Monday, October 11, 2010

Kediaman Abu Nur - Part 1


Assalamualaikum..salam ceria di pagi Isnin :D

Hujung minggu yang lepas kami sekeluarga (my mama, baba, sisters..nuha dan widad, me n my hubby n lil' atif) berkunjung ke Kediaman Abu Nur yang terletak di Pengkalan Hulu, Perak..sebenarnya dah agak lama mama dan baba merancang nak membawa kami semua ke sana..alhamdulillah akhirnya hari sabtu lepas tercapai jugak hasrat kami sekeluarga ke Abu Nur..selain kami sekeluarga, beberapa orang staf dari pejabat baba jugak turut serta, Ustazah Rohayati dan Ustaz Nasir dan anak dara diaorang Alia, Ustazah Fadilah dan Ustaz Syukri dan baby Umar, serta Kak Miza bersama baby Amar dan anak2 saudara dan adik beliau..jadi bertambah meriahlah kunjungan kami pada kali ni..


Sebenarnya Kediaman Abu Nur boleh dikatakan 'anak angkat' kepada pejabat tempat baba bekerja..mama, baba dan staff2 dari pejabat baba dah pernah berkampung di kediaman ni sebelum puasa hari tu..Abu Nur menempatkan anak2 perempuan yang kurang bernasib baik, anak2 yatim dan anak2 dari keluarga miskin tegar..Mama telah berniat untuk membuat sikit kenduri dengan adik2 di Abu Nur selepas atif semakin pulih dari leukemia..maka, hujung minggu lepas hasrat mama telah tercapai..alhamdulillah..


Hari Sabtu lepas kan aku bekerja..so, aku dan hubby bertolak lewat sikit dari my family..mama, baba dan adik2 (atif ikut diaorang jugak) bertolak dalam pukul 4pm..my hubby datang ambik aku di ofis dalam jam 5pm lebih..perjalanan ke Pengkalan Hulu taklah terasa sangat jauhnya..kami sampai ke Kediaman Abu Nur sekitar jam 7pm..masa tu adik2 tengah sembahyang berjemaah di surau..mama dengan dibantu oleh adik2 yang lain pulak tengah sibuk memasak..



gambar sekitar Kediaman Abu Nur yang diambil masa aku mula2 sampai



acara memasak yang diketuai oleh mama



masak2 lagi..



Kedatangan kami disambut mesra oleh adik2 Abu Nur..rasa terharu sangat sebab selepas diaorang habis solat, masing2 datang berjumpa dengan aku dan bersalam...terpancar riak keceriaan dan kegembiraan di wajah adik2 kecil ni..terhibur sangat dengan gelagat mereka terutamanya adik2 kecil yang baru berumur 7-8 tahun..atif pun nampaknya dah mesra dengan diaorang..asyik main je sampai tak ingat dah mama dia...


adik2 yang ceria :D


nuha n atif


kak miza n amar yang nangis sebab terjatuh..sian dia



Adik2 ni pun sangat cekap membantu di dapur..mungkin dah terbiasa agaknya..sebab diaorang memang hari2 ada jadual bertugas masing2..menu malam tersebut ialah burger, nugget, french fries, sosej cocktail, spaghetti dan tart yang aku beli dari Kak Lina (seperti biasalah kan :D ) Semasa kunjungan mama yang lepas, Mak (panggilan untuk Pengerusi kediaman- Hajah Zawiah) dah memaklumkan bahawa adik2 ni memang teringin nak makan menu2 tersebut..maklumlah diaorang jarang dapat merasa makanan seperti itu..so, memang excited sangatlah adik2 ni bila dapat makan burger dan lain2 tu..bukan main cekap lagi adik2 masak burger...terutamanya adik Shifa', Ika dan Anis..dari awal sampai habis tak jemu2 depan dapur tu..yang lain2 pun turut ringan tulang membantu apa yang patut..



acara membasuh pulak




shifaa dan anis setelah penat memasak..shifaa form 3 dan anis form 4


Aku dan Nuha pulak teruja sebab ada penduduk kampung di situ bagi lauk kenduri..lauk kampung..gulai nangka, ulam ulaman, sambal belacan dan ayam goreng rempah..kami dah tak nampak dah burger2 tu..huhuhuuhhu...sedappppp sangat lauk pauk kenduri tu..alhamdulillah! Adik2 Abu Nur pulak dah tak heran dah dengan nasi tu..maklumlah hari2 dah biasa makan lauk kampung yang sedap2 :D




inilah menu yang membuat aku n nuha teruja!

tart dan menu2 lain ..ada menu lain yang tk sempat nak snap gambarnye

Sambil makan tu sempat berborak dengan Shifa', Anis, Syuhada' dan lain2..seronok sangat..macam2 diaorang bercerita...malam tu mama, adik2, ust.rohayati, kak miza dan ust.fadilah semua tidur dengan adik2 di asrama diaorang...aku pun teringin nak tido dengan diaorang..tapi mama suruh aku tido kat bilik tetamu dengan hubby n atif..atif pun excited bila tengok asrama kakak2 dia..maklumlah tak pernah tengok katil 'double decker' kot..hahahah


Nampaknya makin bertambah adik2 perempuan aku..seronok sebab diaorang panggil aku tetah macam adik2 aku jugak :D Walaupun serba kekurangan, nampaknya adik2 ni lagi bertuah sebab bukan saja ada Mak, tapi ada Mama (my mom), Bonda (Ustazah Rohayati), Ummi (Chef di kediaman) dan ramai kakak2 dan ayah2 yang sayangkan diaorang...

Oklah..esok aku cerita Part 2 pulak k..

2 comments:

RieNa said...

thn lps library uitm buat khidmat masyarakat kat abu nur, tp riena tak p sbb masa tu sedang sarat pregnantkan nawal.rugi tak dpt jumpa adik2 ni.

oh ya kauthar, nak jemput kauthar sekeluarga dtg umah riena di kg petani, ada buat baca yasin skit sabtu 16hb ni. sblm riena berangkat 18hb. kalau berkelapangan mai ya!

Kauthar said...

Riena: takpa lain kali blh gi lagi :D

tq jemput ye..insyaAllah kalau tkdak apa2 saya smpai nnti :)