Tuesday, October 26, 2010

Atif's second day to TASKA..


Assalamualaikum..Salam Selasa semua :D


Tuan rumah muncul semula..hhihihihi..kan dah kata dah hari tu, macam biskut chipsmore..kejap ada kejap takde..kuingkuing


Tiba2 je Title: Atif's second day to TASKA..first day nye mana? Semalam aku tak sempat nak update..so update hari ni je lahh..


Semalam hari pertama atif ke TASKA..disebabkan hari Jumaat ni mak tok dan wan atif dah berangkat ke Tanah Suci Mekah, so atif terpaksa dihantar ke TASKA..dekat dengan ofis aku..senang nak hantar dan ambik...takut jugak nak hantar atif ke TASKA sebab atif ni tak pernah tinggal dengan orang lain melainkan mak tok dia je..lepas raya hari tu aku dah bawak atif melawat TASKA...dia nampak macam ok je masa tu..


Semalam pagi angkat atif tido terus je dia bangun..excited sebab nak pergi 'sekolah' :D Terus salam2 dengan mak tok dan mak wa (nuha, adik aku)..dalam kereta pun bukan main aktif dan ceria lagi dia tu..masa sampai TASKA dia cakap "mama ikut atif tau"..aku pun dah cuak jugak..takut karang dia meraung pulak! Alhamdulillah ok je dia jalan sendiri masuk dalam TASKA..petang ambik awal sikit dalam pukul 5pm..penyelia TASKA bagitau atif asyik dok tanya bila mama nak datang ambik dia..huhuhuh..dalam kereta on d way balik rumah, mulut tak berhenti bercerita pasal 'sekolah' dia..


Pagi tadi atif tido sepanjang perjalan ke TASKA..bila dah sampai pun tido lagi..mula2 atif tak perasan kot penjaga TASKA tu yang angkat dia...lepas tu masa aku dah naik kereta, dengar atif meraung punya la kuat..tapi lepas tu penjaga tu pujuk dia..ok lah dah diam dah...alhamdulillah..
Masa mula2 nak hantar atif tu aku je yang berderbar lebih sampai tak boleh tido malam...risau sangat...tapi melihatkan atif ok je..rasa lega..sangat bangga dengan atif walaupun 1st time, bolehlah jugak bertahan untuk tidak mengamuk dan meraung sebab ditinggalkan..bak kata atif, "atif kan dah besar.."hhuhuhuhu...Harapnya sepanjang hari ni oklah atif di TASKA..

bekalan atif..semalam bawak nasi goreng, hari ni makaroni sup..esok kena fikir menu lain pulak...



atif yang tertido sepanjang perjalanan pagi tadi :D



7 comments:

[-suziey-] said...

huhu sedih jek dgr teacher dia kata atif dok tnya bila mummmy nk amik yek..huhu..

Ieda Al-Habsyi said...

huhuhuh! mummy dok sebelah atif la dlm kelas :)

ieda said...

ooo...budak pandai cakap ni g sekolah...bagus...bagus...

Izan Ishak said...

atif baguslah dah pi taska even utk kali pertama...

sapa tak risaukan kauthar antar anak ke tmpt lain yg dia tak biasa kan~~

AngahSayang2314 said...

ooo kak kau mana menghilang nie... cepat tul sepi sdoooooo

A D I A said...

lama2 atif get use to it la, ye la dah biasa maktok dia jaga kan. hmm sedap tu menu unt atif, auntie adia nak mintak skit boleh atif?

Kauthar said...

suziey:mmg pun sedih..tu yg hari2 cuba ambik seawal yang boleh :)

ieda: takyah keje la mummy cmtu..hahah

kak ieda: gi taska sekejap je akak..pas raya haji ni dah dok ngan abah dia balik..


kak izan:mula2 tu mmg risau sangat..tapi tgk atif ok..rasa lega alhamdulillah


angah:sorry ek..sangat banyak kerja sekarang ni..tak dapat nak update selalu :(


Adia: nak menu atif kena pi taska dulu la... :D