Wednesday, August 18, 2010

Berbuka puasa di rumah paksu..



Assalamualaikum...sedar tak sedar dah masuk hari ke-8 kita berpuasa :D

Semalam al kisahnya kami sekeluarga berbuka puasa di rumah paksu aku di Sungai Semambu..kalau dari rumah aku dekat je, dalam 5 minit..rumah paksu ni ialah rumah peninggalan arwah tok ayah dan arwah nenek sebelah my mama..so, rumah tu banyak menyimpan kenangan kami bersama arwah dan sepupu sepapat masa kecik2..dalam tahun 2003 kami sekeluarga pernah berpindah ke rumah paksu sekejap (selepas arwah maksu meninggal) sebelum berpindah ke rumah yang kami tinggal sekarang ni..


Sebelum ke rumah paksu, dalam jam 6.30pm aku ke pasar Ramadhan dengan my hubby dan atif..mula2 tu taknak bawak atif, sekali merajuk pulak nak ikut,so bawaklah dia sekali..alih2 tengah dok membeli belah, hujan turun selebat-lebatnya..nasib baiklah semua gerai ada atap zink..kami tumpang berteduh di gerai abang laksa campuq (dah tumpang kat situ, 'terpaksa' beli 3 bungkus..wakaka) nasib baik hujan sekejap je..pakaikan plastik kat kepala encik atif sebab masih ada sisa2 hujan lagi :D


Dalam pukul 7.15pm kami sampai rumah paksu..macam2 ada..paksu pun membeli belah kat pasar Ramadhan yang sama jugak..



cucoq cempedak (digoreng oleh mak teh), roti sosej (dibeli oleh paksu), roti sosej lagi (my mama buat sebab anak2 paksu sangat suka ini roti), donut keras (paksu beli- walaupun keras last2 habis jugak), cucoq jagung (aku beli) dan shepard's pie (my mama buat, yummy!!)




atif yang ceria menunggu waktu berbuka puasa (tapi sah2 le dia tak puasa)





syukri (my cousin) yang bercuti di rumah kami dan menjadi mangsa buli atif tiap2 hari :D, sweet ain (anak paksu), dan paksu a.k.a tuan rumah bersama menu mee kuah yang dimasak sendiri oleh paksu (sedap jugak!)




acara menunggu waktu berbuka beramai-ramai..huhuhu




aktiviti atif, amrina dan ain selepas berbuka puasa



tengok kan aku dah kata...kesian syukri menjadi mangsa buli kanak2 ribena ni


Mama, my hubby, dan syukri sembahyang tarawikh dekat surau sebelah rumah paksu ni je..so dalam pukul 10pm kami balik le rumah..penat jugak rasanya semalam, balik rumah aku terus tertido..wuhuhuhu.. Atif pulak dahlah kat rumah paksu main sampai tak ingat dunia, balik rumah main lagi..aku pun tak pasti pukul berapa dia tido semalam :D


Monday, August 16, 2010

Misi mengecat rumah :D



Selamat petang semua..pastinya kawan2 sibuk memikirkan juadah berbuka puasa hari ni ye..

Hari ni update di petang hari selepas selesai kelas...pagi tadi banyak pulak kerja yang nak diselesaikan terlebih dulu..


Card reader baru pun telah berjaya dibeli semalam..huhuhu..RM10 je, kalau rosak lagi takdelah sakit hati sangat!


Hari Sabtu tengahari aku, my hubby dan atif ikut my mama ke kedai hardware di Bandar Perda untuk melaksanakan misi my mama untuk mengecat rumah (dah lama tk cat..lagipun encik atif yang kreatif telah menghasilkan karyanya di dinding2 rumah dengan jayanya)



Al-kisahnya, no siri cat tu pun kami dah tak ingat sebab dah lama..sekarang ni pulak cat dah keluar jenis lain, dah takde yang jenis lama tu..so, kami gamble je lah pilih warna yang lebih kurang sama :)


