Tuesday, October 19, 2010

Putus Ubat..


Salam Selasa semua :D

Tuan rumah kembali bersiaran..macam Chipsmore pulak aku ni..kejap ada kejap takde...hihihi..


Ahad lepas kami ke rumah Pak Din di Felda Besout 3, Sungkai Perak..siapakah gerangannya Pak Din ni? Haaaa...tahun lepas masa atif tak boleh berjalan, Pak Din ni lah yang banyak membantu memulihkan keadaan tulang dan pergerakan atif..selain pergi berjumpa Dr, kami sekeluarga jugak mencuba rawatan tradisional ataupun rawatan alternatif..Pak Din ni memang terkenal dengan kepakaran beliau merawat orang yang mempunyai masalah berkaitan tulang..insyaAllah dengan izin Allah..


Macam dalam kes atif pulak..dulu atif tiba2 tak boleh berjalan..sakit sampai satu tahap tu terus tak boleh bangun langsung..masa gi X-Ray ok je tulang dia..kami pun bingung jugak dengan keadaan atif (masa tu atif belum lagi disahkan menghidap leukemia) alhamdulillah selepas berjumpa dengan Pak Din, keadaan kaki atif semakin baik..boleh lah atif bangun semula walaupun tak boleh berjalan sendiri dan pulih sepenuhnya...selepas menerima rawatan kemoterapi di Hospital Pulau Pinang, kemudian atif mula berjalan sendiri...alhamdulillah!


Disebabkan atif sudah boleh berjalan..seperti biasa dalam rawatan tradisional kena lah pi 'putus ubat' pulak la kan...maksudnya nak menamatkan rawatan le lebih kurang...takde buat apa pun, bawak garam bagi dengan Pak Din..pastu Pak Din buat 'check up' sikit..hihihi..alhamdulillah keadaan tulang atif dah ok tapi kena buat senaman sikit dan kuatkan otot2 atif..


Terima kasih banyak Pak Din kerana banyak membantu perkembangan atif dan insyaAllah lain kali kami datang ziarah Pak Din lagi ye :D

Pak Din



Atif steady je..(kalau dulu memang menjerit tak ingat punya sebab sakit sangat!)

Atif sempat bergambar di laman rumah Pak Din


No comments: