Tuesday, September 21, 2010

Aidilfitri di Endau, Johor


Assalamualamualaikum..Salam Selasa!



Hari raya pertama, bumi Endau dibasahi hujan lebat sehinggalah tengahari..walaupun hujan lebat tapi masih ramai yang datang berkunjung ke rumah my MIL..tak putus2 tetamu datang..yang kesiannya kat budak2 lah, tak dapat jalan2 pagi tu..tengahari baru mula buat 'collection'..huhuhuhu
Menu utama kalau di rumah my MIL ialah nasi dagang..walaupun tinggal di Johor, family my hubby berasal dari Terengganu..so, makanan2 di sini kebanyakannya ialah menu2 dari pantai timur seperti nasi dagang, sata, laksa Terengganu, dan keropok lekor...kebanyakan penduduk2 di sekitar kampung my hubby pun dari pantai timur..loghat percakapan pun longhat Terengganu..my MIL memang terkenal dengan nasi dagang dan mengambil tempahan membuat nasi dagang jugak..setiap kali pagi raya pasti my MIL akan sibuk menyiapkan tempahan di samping menyediakan nasi dagang untuk tetamu rumah..selain nasi dagang, my MIL juga mengambil tempahan membuat laksa tepung gandum..selalunya my MIL akan buat laksa sahaja, tapi kadang2 ada jugak yang tempah sekali dengan kuahnya..
Di Endau ni, yang seronoknya ikan2, sotong dan hasil laut yang lain memang fressshhh! Best sangat..maklumlah dekat dengan laut..my FIL bekerja dengan Jabatan Taman Laut..dan selalu bertugas di Pulau Tioman..rumah my MIL ni pun terletak tak jauh dari jeti ke Pulau Tioman di Tanjung Gemok, Rompin, Pahang..tapi aku sendiri pun belum lagi berpeluang ke Pulau Tioman :D


Atif pun seronok sangat balik kampung kali ni..dia pun dah sihat dan cergas..so, banyaklah aktiviti dia dengan mak dan ayah saudara di kampung..jalan2 naik motor dan boleh 'pau' diaorang beli mainan..sabaq je la! Sekali sekala balik boleh le orang nak melayan kan..hihhi...atif pun seronok sebab ada baby baru..Damia Nur Humaira, anak my SIL yang dilahirkan pada pertengahan Ramadhan yang lepas..
Pagi raya tu kami tak sempat nak bergambar...sibuk melayan tetamu..masa hari raya ketiga sebelum kami bertolak balik ke Penang barulah kami bergambar..tu pun masing2 dah tak berbaju raya dah..hihihih..



introducing...Damia Nur Humaira :)



Damia berbaju raya yang aku beli dari my dear friend siZz @ gegirlboboywardrobe..tapi pakai sekejap je sebab hujan..sejuk!




atif berbaju melayu..takde sampin dan songkok..huhuhu





atif tetap dengan aktiviti dia..bersama najmi anak sepupu my hubby



malam selepas raya..atif sibuk 'tolong' buat laksa di luar rumah

menu hari raya kedua..sate!

bergambar sebelum berangkat balik ke Penang pada hari raya ke-3




me, my hubby dan atif..(atif merajuk sebab kena marah..dan siap elok2 pi main air pulak, samapi kena salin baju lain...mana tak kena marah!)




Oklah..nanti sambung cerita raya lagi..back to work..keje manyaakkk, waaaaa!

p/s: kepada semua adik2 darjah 6, selamat menduduki peperiksaan UPSR ye! ALL THE BEST!

6 comments:

mummy_ayu said...

wah...meriah nye hari raya....

~~Ciklinn~~ said...

bestt nyer bau baby girl hehhehe...

wah meriah tu siap bakar satay ha.... selamat hari raya...

Ieda Al-Habsyi said...

meriahnya raya! heheheh! selamat hari raya kauthar, serius cunn baju damia tuuu :)

ayah,ummi, farish said...

selamat hari raya...
meriahnyer beraya...mesti suker atif beraya thn nie...mesti byk dpt duit raya.....

kakyong said...

bestnya nasi dagang... makanan pantai timur memang semua sedap2...

Ju@Lucky^Mummy said...

seronoknya raya kat endau kan? saya dah 3 tahun x raya pertama di Endau.. huhu..
:(