Aku ni setaraf le dengan atif, tak pernah pi kedai beli cat..so, dok ter'jakun' seketika tengok apek kedai mengadun cat2 tu..aku ingat beli terus macam tu je...rupa2nya dia campur warna cat dalam cat putih ikut percentage colour depends on the colour selected..aku dengan atif dok terkagum tengok mesin pengadun dok bergegar..ntahapaapantah..nasib baik aku ikut kali ni, kalau tak memang sampai bila aku tak tau proses tu wujud..


proses mengadun cat


Atif lagila sibuk dekat kedai tu, siap cakap dengan mak tok dia nanti dia nak tolong cat sekali..siap marah lagi kat aku bila aku kata 'atif tolong tengok je tau'...alamatnya nanti mak tok atif nak buat kerja pun tak senanglah sebab ada assisstant kecik sorang!



latihan mengecat


Petang semalam my hubby dah cuba cat sikit bahagian feature wall..nampak ok cat tu..walaupun kami tak ingat no siri tapi nampaknya warna tak lari dari warna yang sebenarlah..huhuhu


hasil pembelian di kedai hardware



atif yang sibuk dengan mak toknya



Apakah menu berbuka puasa kawan2 hari ni?Aku belum fikir lagi..hahahaha..

Friday, August 13, 2010

Meriahnya Bazar Ramadhan..



Semalam selepas balik office sempat aku membeli-belah di bazar Ramadhan yang dekat dengan rumah..bazar Ramadhan Kubang Semang nama dia...dekat dengan masjid Kubang Semang..bazar Ramadhan ni memang dekat 'giler' lah dengan rumah aku, kalau jalan kaki pun boleh...lebih afdal lagi kalau jalan kaki atau naik motor memandangkan kesesakan adalah amat melampau sekali..tu yang aku malas nak pi naik kereta..semalam, disebabkan balik dari office terus singgah, so naik kereta jugaklah kan..tapi tkpa sebab my hubby ada..huhuuhuu..so aku tak kisah sangat sebab dia yang drive balik rumah..


Setiap hari kalau balik rumah hari jumaat memang sesak kawasan bazar Ramadhan ni, sebab hari jumaat ialah hari pasar malam..di bulan Ramadhan ni, maka nya jalan tersebut sesak setiap hari ye kawan2....memang meriah sangat..yang paling tak tahan sekali bila kereta yang diparking ikut suka saja..dahle jalan sesak, parking ikut dan saja (bahasa orang utara..huhuh)..so, bertambah sesaklah jalan tu..


Semalam agak tergezut jugak aku melihatkan kesesakan yang amat sangat di jalan tali air berhampiran bazar Ramadhan tu..nampaknya lebih hebat lagi dari tahun lepas..ni aku rasa mesti rakyat2 di luar kampung aku pun dok mai membeli-belah kat sini..tu yang ramai sangat rakyat jelata tak terkira dah nih...nasib baik aku parking kat tempat yang baikkk punya :) kalau tak dengan aku2 sekali terbabit..


Jualan juadah berbuka puasa tak payah cakaplah..macam2 ada..tapi kesukaan aku tak lain tak bukan laksa campoq (laksa penang plus sambal sotong kering, cucoq udang, tauhu manis), nasi kerabu dan laksam yang original ye (bukan yang orang penang buat pastu tak jadi pastu aku rasa nak marah!) original tu maksudnya yang dibuat oleh rakyat kelate sendiri ye :D Semalam dapatlah aku membeli laksa campoq kegemaranku itu..jalan2 lagi baru nampak nasi kerabu dan laksam original....(tiba2 rasa nak beli jugak..nafsu btoilah!) bak kata mama aku..puasa sebulan..toksah dok ikut nafsu sangat..hihihihi!


Juadah berbuka semalam semuanya ialah hasil pembelian aku n my hubby di bazar..mama buat cucoq jagung..aku beli nasi ayam untuk encik atif, nasi tomato untuk syukri (sepupu aku), laksa campoq untuk aku dan mama, kuih-muih my hubby punya, kebab my mama punya jugak (aku beli atas andaian aku sendiri :P )..air tiga jenis tuh..sirap selasih, soya dan tebu (yang ni tak membazir sebab habis!)..pastu mak teh aku hantaq pulak cucuq ubi, hotdog dan bihun goreng...aiyakkkk!!


