Minggu yang sibuk...semalam sibuk preparation colloquium (where lecturers present their research findings) yang diadakan hari ni..hari ni pulak colloquium sampai petang..(tapi sempat curi masa update blog sekejap..tapi tak sempat nak blogwalking..haha) esok sampai jumaat ialah 1st diploma renewal accreditation audit by MQA (tapi esok aku cuti bawak atif pi hospital..) sangatlah sibuknya semua orang di office ni..
Sabtu lepas aku dah booked untuk service kereta di Perodua pukul 9.50am..pastu biasalah terlambat sebab kalut kat rumah pagi2..sampai je kat Perodua pukul 10.30, banyak kereta..so, pekerja tu bagitau maybe lambat pukul 1pm baru kereta boleh servis, dalam pukul 2pm baru siap..adoiiii tak larat la makcik nak tunggu lama2..kalau ikut perancangan, nak servis kereta dulu pastu nak ke rumah cik fadillah kat penang, bawak atif mandi swimming pool...alih2 kena tukar plan lah..pi penang dulu baru balik servis kereta..biasalah kita hanya merancang kan..hihih
Terima kasih cik sebab menjamu kami dengan ketupat palas dan kuah masak pengantin yang dirindui..sebab mama takdak raya hari tu..dapat jugak makan kat rumah cik..hihihihi..dan jugak mee bandung yang best!Nanti kami pi lagi k :D
Hari ahad pulak hari mengemas rumah, mencuci kipas dengan my hubby dan memasak..tapi petangnya sempat keluar ke Sunway Carnival Mall sekejap..sebenarnya plan nak beli menda lain..lain pulak yang dibelinya..hahahah (apakah itu?rahsia kerajaan..huhu)
Oklah terpaksa ke colloquium balik ni..tak sempat nak update panjang2..nak BW pun tak sempat..enjoy d pictures..chiow!

on d way ke rumah cik di plaza ivory, penang
mula2 takut lagi..main air kat atas2 je..ilham (anak cik) tolong tengokkan
lepas tu berani sangat la pulak sampai nak naik slide sendiri :D (mama pun terpaksa la masuk sekali..)
sempat posing 'peace' dulu sebelum beraksi slide

hidayat dan aksi terlarangnya..hihi
atif lepas penat mandi..minum dulu!
gambar hiasan:ketupat palas!
4 comments:
aduh .. ketupat palas idaman ku ... huhuhu.
syiok btl klu main slide tu..clear ek penang bridge di ujung minggu :D
siap ade ketupat palas lagi..hiks
bestnyer dia main airr
kunjungan :)
Post a Comment