Tuesday, October 26, 2010

Atif's second day to TASKA..


Assalamualaikum..Salam Selasa semua :D


Tuan rumah muncul semula..hhihihihi..kan dah kata dah hari tu, macam biskut chipsmore..kejap ada kejap takde..kuingkuing


Tiba2 je Title: Atif's second day to TASKA..first day nye mana? Semalam aku tak sempat nak update..so update hari ni je lahh..


Semalam hari pertama atif ke TASKA..disebabkan hari Jumaat ni mak tok dan wan atif dah berangkat ke Tanah Suci Mekah, so atif terpaksa dihantar ke TASKA..dekat dengan ofis aku..senang nak hantar dan ambik...takut jugak nak hantar atif ke TASKA sebab atif ni tak pernah tinggal dengan orang lain melainkan mak tok dia je..lepas raya hari tu aku dah bawak atif melawat TASKA...dia nampak macam ok je masa tu..


Semalam pagi angkat atif tido terus je dia bangun..excited sebab nak pergi 'sekolah' :D Terus salam2 dengan mak tok dan mak wa (nuha, adik aku)..dalam kereta pun bukan main aktif dan ceria lagi dia tu..masa sampai TASKA dia cakap "mama ikut atif tau"..aku pun dah cuak jugak..takut karang dia meraung pulak! Alhamdulillah ok je dia jalan sendiri masuk dalam TASKA..petang ambik awal sikit dalam pukul 5pm..penyelia TASKA bagitau atif asyik dok tanya bila mama nak datang ambik dia..huhuhuh..dalam kereta on d way balik rumah, mulut tak berhenti bercerita pasal 'sekolah' dia..


Pagi tadi atif tido sepanjang perjalan ke TASKA..bila dah sampai pun tido lagi..mula2 atif tak perasan kot penjaga TASKA tu yang angkat dia...lepas tu masa aku dah naik kereta, dengar atif meraung punya la kuat..tapi lepas tu penjaga tu pujuk dia..ok lah dah diam dah...alhamdulillah..
Masa mula2 nak hantar atif tu aku je yang berderbar lebih sampai tak boleh tido malam...risau sangat...tapi melihatkan atif ok je..rasa lega..sangat bangga dengan atif walaupun 1st time, bolehlah jugak bertahan untuk tidak mengamuk dan meraung sebab ditinggalkan..bak kata atif, "atif kan dah besar.."hhuhuhuhu...Harapnya sepanjang hari ni oklah atif di TASKA..

bekalan atif..semalam bawak nasi goreng, hari ni makaroni sup..esok kena fikir menu lain pulak...



atif yang tertido sepanjang perjalanan pagi tadi :D



Tuesday, October 19, 2010

Cupcakes comel di pagi hari :D


Terima kasih Kak Aida sebab bagi cupcakes yang comel kat kami semua sempena hari lahir yang pertama anak bongsu Kak Aida..Happy Birthday girl (sebab taktau nama..huhuhuh) Comel, simple dan sedap cupcakes nye..cupcakes ditempah daripada kakak ipar Kak Aida..boleh tengok kat sugarfrostcupcakes ok!






Putus Ubat..


Salam Selasa semua :D

Tuan rumah kembali bersiaran..macam Chipsmore pulak aku ni..kejap ada kejap takde...hihihi..


Ahad lepas kami ke rumah Pak Din di Felda Besout 3, Sungkai Perak..siapakah gerangannya Pak Din ni? Haaaa...tahun lepas masa atif tak boleh berjalan, Pak Din ni lah yang banyak membantu memulihkan keadaan tulang dan pergerakan atif..selain pergi berjumpa Dr, kami sekeluarga jugak mencuba rawatan tradisional ataupun rawatan alternatif..Pak Din ni memang terkenal dengan kepakaran beliau merawat orang yang mempunyai masalah berkaitan tulang..insyaAllah dengan izin Allah..


