Tuesday, November 23, 2010

AIDILADHA KaMi..


Lega sangat akhirnya habis juga menanda kertas-kertas jawapan yang menimbun sebelum ni :)

Aidiladha kami sekeluarga tahun ni disambut sederhana saja..sehari sebelum raya, aku masih lagi bekerja..mujurlah adik aku nuha, kerja separuh hari dan amal pulak bercuti..hari sebelum raya tu pulak hujan selebat-lebatnya..basah kuyup jugak aku dan kak kiah sebab kami keluar beli barang2 yang nak dibawak ke Kediaman Abu Nur, Pengkalan Hulu, Perak..akhirnya sampai rumah dah Maghrib..malamnya nuha beli lemang, aku beli serunding..dan sempat jugak aku menempah kek coklat sedap dari kak su (kawan kat ofis)

Pagi Aidiladha kami adik beradik dah merancang nak ziarah tok-tok saudara yang dah lama tak jumpa (walaupun rumahnyee takdelah jauh pun)..petangnya pulak sebelum berangkat ke Kediaman Abu Nur, kami nak singgah makan nasi beriani di rumah my officemate, kak ida di kulim perdana..pagi raya tak sempat nak snap banyak gambar, sebab sibuk makan..hahaha

Seronok sangat dapat ziarah tok ngah (2 tok ngah)..mak long (sepupu my mama dan my baba-since mama and baba are cousins) dan tok tam..petang pukul 2pm baru habis ronda semua rumah..penat jugak la (penat makan jeee) my hubby tak ikut sebab kat masjid buat korban 9 ekor lembu..

atif makan bihun sup kat rumah mak long..mak wa sibuk suap atif..



bergambar dengan mak long, ustazah raudah dan ustazah syadah..(ustazah syadah dan ustazah raudah ialah our second cousins..tapi merangkap ustazah2 adik2 aku kat sekolah..so dah terbiasa panggil ustazah..huhuh..)




Petang pukul 6pm baru bertolak ke rumah kak ida di kulim perdana..sian kat kak ida tunggu kami lama sampai tertidur-tidur dah dia..sempat pulak kak ida membungkus nasi beriani dan lauk pauk untuk dibawa ke kediaman...terima kasih banyak2 kak ida! Jam 7 pm lebih baru bertolak ke Kediaman Abu Nur, 8.30pm alhamdulillah sampai jugak kami ke Pengkalan Hulu..seronok sungguh adik2 menerima kedatangan kami adik beradik..



Adik2 aku sibuk mengangkat barang2 yang kami bawak khas untuk adik2 di kediaman..






my hubby, hidayat dan atif sempat makan kuih raya...kuih2 raya ni adik2 buat sendiri tau..boleh tahan jugak sedapnya :)



atif makan nasi beriani kak ida di tengah2 malam sebab lapar..





ummi (chef Abu Nur) sibuk menggoreng bihun ..kami pulak menggoreng nugget dan macam2 lagi untuk breakfast





atif @ breakfast

Hari raya kedua, Kediaman Abu Nur mengadakan majlis korban (3 ekor lembu)..atif sangat teruja sebab ni kali pertama dia dapat tengok proses sembelihan secara 'live'..lepas tu ummi dan adik2 masak nasi putih, sup daging, dan air asam..sangat sedap sekali tak terkata! Terima kasih sangat2 kat mak (Hajah Zawiah-Pengerusi kediaman), ummi, ustazah, ustaz dan adik2 menerima kedatangan kami..insyaAllah bila mama dan baba balik dari Tanah Suci nanti kami akan berkunjung lagi..



korban di Kediaman Abu Nur

Di sini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat kawan2 yang telah memberikan pelbagai bentuk sumbangan buat adik2 di Abu Nur..thanks angah (kak fazidah), haniza, kak kiah, lydia dan kak ida...seronok sangat adik2 ye :D Terima kasih daun keladi!

4 comments:

A D I A said...

salam aidiladha kauthar :) seronol ye beraya bersama adik2 di AbuNur. i dulu almost every year tgk orang korban lembu secara live, tapi sejak kawin dah tak gi.

tapi kalau tgk lembu dikorban, kalau kita kesian kat lembu, org kata takleh makan daging dia. entah betul ke tak ye.

Unknown said...

meiahnya...best dapat kumpul ramai2.

Lina Rahim said...

banyaknya makanan....ni yang jeles ni tak balik Semenanjung..

AngahSayang2314 said...

wah..meriahnyer sakan nampakkkkk hehehee