Thursday, December 23, 2010

REHAT!



Assalamualaikum...

Disebabkan tidak dapat meluangkan masa mengupdate dalam masa terdekat ni, maka tuan rumah terpaksa merehatkan blog ni buat sementara waktu..waaaaaaaaaa!


InsyaAllah, jumpa lagi nanti k!

tuan rumah sibuk menyiapkan kerja di ofis tapi tkdelah sampai macam ni keadaannya :D
Bye!

Wednesday, December 8, 2010

@DinoTrek, Jusco Seberang Perai

Assalamualaikum...Salam Maal Hijrah 1432H..maaflah tuan rumah tak sempat nak update semalam..maka terlambatlah sikit nak wish tahun baru kan..
Seperti biasa hari ni aku tak dapat jugak nak tulis panjang2..ada urusan nak diselesaikan..kawan2 layan dulu ye gambar2 masa aku bawak atif gi DinoTrek kat Jusco Seberang Perai Sabtu lepas...my hubby takde gi KL, so kami berdua ajelah!


Ok, chow dulu..petang nanti insyaAllah akan bertolak ke Melaka..esok ada seminar di The Emporer Hotel..hotel semua dah penuh..karang nak walk in je lah..hopefully ada la yang kosong2 kat area tu..seminar ni pun ad hoc punya..wahahah...tetiba je..takde plan pun..takpalah, nanti aku update lagi k..terima kasih semua yang masih sudi menjenguk blog ni!



our tickets..atif free je..mine was rm6


aku beratur tak lama sangat..tapi masa keluar tu ya Allah..panjangnya line..nasib baik masuk awal sikit..hihih
harga tiket

dinasours!

macam2 jenis species ada!


activity area



dinasour kecik yang boleh jadik 600x lebih besar kalau rendam dalam air..dah cuba dah..best!


atif lepas keluar DinoTrek..ambik gambar 'bengis' ala2 dino jugak :D





Monday, November 29, 2010

Aktiviti hujung minggu..

Minggu yang sibuk...semalam sibuk preparation colloquium (where lecturers present their research findings) yang diadakan hari ni..hari ni pulak colloquium sampai petang..(tapi sempat curi masa update blog sekejap..tapi tak sempat nak blogwalking..haha) esok sampai jumaat ialah 1st diploma renewal accreditation audit by MQA (tapi esok aku cuti bawak atif pi hospital..) sangatlah sibuknya semua orang di office ni..
Sabtu lepas aku dah booked untuk service kereta di Perodua pukul 9.50am..pastu biasalah terlambat sebab kalut kat rumah pagi2..sampai je kat Perodua pukul 10.30, banyak kereta..so, pekerja tu bagitau maybe lambat pukul 1pm baru kereta boleh servis, dalam pukul 2pm baru siap..adoiiii tak larat la makcik nak tunggu lama2..kalau ikut perancangan, nak servis kereta dulu pastu nak ke rumah cik fadillah kat penang, bawak atif mandi swimming pool...alih2 kena tukar plan lah..pi penang dulu baru balik servis kereta..biasalah kita hanya merancang kan..hihih
Terima kasih cik sebab menjamu kami dengan ketupat palas dan kuah masak pengantin yang dirindui..sebab mama takdak raya hari tu..dapat jugak makan kat rumah cik..hihihihi..dan jugak mee bandung yang best!Nanti kami pi lagi k :D
Hari ahad pulak hari mengemas rumah, mencuci kipas dengan my hubby dan memasak..tapi petangnya sempat keluar ke Sunway Carnival Mall sekejap..sebenarnya plan nak beli menda lain..lain pulak yang dibelinya..hahahah (apakah itu?rahsia kerajaan..huhu)
Oklah terpaksa ke colloquium balik ni..tak sempat nak update panjang2..nak BW pun tak sempat..enjoy d pictures..chiow!




on d way ke rumah cik di plaza ivory, penang


atif n hidayat..atif dah tak sabar2 dah tu

mula2 takut lagi..main air kat atas2 je..ilham (anak cik) tolong tengokkan


lepas tu berani sangat la pulak sampai nak naik slide sendiri :D (mama pun terpaksa la masuk sekali..)

sempat posing 'peace' dulu sebelum beraksi slide
hidayat dan aksi terlarangnya..hihi
atif lepas penat mandi..minum dulu!
gambar hiasan:ketupat palas!
di Perodua..atif dan hidayat makan aiskirim free ihsan Perodua :)




bosan menunggu main2 dulu..ilham ikut sekali..nak spend time kat rumah kami pulak cuti2 sekolah ni..