Macam dalam kes atif pulak..dulu atif tiba2 tak boleh berjalan..sakit sampai satu tahap tu terus tak boleh bangun langsung..masa gi X-Ray ok je tulang dia..kami pun bingung jugak dengan keadaan atif (masa tu atif belum lagi disahkan menghidap leukemia) alhamdulillah selepas berjumpa dengan Pak Din, keadaan kaki atif semakin baik..boleh lah atif bangun semula walaupun tak boleh berjalan sendiri dan pulih sepenuhnya...selepas menerima rawatan kemoterapi di Hospital Pulau Pinang, kemudian atif mula berjalan sendiri...alhamdulillah!


Disebabkan atif sudah boleh berjalan..seperti biasa dalam rawatan tradisional kena lah pi 'putus ubat' pulak la kan...maksudnya nak menamatkan rawatan le lebih kurang...takde buat apa pun, bawak garam bagi dengan Pak Din..pastu Pak Din buat 'check up' sikit..hihihi..alhamdulillah keadaan tulang atif dah ok tapi kena buat senaman sikit dan kuatkan otot2 atif..


Terima kasih banyak Pak Din kerana banyak membantu perkembangan atif dan insyaAllah lain kali kami datang ziarah Pak Din lagi ye :D

Pak Din



Atif steady je..(kalau dulu memang menjerit tak ingat punya sebab sakit sangat!)

Atif sempat bergambar di laman rumah Pak Din


Tuesday, October 12, 2010

Kediaman Abu Nur- Part 2



Suasana pagi Ahad di Kediaman Abu Nur amat menyamankan..udara segar dan sejuk sekali...(confirm tak mandi pagi2 ni..air sejuk sangat2 :D ) Pukul 7am aku ke dapur, adik2 pun dah ramai yang bersiap untuk menyediakan sarapan pagi...menu pagi tu ialah roti pintal dan kuah dal..adik2 sangat excited bila mama suruh diaorang buat roti pintal dengan mama..berbakat sangat adik2 ni sebab sekejap je diaorang belajar memintal roti dan seterusnya menggoreng roti pintal..seronok tengok gelagat diaorang..


Adik2 yang bersungguh-sungguh belajar memintal roti dengan mama


roti pintal sebelum digoreng..macam2 bentuk..hihhi..







suasana di dapur..



ustazah rohayati dan Mak (tudung coklat)





Alia (anak dara ustazah rohayati-cuti belajar dari Mesir) dan adik-adikku



Atif pun bangun awal jugak..mula2 tu mood tak berapa baik..lepas tu barulah ok sikit dan mula nak main dan lari2 macam malam sebelumnya :)



atif yang baru bangun..bad mood (tapi sempat buat 'peace' lagi)



atif yang kembali ceria!


Selepas sarapan pagi, aku dan adik2 ke pusat sumber sebab Mak mintak tolong buang games yang tak patut dalam komputer..hihhihi..pastu jalan2 belakang kediaman..ada sungai kecik rupanya kat belakang tu :D Lepas tu lepak kat asrama tengok adik2 main baru seremban dan kad tepuk...atif pun teringin nak main sekali..


di pusat sumber dan bilik



kawasan sekitar Kediaman Abu Nur

jalan2 di belakang kediaman




Kami sekeluarga bertolak balik selepas Zohor..sedih pulak nak tinggalkan adik2..insyaAllah kami akan datang lagi..terima kasih Mak dan adik2 kerana menerima kunjungan kami :D




me n adik2



bergambar dengan mak, mama, ummi dan sebahagian adik2


Kepada rakan2 yang ingin ke Kediaman Abu Nur ataupun menyumbang kepada pihak kediaman bolehlah menghubungi Pengerusi kediaman, Hajah Zawiah Hj Lazim

(H/P: 019 547 0019, 04 4778125)

Akaun Bank Islam

PERSATUAN KEBAJIKAN KEDIAMAN ABU NUR

02048010043941



Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi


Monday, October 11, 2010

Kediaman Abu Nur - Part 1


Assalamualaikum..salam ceria di pagi Isnin :D

Hujung minggu yang lepas kami sekeluarga (my mama, baba, sisters..nuha dan widad, me n my hubby n lil' atif) berkunjung ke Kediaman Abu Nur yang terletak di Pengkalan Hulu, Perak..sebenarnya dah agak lama mama dan baba merancang nak membawa kami semua ke sana..alhamdulillah akhirnya hari sabtu lepas tercapai jugak hasrat kami sekeluarga ke Abu Nur..selain kami sekeluarga, beberapa orang staf dari pejabat baba jugak turut serta, Ustazah Rohayati dan Ustaz Nasir dan anak dara diaorang Alia, Ustazah Fadilah dan Ustaz Syukri dan baby Umar, serta Kak Miza bersama baby Amar dan anak2 saudara dan adik beliau..jadi bertambah meriahlah kunjungan kami pada kali ni..


