Wednesday, September 29, 2010

Jamuan Aidilfitri..



Assalamualaikum..Salam Hari Rabu..


Seminggu dua ni agak sibuk dengan tugasan hakiki..nak tengok blog pun tak sempat..sekarang ni dah masuk minggu ke-10 untuk semester July '10..maksudnya ada lagi 4 minggu sebelum peperiksaan akhir dan cuti semester..so, cikgu ni pun agak sibuk dengan macam2 hal..tapi hari ni meluangkan masa sekejap update kisah Jamuan Aidilfitri di rumah aku hari Ahad lepas..


Tahun lepas aku tak buat jamuan memandangkan masa tu aku masih lagi dalam tempoh unpaid leave..tahun sebelum tu (2008) aku buat sekali dengan birthday atif..so, tahun ni buat jugak secara kecil-kecilan untuk students, kawan2 sekerja dan kawan2..kali ni aku berkongsi dengan adik aku, Nuha since dia pun nak menjemput kawan2 sepejabat jugak kan..



Terima kasih kepada semua students yang datang walaupun petang tu hujan lebat sekali..thanks jugak kepada kawan2 yang sudi datang...jamuan bermula jam 1pm sampailah lewat petang...meriah sekali dengan kehadiran para pelajar yang tak putus2 dan jugak kawan2 aku dan nuha..walaupun letih tapi seronok sangat dan rasa syukur sebab niat nak buat jamuan selepas atif kembali sihat dah tercapai..Alhamdulillah..



Oklah..tak nak tulis panjang2..layan gambar k..(sori ada jugak tetamu yang gambarnya tak sempat diambik :D ) BYE!

antara juadah hari tu..laksa (order dari kawan pejabat, angah...laksa yang dibuat oleh mak angah memang marvellous sekali!) shepard's pie yang dimasak oleh mama..sangat laku sekali..thanks mama! Sate yang diorder oleh baba, nasi impit, lemang dan ketupat palas, kuah daging dimasak oleh mama..carrot cake oleh nuha..kek coklat, puding, tart order dari kak lina (laku jugak..habis awal)..petang2 sikit goreng nugget ayam dan french fries...laku jugak sebab kegemaran kanak2..thanks to makteh yang bagi menu tambahan..bubur lambuk sedap!


tetamu pertama kami..sepupu aku, dik bah n hubby, hakim with little aisar yang comel..(dok depan rumah je punn..huhu)





my diploma students..group pertama yang sampai..happening sangat! Thanks guyz n girls..



my bach. degree students..ramai lagi yang gambar tak sempat nak snap..masa ni tengah kalut :D kesian diaorang ni meredah hujan lebat..



kawan2 yang gambarnya sempat diambik..yang baju pink tu lah mak angah yang buat laksa marvellous..sebelah makcik ialah angah..



kanak2 riang ria..zahra (anak kedua angah) yang ceria..dan anak my friend sarah, uwais yang sangat keletah..




sepanjang petang tu atif sibuk main dengan farzanah (anak kak kiah)..thanks ana bawak goodie bag untuk adik atif..sebenarnya hari sabtu (25.9) ialah birthday ana yang ke-6 dan sama jugak dengan ibunya, kak kiah..birthday ke dotdotdot..huhuhu


with MMT 5 students..credit to Shah!

5 comments:

Unknown said...

sedap nampak blueberry cheese tart, huhuhu! :)

sarah said...

hahaha...uwais mmg mcm tu, bercerita ngan penuh perasaan n mimik muka.tu bila mood baik ler. bila mood x baik apa pun x mo.

mummy_ayu said...

seronoknya bila kumpul ramai ramai mcm nie..

Kauthar said...

ieda: cheese tart memang superb!


sarah: seronok tgk gelagat uwais..mulut tak berenti cakappp jee..muka konfiden yang tak tahan tuh


mummy_ayu:setahun sekali..memang seronok dan meriah :)

Lina Rahim said...

laksa? wah, sedapnyaaaaa..! tapi saya drool yang tart telur tu.tart telur kan yang lower part plate bertingkat tu? ni yang simpan dulu impian nak kurus ni