Friday, November 26, 2010

Jalan2 dan Makan2..


Salam Jumaat semua..cepat sungguh masa berlalu..

Ini cerita Jumaat minggu lepas..sila maafkan tuan rumah sebab update cerita lama..hahaha..


Jumaat lepas aku kerja separuh hari je sebab nak bawak atif jalan2 cari selipar dan nak makan2 di rumah cik fadilah di penang..kami ke Queensbay Mall..dah lama sangat tak jalan2 di QM..tak ingat dah bila last time shopping kat QM..tujuan ke sana ialah nak mencari selipar untuk incik atif..maklumlah kaki dah membesar dan memanjang dengan jayanya..selipar yang dulu pun dah tak muat lagi..

atif dan abah


syok betul atif dapat 'drive' kereta sendiri..hiihih



dah 'merempit' pulak :D

Petang sebelum maghrib kami sampai rumah cik..adik2 aku dah sampai awal lagi..sibuk menolong cik bakar daging dan prepare other dishes..mula2 ingatkan nak BBQ kat luar rumah cik, tapi disebabkan cuaca tak mengizinkan, berBBQ dalam rumah ajelahh..hahaha



nuha dan amal yang sibuk



kids!



menu malam tu..macam2 ada..

makan time!

Thanks to cik fadillah, izni, ikhlas dan ilham..to izni dearie, all the best for your SPM..we'll always pray for ur success..jangan gabra2..cool ya!

Hari ni nak balik lunch kat rumah lah..kesian kat incik atif, satgi abah dia nak pi solat Jumaat..tinggal pulak dia dengan dayat je,,

p/s: kepada kak ida, kak kiah, kak su, dan kak fiza...selamat bergumbira di Perth..jangan lupa kami kat siniiiii!

Tuesday, November 23, 2010

AIDILADHA KaMi..


Lega sangat akhirnya habis juga menanda kertas-kertas jawapan yang menimbun sebelum ni :)

Aidiladha kami sekeluarga tahun ni disambut sederhana saja..sehari sebelum raya, aku masih lagi bekerja..mujurlah adik aku nuha, kerja separuh hari dan amal pulak bercuti..hari sebelum raya tu pulak hujan selebat-lebatnya..basah kuyup jugak aku dan kak kiah sebab kami keluar beli barang2 yang nak dibawak ke Kediaman Abu Nur, Pengkalan Hulu, Perak..akhirnya sampai rumah dah Maghrib..malamnya nuha beli lemang, aku beli serunding..dan sempat jugak aku menempah kek coklat sedap dari kak su (kawan kat ofis)

Pagi Aidiladha kami adik beradik dah merancang nak ziarah tok-tok saudara yang dah lama tak jumpa (walaupun rumahnyee takdelah jauh pun)..petangnya pulak sebelum berangkat ke Kediaman Abu Nur, kami nak singgah makan nasi beriani di rumah my officemate, kak ida di kulim perdana..pagi raya tak sempat nak snap banyak gambar, sebab sibuk makan..hahaha

Seronok sangat dapat ziarah tok ngah (2 tok ngah)..mak long (sepupu my mama dan my baba-since mama and baba are cousins) dan tok tam..petang pukul 2pm baru habis ronda semua rumah..penat jugak la (penat makan jeee) my hubby tak ikut sebab kat masjid buat korban 9 ekor lembu..

atif makan bihun sup kat rumah mak long..mak wa sibuk suap atif..



bergambar dengan mak long, ustazah raudah dan ustazah syadah..(ustazah syadah dan ustazah raudah ialah our second cousins..tapi merangkap ustazah2 adik2 aku kat sekolah..so dah terbiasa panggil ustazah..huhuh..)




Petang pukul 6pm baru bertolak ke rumah kak ida di kulim perdana..sian kat kak ida tunggu kami lama sampai tertidur-tidur dah dia..sempat pulak kak ida membungkus nasi beriani dan lauk pauk untuk dibawa ke kediaman...terima kasih banyak2 kak ida! Jam 7 pm lebih baru bertolak ke Kediaman Abu Nur, 8.30pm alhamdulillah sampai jugak kami ke Pengkalan Hulu..seronok sungguh adik2 menerima kedatangan kami adik beradik..