Sebenarnya Kediaman Abu Nur boleh dikatakan 'anak angkat' kepada pejabat tempat baba bekerja..mama, baba dan staff2 dari pejabat baba dah pernah berkampung di kediaman ni sebelum puasa hari tu..Abu Nur menempatkan anak2 perempuan yang kurang bernasib baik, anak2 yatim dan anak2 dari keluarga miskin tegar..Mama telah berniat untuk membuat sikit kenduri dengan adik2 di Abu Nur selepas atif semakin pulih dari leukemia..maka, hujung minggu lepas hasrat mama telah tercapai..alhamdulillah..


Hari Sabtu lepas kan aku bekerja..so, aku dan hubby bertolak lewat sikit dari my family..mama, baba dan adik2 (atif ikut diaorang jugak) bertolak dalam pukul 4pm..my hubby datang ambik aku di ofis dalam jam 5pm lebih..perjalanan ke Pengkalan Hulu taklah terasa sangat jauhnya..kami sampai ke Kediaman Abu Nur sekitar jam 7pm..masa tu adik2 tengah sembahyang berjemaah di surau..mama dengan dibantu oleh adik2 yang lain pulak tengah sibuk memasak..



gambar sekitar Kediaman Abu Nur yang diambil masa aku mula2 sampai



acara memasak yang diketuai oleh mama



masak2 lagi..



Kedatangan kami disambut mesra oleh adik2 Abu Nur..rasa terharu sangat sebab selepas diaorang habis solat, masing2 datang berjumpa dengan aku dan bersalam...terpancar riak keceriaan dan kegembiraan di wajah adik2 kecil ni..terhibur sangat dengan gelagat mereka terutamanya adik2 kecil yang baru berumur 7-8 tahun..atif pun nampaknya dah mesra dengan diaorang..asyik main je sampai tak ingat dah mama dia...


adik2 yang ceria :D


nuha n atif


kak miza n amar yang nangis sebab terjatuh..sian dia



Adik2 ni pun sangat cekap membantu di dapur..mungkin dah terbiasa agaknya..sebab diaorang memang hari2 ada jadual bertugas masing2..menu malam tersebut ialah burger, nugget, french fries, sosej cocktail, spaghetti dan tart yang aku beli dari Kak Lina (seperti biasalah kan :D ) Semasa kunjungan mama yang lepas, Mak (panggilan untuk Pengerusi kediaman- Hajah Zawiah) dah memaklumkan bahawa adik2 ni memang teringin nak makan menu2 tersebut..maklumlah diaorang jarang dapat merasa makanan seperti itu..so, memang excited sangatlah adik2 ni bila dapat makan burger dan lain2 tu..bukan main cekap lagi adik2 masak burger...terutamanya adik Shifa', Ika dan Anis..dari awal sampai habis tak jemu2 depan dapur tu..yang lain2 pun turut ringan tulang membantu apa yang patut..



acara membasuh pulak




shifaa dan anis setelah penat memasak..shifaa form 3 dan anis form 4


Aku dan Nuha pulak teruja sebab ada penduduk kampung di situ bagi lauk kenduri..lauk kampung..gulai nangka, ulam ulaman, sambal belacan dan ayam goreng rempah..kami dah tak nampak dah burger2 tu..huhuhuuhhu...sedappppp sangat lauk pauk kenduri tu..alhamdulillah! Adik2 Abu Nur pulak dah tak heran dah dengan nasi tu..maklumlah hari2 dah biasa makan lauk kampung yang sedap2 :D




inilah menu yang membuat aku n nuha teruja!

