....marah dan kecewa..bermakna aku sememangnya MARAH dan KECEWA..dah lama jugak rasanya dok menyimpan perasaan ini terhadap 'orang itu'..wujudnya entry di malam Jumaat ini adalah untuk meluahkan rasa hati yang panas membara ni...
Aku rasa sangat marah dengan orang yang rasa dirinya hebat disebabkan mempunyai kuasa untuk berbuat apa saja...seolah-olah dunia ini dia yang punya..walhal, dia hanyalah seorang ketua yang jawatannya boleh diambil pada bila2 masa saja...adakah dengan jawatan itu sudah cukup untuk memberikan lesen kepada 'orang itu' untuk tidak mempunyai rasa hormat terhadap orang2 di bawahnya? Adakah dengan menjadi seorang ketua kita boleh bertindak sehingga memalukan pekerja kita ataupun lebih parah lagi sehingga menyebabkan pekerja kita hilang punca pendapatannya?
Pada mulanya aku rasa hormat aku kepada 'orang itu' berkurangan disebabkan kata2nya kepada aku yang akan aku ingat sampai mati (tak perlulah dijelaskan di sini)..kali kedua, rasa hormat telah menjadi 0=SIFAR disebabkan dia dengan tidak bersalahnya menyebabkan rakan aku kehilangan kerja...dan insiden siang hari tadi, di mana dia telah dengan sengaja/tidak, melakukan tindakan BODOH yang memalukan rakan sekerja aku..hasilnya..rasa hormat aku terhadap orang itu telah turun ke tahap NEGATIF (boleh gitu...hahaha...aku punya suka laaa..)
Tidak bolehkah seorang ketua itu menjadi seorang ketua yang menghormati orang bawahannya?..yang boleh berbincang dan menerima pandangan orang lain.. aku pasti, ketua yang menghormati pekerja pasti akan lebih dihormati malah disayangi oleh orang bawahannya..sememangnya KUASA boleh menjadikan kita lupa daratan dan bongkak!!! Adakah orang bawahan patut disalahkan jika tak boleh nak ikut arahan 'orang itu'?? ADAKAH PATUT??Semoga Allah menjauhkan aku dan kita semua daripada sifat2 sedemikian sekiranya kita terpilih menjadi seorang ketua/pemimpin..
Kenapalah 'orang itu' asyik nampak kesalahan orang dan tak nampak kelemahan diri sendiri? Kalau bercakap pasal agama bukan main hebat lagi...macammana tu??Adakah kerana 'orang itu' juga dikelilingi oleh orang2 yang suka membodek dan membenarkan apa saja tindakannya? Aku memang tak paham betul dengan pak2 dan mak2 bodek ni..selagi ada golongan2 seperti ni dalam tempat kerja..maka, tak gunalah kita bekerja bertungkus lumus..takpalah...lagipun kita bekerja niat kerana Allah..demi mendidik anak2 bangsa...ADA AKU KISAH pasal apa pandangan dia terhadap aku??bagi aku yang penting, aku dapat menyampaikan ilmu kepada anak2 murid..kepada PEMBODEK2 dan 'ejen2 perisik CIA'..sudah-sudahlah...
Awat yang aku membebel tak habis2 ni???wakakakakaka..inilah natijahnya apabila KURTLYCOOL sudah TAK COOL lagi...anyway, setelah beristighfar banyak2 (thanks ARIN!) dan menjalankan kewajipan kepada Yang Maha Esa..maka aku telah kembali COOL :D hihihi..cukuplah luahan hati aku kali ni...diakhiri dengan lirik sebuah lagu nasyid yang bertajuk ''PEMIMPIN YANG ADIL'..Semoga Allah memberikan petunjuk kepada kita semua..AMIN!
Artist: HIJJAZ
Album: Damai
Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya
Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama
Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya
Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah
Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita
Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini
4 comments:
atas sbb yg sama, sy menyendiri di duniaku sendri...cuba lari @ tidak berada di kwsn 'pemimpin' tarak guna itu..
kak mimi: baguslah kak mimi dh boleh lari..hopefully bila kak mimi dah balik, dia dh tkdk kt cni lagi..saya sendiri entahlah bila berpeluang utk 'lari' jugak :D
huhu sabar sabar sabar...
btol tindakan tu.. istighfar byk2...
ena: huhuuhhu...itulah kan..kena banyak2 bersabar :)
Post a Comment