Alhamdulillah..semuanya selesai..adalah kuih2 sikit tak habis aku tengok masa sahur nanti..hari ni mama pesan toksah beli kuih muih dah sebab dia nak buat cucoq udang, yahooo! So, hari ni aku berazam nak beli nasi kerabu dan laksam original ye kawan2..boleh gitu? meriah sikit hari ni sebab adik2 aku, nuha dan widad balik rumah :)


p/s: entry tidak bergambar memandangkan card reader baru masih belum di beli lagi....wuhuhu :(


Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan..


Assalamualaikum...


Salam Ramadhan semua...hari ni dah 2 Ramadhan ye..selamat berpuasa kawan2..semoga Ramadhan kali ni dapat menjadikan kita insan yang lebih baik..insyaAllah...


credit to ILUVISLAM.COM


Tuan rumah bercuti semalam disebabkan 1 Ramadhan seluruh Kedah bercuti..my hubby pulak sekolah ambik cuti peristiwa...so, kami sama2 bercuti :) kebetulan semalam ialah hari atif bertemu Dr Yeoh (monthly check up), so dari pagi sampai tengah hari kami di Penang GH..


Bila dah masuk bulan puasa ni, my baba pulak akan sibuk di tempat kerja kerana menyediakan juadah berbuka puasa untuk students dan staff..tiap2 hari baba akan berbuka puasa di tempat kerjalah jawabnya..tinggallah aku, mama dan my hubby je berbuka puasa di rumah (encik atif tak dikira sebab tak puasa..hihihi) maka nya semalam kami telah berbuka puasa di kedai..wakakaka...di Route 69 Bandar Perda, BM..tak bestlah bukak puasa kat luar..kat rumah lagi best maaa..hari ni nak menjenguk bazar Ramadhan kat rumah lah pulak!


Teringat pulak kenangan Ramadhan tahun lepas...masa tu atif baru lagi disahkan menghidap leukemia..dan pada masa tu jugaklah atif dijangkiti H1N1..1 Ramadhan tahun lepas berpuasa di hospital sehinggalah 6 Ramadhan..lepas tu bila atif dah dapat keluar wad..barulah dapat berpuasa di rumah..itupun tahun lepas sepanjang bulan puasa asyik berulang-alik ke hospital disebabkan kena ikut jadual rawatan atif...kenangan yang tak akan dapat dilupakan sampai bila2..sememangnya pengalaman itu mengajar aku erti kesabaran dan kasih sayang yang sebenar...


Tahun ni alhamdulillah..dapat berpuasa di rumah dan berbuka bersama keluarga..dan yang paling manis sekali melihat perkembangan positif atif..yang semakin sihat dan ceria...semoga atif kekal sihat dan ceria untuk masa akan datang..AMIN!


Monday, August 9, 2010

Mencari ruang..


Assalamualaikum kawan2...


Tuan rumah ini sedang mencari-cari masa dan ruang untuk meng'update' blog yang dah hampir bersawang...banyak tugas2 hakiki nak disiapkan terlebih dahulu..semalam baru balik dari wedding my cousins di KL..keletihan itu masih terasa..huhuhuhu..insyaAllah akan 'update' dalam masa terdekat..terima kasih kepada semua yang datang mengunjungi ye :D
p/s: alamak..card reader rosak pulak dah...terbantut hasratku meng'update' :(

Tuesday, August 3, 2010

Aktiviti Malam Sabtu...



Hari sabtu malam yang lepas ke SCM nak membeli thumb drive baru memandangkan yang lama sudah terkena jangkitan virus..hihihi..malangnya tak berjumpa pulak yang berkenan..encik atif pulak sibuk betul nak beli 'barang' dia...beli lah jugak kat dia mainan gasing yang dia nak tu..
sibuk dengan gasing dia
Dah taktau nak jalan2 mana lagi, singgahla makan di Korean BBQ Chicken kat tingkat atas SCM..selalunya servis kat sini boleh dikatakan lambat jugak, sebab pekerja dia sikit..tapi kali ni cepat sikit, maybe sebab kami order yang simple2 je...pernah sekali tu makan kat sana dekat sejam menunggu..kalau lapar parah jugak la kan!
BBQ Chicken

mama n abah with atif..

inilah makanan kami malam tu :)

Dalam dok tak membeli apa2 tu pun, 2 jam lebih jugak kami kat dalam SCM..tapi balik dengan tangan kosong je lah...encik atif je dapat apa yang dihajati :) Anyway, alhamdulillah semalam dapat berjumpa dengan thumb drive yang diingini di Giant Kulim..

