Thursday, September 23, 2010

Take a break!

Title entry ala2 tagline iklan le pulak..huhuhu :D



On d way balik ke Endau sebelum raya hari tu, aku menyuarakan cadangan kat my hubby nak bawak atif gi jalan2 mana2 lepas raya..sebelum puasa aku dan kak kiah dah plan nak ke Bukit Merah Laketown Resort bawak atif dan farzanah (anak kak kiah) jalan2 sana..bukannya apa, semenjak atif sakit memang dah lama sangat tak bawak dia bercuti..aku dan my hubby pun dah lama jugak tak berholiday nih..alih2 bila sampai waktu yang dirancangkan tu, aku tak dapat pi pulak, last2 kak kiah je yang ke sana..



So, on d way balik ke Penang hari Ahad (dari Endau) cadangannya nak ke Bukit Merah lah..memandangkan kami bertolak agak lewat, sampai di Tapah pun dah pukul 8pm..rasa macam malas pulak nak ke Bukit Merah..second option ialah ke Ipoh..ingatnye nak stay je kat mana2 hotel yang ada swimming pool..encik atif tu kalau dah jumpa swimming pool tu kira dah bahagia sangat dah :D Pusing2 kat Ipoh tu, akhirnya terjumpa dengan Impiana Hotel, bersebelahan bangunan UMNO..alhamdulillah ada kosong lagi, so stay kat situ je la..




atif ceria walaupun letih sangat..atif seronok sebab dia taktau kami nak bawak dia jalan2..dia ingat nak balik Penang :)



bilik kami




pemandangan dari dalam bilik...ada bangunan baru kat sebelah hotel ni..lot2 kedai yang masih banyak kosong..




atif yang lapar sangat malam tu..siannn atif!




breakfast..




ni lah masa yang ditunggu-tunggu oleh incik atif..mandi manda!

Kami check out 12pm..pastu gi jalan2 Jusco Ipoh..dah lama dah tak gi sana..dulu masa kami tinggal di Sungkai, memang Jusco Ipoh tempat kami shopping dan lepak..jalan2 sekejap je di Jusco pastu gi Mc D sebab my hubby nak makan GCB..rupa2nya GCB dah takde dah..sian my hubby tak dapatlah nak merasa GCB :D Kami sampai Penang dalam pukul 3.30pm..my family terkejut sebab diaorang ingat hari Isnin pagi tu kami baru nak bertolak dari Endau..hihihi..saje jee buat surprise kat semua orang!

atif @ Jusco..

4 comments:

AngahSayang2314 said...

wah dalam beraya sempat ber honey moon lagi tue 3 beranak nie isk..isk..isk... apa2 enjoy tul tak???

Suziey Ahmad said...

waaaa best jgk stay kt impiana ek..heeh..

hmm sedap sgt ke GCb tu..still mencari lg:D

firahadifa said...

bestnyer berr holiday...

Lina Rahim said...

GCB tu taklah sedap sangat. Tapi ok lah dari Prosperity edition..selamat hari raya.