Adik2 aku sibuk mengangkat barang2 yang kami bawak khas untuk adik2 di kediaman..






my hubby, hidayat dan atif sempat makan kuih raya...kuih2 raya ni adik2 buat sendiri tau..boleh tahan jugak sedapnya :)



atif makan nasi beriani kak ida di tengah2 malam sebab lapar..





ummi (chef Abu Nur) sibuk menggoreng bihun ..kami pulak menggoreng nugget dan macam2 lagi untuk breakfast





atif @ breakfast

Hari raya kedua, Kediaman Abu Nur mengadakan majlis korban (3 ekor lembu)..atif sangat teruja sebab ni kali pertama dia dapat tengok proses sembelihan secara 'live'..lepas tu ummi dan adik2 masak nasi putih, sup daging, dan air asam..sangat sedap sekali tak terkata! Terima kasih sangat2 kat mak (Hajah Zawiah-Pengerusi kediaman), ummi, ustazah, ustaz dan adik2 menerima kedatangan kami..insyaAllah bila mama dan baba balik dari Tanah Suci nanti kami akan berkunjung lagi..



korban di Kediaman Abu Nur

Di sini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat kawan2 yang telah memberikan pelbagai bentuk sumbangan buat adik2 di Abu Nur..thanks angah (kak fazidah), haniza, kak kiah, lydia dan kak ida...seronok sangat adik2 ye :D Terima kasih daun keladi!

Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDILADHA



Assalamualaikum..salam ceria di pagi Selasa yang indah :D


Seronok sekali dapat meluangkan sedikit masa menaip di ruangan blog ni setelah agak lama menyepikan diri dari sebarang berita..apakan daya tuan rumah sangatlah sibuk dengan tugasan hakiki yang perlu disiapkan...peperiksaan akhir akan berakhir hari ni..kertas jawapan yang nak ditanda pulak masih bertimbun lagi..harapnya setelah semuanya selesai dapatlah aku meng'update' selalu seperti dahulu kala..hihhi



Di kesempatan ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua..kami di pejabat ni masih lagi bekerja seperti biasa :( Aidiladha kali ni cukup berbeza buat kami adik beradik kerana mama tiada di rumah..so, tahun ni sambut raya secara sederhana sajalah..insyaAllah Aidiladha kali ni kami akan berkunjung ke rumah tok2 saudara yang tinggal berdekatan..kena pusing satu kampunglah jawabnya!



credit to google image

InsyaAllah, disebelah petangnya kami akan ke Pengkalan Hulu, Perak untuk beraya bersama-sama adik2 kami di Kediaman Abu Nur..rindu sangat pada mereka semua, tak sabar rasanya nak ke sana..


Semoga Aidiladha kali ni akan memberi kita seribu berkat dan rahmat di samping mengajar kita erti pengorbanan yang sebenar..yang diredhai Allah SWT..AMIN!



p/s: semalam mendapat 2 berita gembira : 1) Sahabat baik aku telah disahkan mengandung anak sulung (nama dirahsiakan..hahahah) ; 2) My hubby telah dapat bertukar ke sekolah di daerah Sebarang Perai..tak perlu berulang alik ke island lagi ...alhamdulillah!


Monday, November 1, 2010

Selamat Menunaikan Ibadah Haji dan Happy Birthday Atif!



Assalamualaikum..Salam Isnin semua...lama rasanya blog tak ber'update'...insyaAllah lepas students dah cuti nanti meriahlah kembali blog ni :D Mintak maaf dengan kawan2 sebab tak menjenguk rumah kalian semua...kesibukan melampau ni tak mengizinkan lagi aku untuk berjalan-jalan di blog kawan2 :( Sebelum meeting pukul 10.30am nanti, nak update dulu kisah2 yang berlaku minggu lepas..


Hari Jumaat lepas ialah Hari Lahir Muhammad Atif yang ke-4..alhamdulillah walaupun tahun lepas pelbagai onak dan duri ditempuhi oleh anak kecil itu...tahun ini Atif menyambut hari lahirnya dengan ceria dan gembira :) Kebetulan pula, hari Jumaat tersebut, mama dan baba kesayanganku telah selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji dan umrah...alhamdulillah..


Malam Jumaat sebelum mama dan baba berangkat, ramai saudara mara datang berkunjung ke rumah..di kesempatan tu, sempena dengan hari lahir atif keesokan harinya, sempatlah aku menempah birthday cake ben 10 (permintaan incik atif)..seronok sebab ada ramai budak-budak..sepupu dan anak saudara sepupu..so meriahlah jugak..ramai yang datang bertandang malam tu sampai tengah malam barulah selesai...


kek ben 10 atif




atif dan sepupu aku, ain (birthday ain sehari selepas atif)


makan2 kek..



sepupu aku, arisa yang sangatttt comel!