Monday, August 2, 2010

Kehilangan...



Assalamualaikum..Salam Isnin semua..semoga minggu baru ini membawa rahmat dah bahagia buat kita semua..semoga Allah memanjangkan umur kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan (minggu depan) yang dinanti-nantikan oleh muslimin dan muslimat seluruh dunia..


Sedar tak sedar dah genap seminggu pakcik suhaimi kembali bertemu Yang Maha Esa...kehilangan beliau masih lagi dirasai dalam keluarga kami...apatah lagi buat ibu bapa pakcik, cik fadilah, izni, ikhlas, ilham serta adik2 beradik pakcik yang lain...bukannya aku tak pernah mengalami kehilangan sebelum ini...tapi kali ini sedikit berbeza rasanya..mungkin kerana keluarga kami memang rapat dengan keluarga arwah..anak2 arwah pakcik (sepupu2) dari kecik rapat dengan kami adik-beradik..hujung minggu selalunya diaorang pasti meluangkan masa datang ke rumah kami..jadi, kehilangan kali ni pastinya amat memberikan kesan mendalam buat kami semua...



Lebih kurang tujuh tahun yang lepas...arwah mak su nor (isteri kepada paksu yang merupakan adik bongsu mama) meninggal dunia...meninggalkan tiga orang anak yang masih kecil, fahmi pada ketika itu berumur 7 tahun, hidayat 5 tahun, dan ain baru berusia 8 bulan..situasi ketika itu amat menyayat hati..sekarang, setelah 7 tahun berlalu..alhamdulillah, anak2 arwah membesar dengan baik walaupun pelbagai onak dan duri ditempuhi oleh anak2 kecil itu..kami sekeluarga mencuba sedaya upaya untuk melimpahi mereka dengan kasih sayang, walaupun pastinya tidak sama sekali setanding dengan kasih seorang ibu..



Minggu lepas, kehilangan 7 tahun lepas yang pedihnya sudah hampir hilang..muncul kembali...kali ini cik fadilah dan anak2 pula yang terpaksa akur dengan kehilangan seorang ketua keluarga yang amat dikasihi..bermula dengan sakit yang tidak tahu apa sakitnya beberapa bulan lepas, tidak disangka-sangka bahawa ia melarat sehingga membawa kepada kehilangan nyawa arwah pakcik suhaimi...



Ayah dan ibu kehilangan anak lelaki sulung mereka..seorang isteri kehilangan seorang suami yang penyayang...anak2 kehilangan seorang ayah sangat rapat dengan mereka..sebuah institusi pendidikan kehilangan seorang pendidik yang sangat komited dengan kariernya..seorang penyelidik yang sangat tekun dengan penyelidikannya..kami sekeluarga kehilangan teman makan dan bersembang...pasti baba aku amat terasa sekali dengan pemergian pakcik memandangkan arwah merupakan rakan borak terutamanya mengenai hal2 kerja dan hal2 politik semasa...




Minggu depan kita akan menyambut Ramadhan..insyaAllah...pastinya ingatan terhadap pakcik akan lebih lagi memandangkan arwah memang seorang yang suka makan...kalau datang berbuka puasa di rumah, macam2 juadah dibawa bersama...kegemaran pakcik; teh ais mamak, lepat pisang, dan pengat (serawa) pisang...pastinya ahli keluarga arwah akan lebih merinduinya nanti..apapun aku pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi...semoga Allah memberikan kekuatan kepada seluruh ahli keluarga untuk menghadapi saat2 kerinduan ini..



Buat cik dan sepupu2 yang disayangi...kami akan sentiasa bersama kalian!


Semoga roh arwah pakcik suhaimi ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..AMIN!


p/s: mintak maaf kerana masih tak sempat menziarahi kawan2 hari ni...insyaAllah akan jalan2 esok :D