Friday, September 17, 2010

cuti yang panjang...dan SELAMAT HARI RAYA :D



Assalamualaikum semua dan salam Jumaat!


Wah...bercuti panjang tuan rumah ni ye...lama sangat rasanya tak menjenguk blog ni..hari ni pertama kali menjenguk blog sejak mula bercuti Selasa minggu lepas..rasanya masih belum terlambat nak mengucapkan SALAM AIDILFITRI buat semua kawan2 yang setia menjenguk rumah yang tak seberapa ni..maaf zahir batin andai ada tersalah kata tersilap bicara ye..



~credit to google image~


Hari Isnin minggu lepas terlalu sibuk menyiapkan apa2 tugasan yang patut sebelum bercuti panjang..alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan..lega sikit rasanya..hari Selasa sebelum bertolak balik kampung my hubby di Endau, Johor, paginya kami ke hospital dahulu untuk monthly check up encik atif..alhamdulillah semuanya berjalan lancar..blood count ok..cucuk di tangan pun atif tak menangis..sangatlah baik encik atif hari tu :) Terima kasih kepada staff nurse elly dan ida sebab bagi duit raya kat atif..siap dengan hamper kecik lagi..



Selasa petang bertolak untuk balik kampung..singgah berbuka puasa di rumah sahabat kami di Sungkai..terima kasih abang mi dan kak saodah atas layanan terbaeekk..malamnya bertolak ke Selayang sebab nak tumpang bermalam di rumah mak long dan pak long..mu hubby pulak teringin nak makan GCB Mc D makanya kami keluar ikut exit Rawang..alhamdulillah terjumpa dengan Mc D tapi kesian kat my hubby sebab GCB dah sold out kat situ..alih2 makan le yang lain..jam 12pm baru sampai rumah mak long..huhuhu


Esoknya konon2 nak bertolak awal2 pagi..last2 pukul 10am baru gerak..maklumlah encik driver dah tumbang dulu..tapi oklah, taknak rush sangat pun..rileks2 jeee..encik atif pulak bangun sahur pagi tu..so, paginya liat sikitlah nak bangun..yang merisaukan aku badan atif macam panas sikit (takut pulak demam, sebab hari selasa tu dah masuk ubat chemo VCR)..tapi atif kata dia ok..dalam perjalanan tu atif macam tak aktif muka pun tak ceria je..lepas dia makan sikit, bagi makan ubat lepas tu muntah pulak! Rupanya encik atif perutnya penuh angin, mana taknya malam sebelum tu dok minum teh bercawan-cawan! Lepas muntah tu barulah dia ok..alhamdulillah!


Terpaksalah singgah di stesen minyak dan mencuci apa yang patut..atif pun tido je dalam kereta..kami singgah solat di Jempol...dan dekat2 pukul 6pm jugaklah baru sampai di Endau..perjalanan memanglah sangat jauh tapi seronok sebab dah lama tak balik kampung..atif pun mula2 sampai tu jual mahal..lepas 10 minit barulah panas enjin..suara dia je yang paling kuat dalam rumah tok ki dia tu..


Oklah..nanti sambung cerita raya lagi ye..nak sambung buat nota ni..minggu ni students cuti semester..minggu depan kelas dah bermula! Sebelum tu..Selamat Hari Malaysia kepada semua warga Malaysia..semoga Allah terus melimpahkan rahmat dah nikmat keamanan kepada negara kita yang tercinta, AMIN!


~credit to google image~



p/s: Tahniah kepada my dear friend ADIA yang selamat melahirkan baby girl pada 30th August yang lepas..selamat datang baby Hafiyya yang comel :D




6 comments:

ieda said...

salam kauthar...
tak tau bila boleh sampai rumah kauthar ni...huhu..jadual padat lagi...malam2 boleh dak?

Ogy said...

salam aidilfitri buat Kauthar..semoga ceria2 selalu..

AngahSayang2314 said...

selamat hari raya kauthar hehehe

Suziey Ahmad said...

erkkk VCR tu ape kauthar? atif sakit ape ek? siannya la hai..hmm sama cam aQeel..byuk minum teh smpai xleh tido mlm sbb kembung perut ngn angin..

Kauthar said...

kak ieda: itulakan..acara ziarah ni mmg le padat..malam2 pon boleh kak ieda :)

kak ogy: salam aidilfitri buat akak jugak..dok ceria la niii :D


angah: salam aidilfitri buat angah jugak k!


suziey: atif sakit leukemia..masih dalam tempoh rawatan susulan..VCR tu sejenis chemo jugak..sikit je dos nye, kena amik 2 bulan sekali..atif memang suka minum teh, tu yg susah nk control :D bila kembung stop kejap..nanti minum lagi!

Kauthar said...
This comment has been removed by the author.