleh dikatakan giveaway pertama yang aku join.. alhamdulillah...




Terima kasih Kak Maya dan tentulah Farish yang mencabut undi :D


ehh, dah pukul 12am..SALAM JUMAAT SEMUA!


Wednesday, July 7, 2010

My 50th Entry

Assalamualaikum...


Hai..sedar tak sedar dah entry yang ke 50 dah :D


Sorry sangat2 tak dapat nak update entry lagi sebab memang terlalu busy menanda kertas jawapan budak2 ni..tak siap2 ...waaaaaaaaaa!


Nanti bila dah siap...aku update k..macam2 cerita nak dikongsi bersama tapi masih belum berkesempatan lagi ..


To my dear friend ADIA, ur tag i akan buat a.s.a.p ok :D



Oklah, gotta go..before that...wanna share d pic taken last night..my lil' prince menemani mamanya berjaga malam!



Monday, July 5, 2010

Homemade Burger


Assalamualaikum..


Monday bluesss...minggu baru, hari baru..azam baru..cheewwwaah!
Hari ni student2 aku menduduki peperiksaan akhir setelah 6 minggu bertungkus lumus menghabiskan syllabus untuk semester pendek...dan petang ni bermulalah perjuangan aku menanda 86 kertas jawapan yang pastinya akan memeningkan kepala dan jiwa! Aku doakan diaorang boleh jawab soalan dengan baik...AMIN!



Sabtu lepas ialah hari merayau seorang diri..my hubby kena bawak anak murid dia main futsal..encik atif pulak keluar bersuka ria dengan mak tok dan mak2 sedara dia..so, aku gi Jusco sorang2 dalam usaha untuk menjalankan misi membuat homemade burger..inilah akibatnya setelah terpesona dengan daging burger buatan sendiri oleh Kak Pnut



Kebanyakan ingredients dah ada..cuma roti burger, rosemary and serbuk parsley, dan daging cincang yang takde..so, setelah berjaya shopping, balik rumah dalam pukul 4.30pm terus melaksanakan misi..bersemangat giler

encik atif dengan hasil pembelian aku..


Roti burger (first time guna High5 punya, selalu yang biasa je..kat Jusco ada yang ni je), instead of beli rosemary dan serbuk parsley tu..aku beli Italian Herbs yang campur2 (oregano, basil, rosemary, thyme, marjoram)..sorry Kak Pnut, menderhaka sikit terhadap resepimu itu :)..dan yang paling penting minced meat lah kan...

bahan-bahan lain yang terlibat: sos cili, sos tomato (guna yang KFC punya je..hihih), kicap manis, sos tiram, seasoning oil, lada sulah, bawang besar dan bawang putih


gambar atas sebelum minced meat dicampurkan dgn bahan2, gambar bawah selepas diadun sebati dengan ramuan yang diperlukan ye puan2..kuingkuing



setelah siap, beginilah rupa bentuknya..lapik dengan plastik dan simpan dalam peti ais


Jadi sekarang mari kita tengok resepi dan cara membuatnya ye..aku ambik ni dari Kak Pnut..kawan2 boleh rujuk gambar2 yang lebih clear dan resepi di blog Kak Pnut ye...


Ingredients

1. Sebungkus daging kisar(aku buat dua bungkus hari tu..so semua bahan2 aku doublekan..boleh dapat 5-6 keping..)

2. Dua ulas bawang putih

3. Seulas bawang besar (Sederhana besar)

4. Serbuk lada hitam(kasar dan halus..mana2 pun boleh je lah)

5. Serbuk lada sulah

6. 2 sudu besar seasoning oil Maggi

7. 1 sudu besar sos cili

8. 1 sudu besar sos tomato

9. 1 1/2 sudu besar sos tiram

10. 2 sudu besar kicap manis

11. Garam secukup rasa

12. Serbuk/flakes daun parsley, oregano dan rosemary (yang ni aku menderkaha terhadap resepi asal, sebab aku guna mix italian herbs tu)


Cara membuatnya

1. Basuh dan tapis air daging kisar tu, biar sampai sejat betul air nya (yang ni aku betul2 ikut arahan Kak Pnut..aku perah tak ingat..bersungguh!)

2. Kisar bawang putih, bawang besar dan *serbuk-serbuk tu semua, guna blender kering untuk bahan kering tu, letak air sikit je.. sesudu dua je, jangan banyak, nanti daging berair) Aku tak blend sebab italian herb yang aku beli tu dah agak halus jugak..aku main campur terus je

3. Kemudian, gaul semua bahan yang tertera kat atas tu semua sekali ke dalam daging kisar (ketua chef cakap sila guna tangan ok)

4. Serbuk lada hitam dan lada sulah agak-agak la nak banyak mana.

5. Kemudian kepal bulat-bulat, pastu leperkan, guna plastik, pastu alas satu persatu setiap keping daging tu, seeloknya simpan semalama untuk 'tos'kan air daging tu dan supaya dagingnya lebih kental. Aku buat petang sabtu dan bakar pagi Ahadnye..