tart dan menu2 lain ..ada menu lain yang tk sempat nak snap gambarnye

Sambil makan tu sempat berborak dengan Shifa', Anis, Syuhada' dan lain2..seronok sangat..macam2 diaorang bercerita...malam tu mama, adik2, ust.rohayati, kak miza dan ust.fadilah semua tidur dengan adik2 di asrama diaorang...aku pun teringin nak tido dengan diaorang..tapi mama suruh aku tido kat bilik tetamu dengan hubby n atif..atif pun excited bila tengok asrama kakak2 dia..maklumlah tak pernah tengok katil 'double decker' kot..hahahah


Nampaknya makin bertambah adik2 perempuan aku..seronok sebab diaorang panggil aku tetah macam adik2 aku jugak :D Walaupun serba kekurangan, nampaknya adik2 ni lagi bertuah sebab bukan saja ada Mak, tapi ada Mama (my mom), Bonda (Ustazah Rohayati), Ummi (Chef di kediaman) dan ramai kakak2 dan ayah2 yang sayangkan diaorang...

Oklah..esok aku cerita Part 2 pulak k..

Friday, October 8, 2010

Apa yang membuatkan anda tersenyum?


Salam Jumaat!





Salam ceria di pagi Jumaat walaupun banyak tugasan perlu diselesaikan dan esok ialah hari bekerja...waaaaaaaaaaaaaa! Ya kawan2..esok saya kerja (ganti cuti raya hari tu..) Tapi saya tetap ceria dan gumbira..macam pagi tadi dengar kat Suriafm tentang APA YANG MEMBUATKAN ANDA TERSENYUM? Pagi ni banyak perkara yang membuatkan aku tersenyum..

i) Hari ni hari raya untuk aku kerana berjaya menyelesaikan puasa enam semalam...alhamdulillah syukur kerana Allah memberikan kekuatan dan permudahkan ibadah puasa enam aku..semoga ibadah diterima Allah, AMIN!

ii) Melayan karenah students yang macam2 ada..walaupun perangai budak2 ni kadang2 membuatkan kita geram..tapi mampu menceriakan pagi aku hari ni..

iii) Minum Nescafe O yang dibelikan Lydia..thanks dear..masa rehat kelas sempat pi minum di bilik Lydia..memang memberikan mood ceria di pagi hari..thanks again Lydia :D

iv) Listening to Maher Zain's songs..light up my day!

v) Updating my blog after a short break...seronok dapat kembali pagi ni..dan berjalan-jalan di 'rumah' kawan2 yang agak lama tak dijenguk..barulah faham perasaan seorang blogger yang tak dapat meluangkan masa berblogging..hhahahhaha..

Senyum seindah suria yang membawa cahaya..senyumlah dari hati duniamu berseri..SENYUM2 SELALU!


TETAMU ISTIMEWA



Ini cerita selepas raya hari tu..baru nak update..terlambat keretapi aku ni..hihihi..

Kami menerima kunjungan sahabat baik aku di hospital dulu..ina, suami dan anaknya si comel haziq..sangat gembira menerima kunjungan diaorang sebab dah lama sangat tak berjumpa..rindu dengan haziq..masa di hospital, ina antara yang paling rapat dengan aku..kawan sembang..hihhi..kira ahli mesyuarat katil jugak la..yang bestnya haziq selalu marah kalau mak dia bersembang dengan kawan2..dialog dia yang aku ingat sangat, "mak jangan embang!!! (pelat budak2) huhuhuhhu..bila ingat2 balik kenangan di hospital dulu, dalam pahit ada manisnya..ada hikmahnya...dapat menjalin ukhuwwah dengan mereka yang baru dikenali umpama keluarga sendiri..pastinya akan aku ingat kenangan2 itu sampai bila2...

Terima kasih ina dan suami kerana sudi datang ye..insyaAllah lain kali bila ada kelapangan kami membalas kunjungan :D


ina dan suami


haziq yang malu2



haziq yang malu nak posing dan atif yang tak malu :D



me n ina..



gambar tambahan..incik atif yang posing tak habis lagi


Dua tiga minggu akan datang hujung minggu dipenuhi dengan macam2 acara since my baba dan mama akan berangkat ke Tanah Suci Mekah 29 Oktober ni..banyak perkara perlu diselesaikan..

Oklah..jumpa lagi nanti..thanks for reading!