Untuk appoinment kali ni, atif kena check darah, jumpa Dr Yeoh dan masuk ubat chemo VCR (VCR ni prosedurnya 2 bulan sekali..sikit jee..tak sampai 5ml kalau tak salah aku la kan..) Disebabkan nak kena masuk ubat, terpaksalah cucuk di tangan untuk pasang line..selalunya kalau nak ambik darah nurse buat 'finger prick' je (ambik darah kat jari)..nangis jugak la sikit masa nak cucuk tu..dah lama kan tak kena cucuk2 ni..nasib baik Kak Fiza yang cucuk tu cekap..selalunya kalau Kak Fiza yang buat..sekali je dah dapat urat dah..
Bila dah dapat sampel darah aku kena hantar kat lab untuk buat Full Blood Count (FBC) test..kat lab kalau sikit orang takpe..kalau ramai (especially hari isnin) jawabnya tunggulah sampai sejam lebih..semalam tak sampai 5 minit aku tunggu..tengok2 dah siap dah..tergezut beruk jugak..hihihi (awal salah..lambat pun salah :P) Nengok dari resultnya darah si atif, nampaknya ok..alhamdulillah..
kat lab..tunggu FBC result
Atif tak sempat nak breakfast kat rumah pagi tu, so bawak bekal sekali..makan sementara tunggu nak jumpa Dr Yeoh..selalunya memang bawak bekal nih..bukan untuk atif je..untuk mama n mak tok atif skali..hihi..

atif makan nasi lemak 2 bungkus tau!
Kitaorang sampai kat ACC dalam pukul 9,masa tu tak ramai orang lagi..start pukul 10 dah ramai orang..so dapat la giliran awal skit..tapi kalau dapat awal pun, tkdela dapat jumpa Dr Yeoh awal sangat..selalunya bila Dr Yeoh dah habis round kat wad baru la dia mai kat ACC..kena tunggu dalam 2 jam jugak la..tapi tk kisah sangat sebab jumpa dengan kawan2 kan..borak2 update berita terkini..atif pun sempatlah main ngan kawan2 dia yang dah lama tk jumpa..

@ACC..masa ni tk ramai orang lagi
Dalam pukul 11 tu baru le jumpa Dr Yeoh..pastu atif nak kena tunggu masukkan ubat chemo sekejap dan aku pi ambik ubat kat farmasi..dalam pukul 12 baru leh balik..
kat farmasi..nasib baik tak ramai orang..tunggu kejap je
Lepas balik dari ACC selalunya kami akan ke ofis baba dulu..bila my hubby balik sekolah dia akan datang ambik kami kat situ..sekolah tempat my hubby mengajar tak jauh sangat dari ofis baba..sebelum balik ke ofis baba, singgah lunch kat Unit Nelayan Jelutong..makan kari ikan sembilang..sedap woooo...fresh gile ikan sembilang dia..lauk2 yang lain pun sodap jugak..

Ni gambar2 atif main2 kat Tadika Islam..dekat2 dengan ofis baba..dia seronok betul kalau dapat pi tadika..tengok budak2 dok belajar n main..dia pun boleh main macam2..gitula ceritanya untuk kali ni..next appointment 16 June depan..