Hari Jumaat pagi kami bangun seawal 4am..solat subuh di Masjid Al Malik Khalid USM..sempatlah baba berjumpa dengan kawan2 sekerja pagi tu..sebelum berangkat ke Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Ustaz Zamrus membacakan doa..dan Ustaz Razin melaungkan azan..syahdu sekali rasanya pagi tu..


Sampai di Kompleks Tabung Haji, alhamdulillah tak sesak sangat..dalam pukul 8.30am tu mama dan baba dah kena masuk dewan untuk taklimat dan pendaftaran..sedihnya saat berpisah dengan mama dan baba..walaupun hanya untuk 45 hari, tapi tetap terasa kesedihannya..tambahan pulak aku memang tinggal dengan mama dan baba, so lepas ni sunyilah rumah tu :( Paling tak dapat dilupakan, buat pertama kalinya aku memeluk baba..sebaknya..air mata tak payah cakaplah kan...semoga segala urusan ibadah mama dan baba dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik..AMIN!


mama dan beg2nya..



mama dan baba di khemah waris



mama dan kami..


Oklah..tak dapat nak update panjang2 lagi sebab banyak tugasan menunggu..tak sabar menunggu selesainya segala tugasan untuk semester ni sebab nak ber'blogwalking' pulak..huhuhuhu!


Tuesday, October 26, 2010

Atif's second day to TASKA..


Assalamualaikum..Salam Selasa semua :D


Tuan rumah muncul semula..hhihihihi..kan dah kata dah hari tu, macam biskut chipsmore..kejap ada kejap takde..kuingkuing


Tiba2 je Title: Atif's second day to TASKA..first day nye mana? Semalam aku tak sempat nak update..so update hari ni je lahh..


Semalam hari pertama atif ke TASKA..disebabkan hari Jumaat ni mak tok dan wan atif dah berangkat ke Tanah Suci Mekah, so atif terpaksa dihantar ke TASKA..dekat dengan ofis aku..senang nak hantar dan ambik...takut jugak nak hantar atif ke TASKA sebab atif ni tak pernah tinggal dengan orang lain melainkan mak tok dia je..lepas raya hari tu aku dah bawak atif melawat TASKA...dia nampak macam ok je masa tu..


Semalam pagi angkat atif tido terus je dia bangun..excited sebab nak pergi 'sekolah' :D Terus salam2 dengan mak tok dan mak wa (nuha, adik aku)..dalam kereta pun bukan main aktif dan ceria lagi dia tu..masa sampai TASKA dia cakap "mama ikut atif tau"..aku pun dah cuak jugak..takut karang dia meraung pulak! Alhamdulillah ok je dia jalan sendiri masuk dalam TASKA..petang ambik awal sikit dalam pukul 5pm..penyelia TASKA bagitau atif asyik dok tanya bila mama nak datang ambik dia..huhuhuh..dalam kereta on d way balik rumah, mulut tak berhenti bercerita pasal 'sekolah' dia..


Pagi tadi atif tido sepanjang perjalan ke TASKA..bila dah sampai pun tido lagi..mula2 atif tak perasan kot penjaga TASKA tu yang angkat dia...lepas tu masa aku dah naik kereta, dengar atif meraung punya la kuat..tapi lepas tu penjaga tu pujuk dia..ok lah dah diam dah...alhamdulillah..
Masa mula2 nak hantar atif tu aku je yang berderbar lebih sampai tak boleh tido malam...risau sangat...tapi melihatkan atif ok je..rasa lega..sangat bangga dengan atif walaupun 1st time, bolehlah jugak bertahan untuk tidak mengamuk dan meraung sebab ditinggalkan..bak kata atif, "atif kan dah besar.."hhuhuhuhu...Harapnya sepanjang hari ni oklah atif di TASKA..

bekalan atif..semalam bawak nasi goreng, hari ni makaroni sup..esok kena fikir menu lain pulak...



atif yang tertido sepanjang perjalanan pagi tadi :D



Tuesday, October 19, 2010

Cupcakes comel di pagi hari :D


Terima kasih Kak Aida sebab bagi cupcakes yang comel kat kami semua sempena hari lahir yang pertama anak bongsu Kak Aida..Happy Birthday girl (sebab taktau nama..huhuhuh) Comel, simple dan sedap cupcakes nye..cupcakes ditempah daripada kakak ipar Kak Aida..boleh tengok kat sugarfrostcupcakes ok!






Putus Ubat..


Salam Selasa semua :D

Tuan rumah kembali bersiaran..macam Chipsmore pulak aku ni..kejap ada kejap takde...hihihi..


