Sunday, July 25, 2010

Doakan...


..selamat malam semua..

Petang tadi kami sekeluarga mendapat perkhabaran bahawa pakcik aku yang dirawat di Hospital Selayang sedang tenat dan dimasukkan ke ICU..sebelum ni aku pernah menulis sedikit tentang pakcik suhaimi, suami kepada cik fadilah (adik my mama) yang telah dirawat di Hospital Selayang..kemudian dipindahkan ke Hospital Lam Wah Ee, Penang agar lebih dekat dengan keluarga ..selepas beberapa minggu pakcik dipindahkan semula ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik...

Sepanjang pakcik dirawat di sana, anak2 pakcik dan cik, Izni, Ikhlas dan Ilham akan datang ke rumah aku setiap hujung minggu..kebetulan pada minggu ini, cik fadilah pulang sekejap ke Penang untuk menjenguk anak2 yang agak lama ditinggalkan..dan petang tadi apabila cik kembali semula ke Hospital Selayang rupa-rupanya pakcik baru sahaja tidak sedarkan diri..mujurlah ramai saudara mara di sana yang dapat memberikan sokongan buat cik..

My baba baru saja bertolak ke Selayang 10.30pm tadi untuk membawa Izni, Ikhlas dan Ilham melawat ayah diaorang...diaorang pun dah hampir sebulan tak berjumpa dengan pakcik...semoga cik dan sepupu2 aku terus tabah menghadapi ujian Allah yang sangat besar ni..

Kepada kawan2..aku memohon agar dapat sama2 mendoakan yang terbaik buat pakcik suhaimi..terima kasih!

ikhlas, cik fadilah, ilham, pakcik suhaimi, dan izni..Aidilfitri 2009 (credit to ilham's FB)

7 comments:

kakrose@kakyon said...

salam kauthar..
semuga pakcik kauthar cepat sembuh.

Kauthar said...

kak yon: terima kasih mendoakan..buat pengetahuan semua, pakcik suhaimi telah pulang ke rahmatullah jam 5am tadi..semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..AMIN!

sarah said...

sakit apa Kauthar

ayah,ummi, farish said...

akk doakan pakcik cepat sembuh..insya Allah..banyak2 berdoa utk dia yer

ena said...

innalillah..

smoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg soleh insyaAllah

rynas said...

baru baca entry. takziah ya..mg rohnya dicucuri rahmat Amin

kasihibu said...

salam takziah..
semoga rohnya di rahmati