Sebenarnya aku dah ambik gambar2 selepas daging tu dibakar dan gambar burger yang dah siap..tapi alkisahnya encik atif yang bijak bestari dah berjaya men'delete' gambar2 tu..geram le jugak makcik ni..dalam dok pesan jangan delete gambar..alih2 terdelete jugak..takpalah..yang penting nak aku bagitau kat sini..hasilnya memang marvellous..serious wehh..bau dia ala2 BBQ sikit...pastu rasa memang tak sama dengan yang kita beli segera tu..

Masa bakar daging tu, aku letak seasoning oil sikit2..walaupun dah perah daging macam nak rak dan simpan dalam peti ais..ada sikit2 air daging keluar..so, sila ikut arahan betul2 ye :D Daging tu pulak akan mengecil kalau kita bakar..maknanya kena la buat besar2 sikit, takdelah kang dapat daging burger seciput pulak..roti burger High5 tu best le pulak sebab dah siap2 potong dan rasa roti tu memang lagi sedap dari yang biasa la kan..

Rasanya lepas ni nak buat lagi..tapi nak guna daging fresh dan kisar sendiri..pastu nak campur2 dengan bahan2 lain macam button mushroom ke kan..hihihihi..nantilah..taktau lagi bila nih..ok, SELAMAT MENCUBA ye!

Friday, July 2, 2010

Menu Berbuka Puasa



Assalamualaikum..Salam Jumaat semua...


Semalam puasa..masa kat ofis dok teringat menu berbuka puasa..terasa nak makan spaghetti bolognaise dengan egg salad la pulak...dah agak lama tak buat..tak suka sangat kalau makan spaghetti bolognaise kat kedai sebab selalunya masammm jee..kalau buat kat rumah boleh campur macam2 ikut suka dan semestinya pedassss!


So pukul 5.15pm dah chow dah sebab ingatnya nak singgah membeli-belah di Pasaraya Jimat kat rumah aku tu..rasanya macam banyak bahan2 yang takde..sos Prego baru je habis, cili boh pun dah nak habis..spaghetti ada tapi yang lama..button mushroom pun tkde rasanya..so, membeli-belah kat Jimat sampai rumah tup2 dah 6.45pm....kalutlah makcik ni nak rebus spaghetti lah..rebus telur dan kentang..nasib baik ada assistant ku cik amal :D




hasil shopping di Jimat :D



bahan2 untuk membuat bolognaise..suka2 tambah sosej bagi jadi banyak skit! kalau tak letak sos Prego pun takpe..guna tomato puree je, tapi kena letak oregano so that bau dan rasa bolognaise tu tetap ada..aku letak Prego + tomato puree + cili boh :)


cik amal gigih menyiapkan egg salad..kentang dan telur lenyek tambah mayo, garlic dan black paper, a pinch of salt ..walllaa!!!



inilah hasilnya..alhamdulillah sempat siap sebelum azan maghrib :) mustard tu penambah perisa je..suka2 hati!


Hari ni puasa jugak..tapi rasanya nak membeli belah di pasar malam je lah..teragak pulak nak makan nasi kerabu..teringat nasi kerabu resepi my MIL yang best tu...huhuhuhu..adoi macam2!

Kepada Sarah yang nak suruh tempek resepi..kat sini aku kongsikan cara2 nak membuat bolognaise tu ye..aku taktau the exact amount of each ingredients..main bubuh je :D

1. Tumiskan bawang besar dan garlic yang dicincang

2. Masukkan oregano dan basil, tumis sampai wangi

3. Masukkan cili boh, ikut la tahap kepedasan yang dikehendaki

4. Gula dan garam secukup rasa (boleh jugak letak kiub ayam sikit je kalau suka)

5. Lepas tu masukkan tomato puree atau sos Prego (aku letak dua2)

6. Masukkan minced meat, masak sebentar

7. Masukkan sosej (kalau suka), button mushroom (potong ikut suka) dan tomato yang didadu (aku suka letak tomato awal2 bagi sebati dengan kuah)

8. Bila dah nak masak, masukkan black pepper yang dikisar (kalau tak suka tak letak pun takpe)

Begitulah caranya..simple aje..sorrylah..aku memang tak pandai nak menulis resepi ni..kepada Sarah..cuba jangan tak cuba :D

Thursday, July 1, 2010

Mama_Balqis 1st Moment GiveAway


Assalamualaikum kawan2..


Jom sertai Mama_Balqis 1st Moment GiveAway yang dianjurkan oleh


Tarikh penyertaan: 1 Julai 2010 - 15 Julai 2010
Cabutan bertuah Dari BALQIS & pemenang akan diumumkan pada 18 Julai..
Hadiahnya ialah Ole2 dari Cherating..ada 3 hadiah disertakan...tetapi sekiranya jumlah penyertaan amat memberangsangkan, hadiah mungkin akan ditambah :D
MARI SERTAI BERAMAI-RAMAI!