Ahad lepas kami ke rumah Pak Din di Felda Besout 3, Sungkai Perak..siapakah gerangannya Pak Din ni? Haaaa...tahun lepas masa atif tak boleh berjalan, Pak Din ni lah yang banyak membantu memulihkan keadaan tulang dan pergerakan atif..selain pergi berjumpa Dr, kami sekeluarga jugak mencuba rawatan tradisional ataupun rawatan alternatif..Pak Din ni memang terkenal dengan kepakaran beliau merawat orang yang mempunyai masalah berkaitan tulang..insyaAllah dengan izin Allah..


Macam dalam kes atif pulak..dulu atif tiba2 tak boleh berjalan..sakit sampai satu tahap tu terus tak boleh bangun langsung..masa gi X-Ray ok je tulang dia..kami pun bingung jugak dengan keadaan atif (masa tu atif belum lagi disahkan menghidap leukemia) alhamdulillah selepas berjumpa dengan Pak Din, keadaan kaki atif semakin baik..boleh lah atif bangun semula walaupun tak boleh berjalan sendiri dan pulih sepenuhnya...selepas menerima rawatan kemoterapi di Hospital Pulau Pinang, kemudian atif mula berjalan sendiri...alhamdulillah!


Disebabkan atif sudah boleh berjalan..seperti biasa dalam rawatan tradisional kena lah pi 'putus ubat' pulak la kan...maksudnya nak menamatkan rawatan le lebih kurang...takde buat apa pun, bawak garam bagi dengan Pak Din..pastu Pak Din buat 'check up' sikit..hihihi..alhamdulillah keadaan tulang atif dah ok tapi kena buat senaman sikit dan kuatkan otot2 atif..


Terima kasih banyak Pak Din kerana banyak membantu perkembangan atif dan insyaAllah lain kali kami datang ziarah Pak Din lagi ye :D

Pak Din



Atif steady je..(kalau dulu memang menjerit tak ingat punya sebab sakit sangat!)

Atif sempat bergambar di laman rumah Pak Din


Tuesday, October 12, 2010

Kediaman Abu Nur- Part 2



Suasana pagi Ahad di Kediaman Abu Nur amat menyamankan..udara segar dan sejuk sekali...(confirm tak mandi pagi2 ni..air sejuk sangat2 :D ) Pukul 7am aku ke dapur, adik2 pun dah ramai yang bersiap untuk menyediakan sarapan pagi...menu pagi tu ialah roti pintal dan kuah dal..adik2 sangat excited bila mama suruh diaorang buat roti pintal dengan mama..berbakat sangat adik2 ni sebab sekejap je diaorang belajar memintal roti dan seterusnya menggoreng roti pintal..seronok tengok gelagat diaorang..


Adik2 yang bersungguh-sungguh belajar memintal roti dengan mama


roti pintal sebelum digoreng..macam2 bentuk..hihhi..







suasana di dapur..



ustazah rohayati dan Mak (tudung coklat)





Alia (anak dara ustazah rohayati-cuti belajar dari Mesir) dan adik-adikku



Atif pun bangun awal jugak..mula2 tu mood tak berapa baik..lepas tu barulah ok sikit dan mula nak main dan lari2 macam malam sebelumnya :)



atif yang baru bangun..bad mood (tapi sempat buat 'peace' lagi)



atif yang kembali ceria!


Selepas sarapan pagi, aku dan adik2 ke pusat sumber sebab Mak mintak tolong buang games yang tak patut dalam komputer..hihhihi..pastu jalan2 belakang kediaman..ada sungai kecik rupanya kat belakang tu :D Lepas tu lepak kat asrama tengok adik2 main baru seremban dan kad tepuk...atif pun teringin nak main sekali..


di pusat sumber dan bilik



kawasan sekitar Kediaman Abu Nur

jalan2 di belakang kediaman




Kami sekeluarga bertolak balik selepas Zohor..sedih pulak nak tinggalkan adik2..insyaAllah kami akan datang lagi..terima kasih Mak dan adik2 kerana menerima kunjungan kami :D




me n adik2



bergambar dengan mak, mama, ummi dan sebahagian adik2


Kepada rakan2 yang ingin ke Kediaman Abu Nur ataupun menyumbang kepada pihak kediaman bolehlah menghubungi Pengerusi kediaman, Hajah Zawiah Hj Lazim

(H/P: 019 547 0019, 04 4778125)

Akaun Bank Islam

PERSATUAN KEBAJIKAN KEDIAMAN ABU NUR

02048010043941



Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi